Tuesday, November 4, 2008

aBBy mEMbERoNtAk, sERaNg nORmAN


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi, 30, sudah nekad. Apa terjadi, dia tetap mahu diceraikan juga oleh suaminya, Norman Hakim, 32.

Bercakap kepada murai.com.my semalam, Abby berkata: "Saya sudah nekad. Apa jadi sekalipun, dia (Norman Hakim) kena lepaskan saya. Saya juga penat kerana percakapan dan perbuatan dia selama ini langsung tidak seiring.

Tengah hari semalam, Abby memberontak dan terus menyerang Norman di lokasi Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di sini. Apa yang menggemparkan, Abby terlebih dulu memaklumkan kepada pihak media yang dia akan ke sana untuk bersemuka.

Sewakti di lokasi Gerak Khas itu, wartawan melihat dengan kepala mata sendiri drama perang mulut antara Abby dan Norman. Apa yang begitu mengecewakan dan menaikkan kemarahan Abby, Norman terus-terusan mempertahankan atau membela pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, yang dicekup khalwat bersamanya pada 30 Oktober lalu.

Berikut antara perang mulut antara Abby dan Norman semalam...

"Kenapa asyik mempertahankan dia (Memey)? Memey baik, Memey itu, Memey ini. Saya ini siapa dalam hidup Abang?" tanya Abby.

Norman pula menjawab dia perlu mempertahankan Memey kerana dia tidak mahu Memey malu dan mencemarkan maruah keluarganya gara-gara insiden khalwat tempoh hari.

Kemudian tanya Abby lagi: "Kenapa Abang jadi macam ni sekali? Abang asyik bercerita Memey pandai itu, pandai ini, kenapa? Saya ni isteri Abang tau!"

Jawab Norman pula, "Saya cerita ini dari sudut kemanusiaan. Dia ada emak bapa, dia naif."

Terus Abby menjawab," Habis tu, saya tak ada emak bapak?"

Sebelum keadaan menjadi lebih tegang, mereka berdua terus ditenangkan oleh wartawan di situ malah ada yang menasihati Norman supaya beredar saja. Pada suatu ketika, air mata Norman turut menitis di pipinya selepas terlalu sebak.

Norman berkata dia sesungguhnya masih mengharapkan supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

"Demi Allah, saya sayangkan keluarga saya. Saya tidak boleh ceritakan apa keburukan dia... saya masih sayangkan lagi hubungan ini. Saya sangat sedih kalau rumah tangga kami akan berakhir dengan penceraian lagi. Abby masih lagi isteri saya yang sah," kata Norman.



19 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

no komen.
tatau nak ckp pe
kesian gak kat abby tu

tapi..heranlah
kenapa mesti nak ambik hak org ek??
x cukup lagi laki bujang kat dunia nie ker??
hmmm...

Nurmala Mazlan said...

zuris,
tu la zuris.. x tau la nak cakap apa dan tak tau salah sapa sebenarnya.. Yg pasti,semuanya mesti ada sebab.

zeti said...

zt tatau la nk ckp pe mala.. cian tgk abby masa dlm melodi aritu.. huhuhu..
pape pun yg lbih mengetahui hanya Allah yg maha esa..

Anonymous said...

yg plikyer akak..nape norman asyik nk backup memey jaht 2!!!...
cian abby..

Nurmala Mazlan said...

zeti,
tu la pasal.. sian sangat kat dia sbb ni dah 2nd time norman buat cam nih..

atiqah,
ntah la tiqa..ntah apa la yg si memey lahanat tu dah bg kat norman tu

Anonymous said...

huk alah....naif ke hapenye budak 20 tahun tu kalau tak dak rasa bersalah duduk2 dengan suami orang.....

: Maz : said...

sian abby..tak patutla norman wat camtu.. :(

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam,
norman ni memang x guna, kesian kat abby

said...

Saya tidak boleh ceritakan apa keburukan dia... saya masih sayangkan lagi hubungan ini.


kenaper NORMAN HAKIM cakap keburukan abby lak?

hmmm......

Nurmala Mazlan said...

etomyam,
budak baru nak up cam tu la

mazzura,
mmg x patut..harus di sula

Nurmala Mazlan said...

crazybeautiful,
mmg x guna.. dah 2 kali dah dia buat cam nih

yanie,
tu la..saya pun curious ngan statement tuh

Pocket said...

aduhaiiii...
kalau suami duk menyebut tentang awek lain...
'si dia ni bagus,'
'si dia ni pandai masak'

pun dah hangin bini tu.

inikan pulak dah kena tangkap basah pun still nak membela minah tu.
ahaiii..

Blog Eazy Izzuddin said...

aish ape la nk jd skang nih,...
huhu
=)

Nurmala Mazlan said...

pocket,
tu la pasal. lelaki pon x suka kalau wife dia dok puji lelaki lain kan?? lebih2 lagi lelaki yg memamng ada scandal ng wife dia..

eazy,
ntah la dih.. tgk tgu dan lihat macam mana okeh..

eYaNacOMeY said...

sian kt abby..kiter pon..xtau kisah sbrnyee mcm ner kan??hmmm

Zumie said...

xsuke lelaki yg suke ckp belit2 cmnie..
hmm kesian abby..:(

Nurmala Mazlan said...

eyana,
tu la pasal..x tau salah sapa..

zue,
tu la..statement norman hakim ni banyak yg bercanggah

Unknown said...

sian sgt kat abby... geli plk kite tgk norman kat cite kisah kaisara smlm...wekk..wekkk

Nurmala Mazlan said...

reena,
mmg pon..dah makin menyampah tgk muka norman tu..sial nyer jantan.. minta abby fahami keadaan dia skang..wak lu.. dia x faham pulak perasaan abby yg baru abis pantang tu..