Monday, November 24, 2008

bERkHatAN & wEDDiNg

Sabtu, 22 Nov 2008

Aku gi Melaka ngan mak ngan sayang. Pak cik aku anjur kan majlis berkhatan beramai2 di kawasan umah dia -Taman Desa Taming Sari- Termasuk anak dia sekali lah yg bersunat. hikss~~~

Kanak2 yg nak berkhatan tu di arak
Lori bomba utk mandikan budak2 tu nanti..


Ni la sepupu kecik aku - syafiq -

Kanak2 yg bakal dikhatankan tgh tunggu giliran utk ditepung tawar.. sepatutnya 20 org. Last minit tinggal 11 org jer..wakaka~~~
Pakcik aku tgh menyampaikan sepatah dua kata
Wah wah wah!!!! seronok ek korang kena pancut ngan bomba. Tunggu la sat lagi..

Ha!!! ini la ghupanya selepas disunatkan..Dia org pertama, tapi dia dah jerit ketakutan,semua pon jadi takut xmo sunat gak..wakakaka~~ tapi akhirnya Alhamdulillah..
Ahad, 23 Nov 2008
Hari ahad pulak aku pergi kenduri kahwin jiran aku kat Dewan Bangquet, UPM. Dia ni kawan aku masa kecik2 dulu. Cuma bila dah besar2 ni masing2 bawa haluan sendiri.
SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIMIE & KHAIRUL** sama nama cam sayang. huhu~~
gift dia utk tetamu lelaki. Tapi harus la aku yg dapat kan!!

ni pulak gift utk org perempuan ok..aku jugak yg dapat wakakakaka!!!!

p/s: tgk org kahwin, x sabar nak kahwin gak..huhu~~ korang doakan semuanya berjalan lancar ye..Insyaallah

29 comments:

adha said...

nape yg sunat tgal 11 org? yg lain mencancelkan diri sebab takut ker? hehehehe

nota kuku kaki : semoga majlis awak berjalan lancar ye...

Nurmala Mazlan said...

kak adha,
biasa lah kak.
kecut perut la lagi 9 org tu..

Insyaallah kak

Anonymous said...

huhu..sume akak nk erk.. :)

Anonymous said...

huhu..sume akak nk erk.. :)

saya said...

wah..meriah mjlis berkhatan tu.. famili saya dulu ada gak buat mcm tu...kumpulkan semua sepupu sedara yg nak bersunat tu buat sekali harung..mmg siap2 kompang mcm nak kawen pelamin bagai.. hahhaha..

mala, pengantin tu baik betol ye bagik gift asing2 lelaki perempuan. wahh..sure lagi byk modal. mala esok nak wat camtu gak ke? asing2 lelaki prempuan, remaja lelaki perempuan, kanak2 bwh 12 tahnn lelaki perempuan, kanak2 1 tahun ke atas & baby2. hehehhee...

Aryana & Adrienna said...

best nyer tgok majlis khatan tu kan ....susah nak jumpa majlis camtu kat sini ...naper tak ajak saya ....dha lama tak mkn nasi minyak nie....

Nurmala Mazlan said...

atiqah,
wakaka.. mesti la akak nak..semua akak punya akak nyer jugak..hehehehe

saya,
aha..bdiorg bersunat macam nak kahwin.. last² kebanyakkan nya lari..wakakakaka~~~

wah..gift utk baby nak bg apa ek??

Nurmala Mazlan said...

hana,
hehehe.. saya pon x tau yg majlis berkhatan ni meriah cam gitu sekali sbb kat KL mana nak dapat semua tuh

~daRLee ZuRiS~ said...

wah meriahnya
skrg nie susah nk nengok camtu
org ramai sunatkan anak diorg kat kinik je
adik2 saye pun dulu kat kinik je
so..x penah merasa experience camtu

hahaa..
dah x sbr yang?
x lama g dah
pejam celik dah bln 3 ;P

sparkystar said...

siap mandi air pcut bomba lagi.hehehe

Nurmala Mazlan said...

zuris,
tu la.kat KL ni pon mana nak cari majlis bersunat cam gitu kan??

tu la pasal zuris, kejap je kan??wak!!!!!

sparkstar,
hehe..tu ganti kan berendam dalam sungai tu la..

ratna said...

waaaakakaka... siap kena sembur air tu... nasib baik yg pompuan2 ni bersunat time kecik2 ekkkk...

Nurmala Mazlan said...

kak ratna,
tu la pasal kak..
kalau tidak..adeh~~~~

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak pun kenduri kawin gak smlm, satu umah tu kat umah jurunikah masa akak kawin dulu...dia buat sekali 2 org anak dia kawin...satu lagi kat kg sebelah...semuanya di kg akak kat pahang...meriahhh majlis kawin kat kg skrg ni....

Nurmala Mazlan said...

rafflesia merah,
maklum la..skang ni kan cuti sekolah.. musim cuti sekolah = musim mengawan..wakakaka~~

Anonymous said...

sunat? cukuplah sekali...he he he

Nurmala Mazlan said...

etomyam,
mmg la cukup sekali.. abis tu nak berapa kali??

said...

meriah ek majlis khatan kat sana..

hehhe

tu dia...
dua2 hadiah dia rembat
kekkekke


nanti kenduri cik mala..
nak kasi hadiah aper ek kat kami2 semua yg sudi nak datang nih?

hehehhe....

Nurmala Mazlan said...

yanie,
hehe..kena lah datang kalau nak tau dapat apa..hehe~~

Unknown said...

eee..nasib baik pempuan tak sunat kan..kalao tak mesti sakit.huhuhu..

Nurmala Mazlan said...

nahwal,
wak!!! apa pulak pompuan x sunat nahwal???

Erinsza said...

alah handsome boy kena sunat tak pelah cakit sekejap lps tu dah ok.

Nurmala Mazlan said...

erinsza,
tu la..lepas dia kena sunat jer, tunang kita cakap "hah..baru la lelaki"

pRincESs_N said...

meriah nyerr dak2 nk sunat tuu...

Nurmala Mazlan said...

N,
sebelum nak sunat meriah la.. pastu meriah pulak ngan tangisan diorg

Anonymous said...

hi mala, thank you datang ke majlis perkahwinan kami. Doorgift tu istimewa buat semua tetamu yg hadir sbg tanda penghargaan.

Ikhlas daripada kami,
Zaimie dan Khairul

Nurmala Mazlan said...

zaimie,
its ok.. org jemput, kita datang la memeriahkan kan!! terima kasih sbb singgah blog saya..

Anonymous said...

Ai.. berminat sgt citer pasal sunatnyer org lelaki... Tak malu. Sib baik la orang pompuan tak kene sunat acam org lelaki, kl tak ha lagi kecoh kl org pompuan sunat, tak caya tgk mcm di Mesir, Indonesia n beberapa negara lagi di Timur Tengah, girl tu dah remaja dah baru sunat. Zass abis plak tu mende tu, babtu dia jadi isu kat sana. Mcm penganiyaan pada org perempuan la kan.

Nurmala Mazlan said...

Anonymous,
fuh!!! ye ker nih??