Berikut adalah petikan laporan Berita Harian yang menemubual Nasha Aziz baru-baru ini. Nasha Aziz baru sahaj memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori filem Anugerah Skrin 2008 namun beliau tiada di’majlis tersebut untuk menerima sendiri anugerah tersebut.
Bicara kami pagi itu disulami dengan kisah hubungan ‘intimnya’ dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya ketika ini dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini.
“Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja.
Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu.
“Mungkin akan ada suara nakal mengatakan yang dia memeluk Islam kerana saya. Tak baiklah berfikiran begitu kerana sepanjang mengenalinya, dia begitu dekat dengan budaya dan adat resam orang Melayu."
“Dia juga sudah lama mempelajari Islam dan mengamalkannya secara berdikit-dikit. Dan sepanjang bulan puasa lalu, saya lihat dia selamba saja berpuasa tanpa menunjukkan ciri-ciri keletihan yang teramat,” ulas Nasha mengenai sikap temannya itu.
Credit to - Nur Iman Tang : Kekasih Hati Nasha Aziz
16 comments:
baguslah gitu..menambahkan umat islam..to nnti jgn kawin kerana cinta je..
yan,
Insyaallah tak..
tgk cam aliah lee tu, dah bercerai pon, masih islam lagi
hehe..part time paparazzi yang?? ;)
suka nasha aziz
cantik bangat!
sape nur iman tang ni ek?
hrp2 kali ni smpai la jodoh nasha aziz ngan iman ni.. suka sgt tgk lakonan nasha :)
Org cantik,senang dpt pengganti..Tp tu la jodoh nasha ni cam ssh je nk lekat..Mintak2 kali ni menjadi..InsyaALLAH..kan mala!
uishhh i suka nasha aziz....sejuk jer mata i memandang ......heheheheheh
alamdulillah..bertambah lagi umat islam..:)
hope dptlah nurmala dia bimbing dia ye..:)
zuris,
haha..tu nama nyer x de kerja zuris..
zeti,
ntah la. xtau pulak sapa nur iman tang nih
azrin,
tu la yin..sian dia kan?? macam2 dah jadi kat dia.. INSYAALLAH kali ni jadi la kan??
aryana,
i pun ske nasha aziz..cantik
masviona,
hah?? dapat la nurmala bimbing dia?? nur iman la..hehe
haip..
entry dia bnyk citer kawin2 nih cik mala..
he he he...
yanie,
hahaha..kelakar la yanie..aura² kahwin tu dah sampai kot yanie..
Wah semakin hari Nasha semakin cun lah!
Muka tegang saja...kedut tak nampaklah... namanya juga artis gitu kan! Cukup jaga...
:)
eedany,
botox la tu. x pon vit c
soke sgt ngan nasha! pretty damn gorgeous!
eliya,
yep..nasha ni cantik sangat
Post a Comment