Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan langkah mengurangkan kadar caruman pekerja semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2009 pada Selasa lalu. Langkah ini akan membantu meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada masa sama, pertambahan pendapatan boleh guna akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.
Pengurangan kadar berkanun caruman pekerja pernah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2003 sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.
Untuk memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan langkah tersebut, pengurangan caruman bulanan pekerja dari 11 peratus kepada 8 peratus akan dilaksanakan secara automatik mulai gaji Januari 2009 sehingga gaji Disember 2010.
Bagaimanapun, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL). Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.
Sehubungan itu, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru. Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember 2008.
(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 6 November 2008
*********************************************************
Semalam, lepas balik kerja aku pergi KWSP, Jalan Raja Laut tu. Aku pergi kiosk KWSP utk amik salinan penyata aku.. Sebab apa???? Lu pikir la sendiri~~~~~
Tapi, kat sini aku cuma nak bgtau, tak tau la kalau korang dah tau..
Skang dah senang kalau nak amik penyata KWSP kita sbb dah ada kiosk nih..
Tak payah nak amik² no atau nak beratur² lagi dah.. Memudahkan kerja kita sbb is macam penggunaan mesin ATM jer.. Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, korang klik sini
26 comments:
mala..aku penah print statement kat kiosk ni dulu tp aku nak tanya la..kiosk ni buka ke kalo bkn time ofis hour pon???ko pegi time blk keje kan..?? buka ekk??
zuris dah isi pun form 17A tue :)
sebab nak kekal 11% kena isi borang
cam rugi je nak wat 8% tu
sikit ar duit hari tua kita ti kan..
ada kiosk tu mmg memudah kan
juga menjimatkan masa..
azrin,
buka yin..
kalau kiosk yg menumpang² bank tu tutup ikut time bank tu.. tapi kalau yg kat HQ dia ni, Jalan Raja Laut, dia buka sampai kul 9pm
zuris,
oo...zuris..leh ek kalau kita nak kekal kan? tunang saya baru pas cakap rugi je kalau carum 8%.. kalau cam tu, nanti kita nak suh dia isi gak la form 17A tu
ooo yeah...ok la kalo camtu...
azrin,
hehehe..senang kan skang nih..
aah sennag sikit ade kiosk ni..
nk g la nnti..hehe
zue,
senang lagi pakai mesin dari pakai kakitangan kerajaan..lembab..wakakakaka~~~
ye...yee....disebabkan mende nieh la sha pening skang nieh~! nak kutip form satu hal, nak anta kat KWSP satu hal...and yg paling best ade org tak tau ape itu KWSP pon satu hal! hehehe...
sha,
wak!!!!
melampau la tu sha kalau x tau KWSP tu apa?? harus dibuang daerah tu..
huhuhu...dh lama x da potongan KWSP..
yan,
lorr..yan ni..
mmg la..yan kan suri rumah tangga..
tu mesti nak kuar duit beli rumah le tuuuuuuu....
dear,
if register kt website die tuh lg baik (i-akaun)..
x pyh pegi kiosk bleh straight print statement online...
saya,
wakakakaka...
wakakakaka...
jade,
ye la..
nak register pon, kena active kan kan dulu kat kiosk atau kat kaunter kan??? semalam saya dah aktifkan sekali..huhu~~
salam perkenalan dari ghimau :)
baik beringat sebelum ekonomi teruk tahun depan...
ghimau,
salam perkenala ghimau
etomyam,
insyaallah..
eh..ekonomi nak teruk ke thn depan???
ya allah mcm kerajaan nak ambil hati rakyatkan. hehehe
erinsza,
biasa la tu kak.. politikus~~
kite xkeje agi.. =)
KITA DAH TAHU DAH...
a'ah rasenya last year kite dah penah guna dah kiosk nih... tp slow ya rabbi...time dia nak loading....lagik ampes kalo owang yang beratur dpn kite tak ngeti nak gune... perghhh...terbakau den... *aik..ngamuk tetiba plk aku nih* hehehe....peace yang...
siti,
tak kerja abis tu buat apa??
al-bima sakti,
good
kiosk pon ok, on9 lg ok..print jek..
xD
reena,
hehe..itu dulu kot..
skang tak kot sbb aritu saya buat cepaet jerk..
eazy,
nak online kena aktifkan from kiosk atau kaunter yang
Post a Comment