Wednesday, April 30, 2008

kAD sKRoLL


Lagi kad kahwin yang aku suka. Cantik pun cantik. Murah pun murah.

siNggAhSaNa iMPiaN

Nak dekat-dekat kahwin ni,aku surf kat internet segala-galanya tentang perkahwinan. Dari perlamin,fotographer, kad kahwin, sumer aku survey kat internet.Kecuali make-up. Sebab make-up aku nak amik Zereen. Mak Andam yang make-up kan sepupu aku (Along) tahun lepas. Kat sini ada beberapa pelamin yang dah melekat dihati aku. Aku suka design dia. Nampak eksklusif. Cantik. Tapi harga aku tak tau. hehehe... Tak pe la,kahwin bukan selalu. Sekali je seumur hidup - Insyaallah -


Aku suka giler yang ni. Warna putih. Putih melambangkan kesucian. Kesucian ikatan perkahwinan aku dan tunang tercinta. Sayang, I Love You very strong~~~


Yang ni pun cantik jugak. Nampak meriah. Tapi kalau aku pilih yg ni maybe aku tukar colour. Aku akan buat warna putih atau silver.Pastu bunga-bunga kat tepi pelamin tu aku nak fresh flower. Wow...!!!


Yang ni simple but nice. Yang ni mungkin aku akan buat untuk pelamin dirumah ( yang kat atas tadi tu untuk pelamin di Dewan ) untuk malam berinai dan majlis khatam Quran.

p/s : Ini semua rancangan. Idea setakat ni. Tak tau la kalau-kalau akan berubah pulak lepas ni. Macam aku pernah kata hari tu,Aku ni lalang. Kejap ni suka yang ni,esok-esok nampak yang lain suka yang lain pulak. Apa-apa pun aku hanya merancang, Allah yang menentukan - Insyaallah -

Tuesday, April 29, 2008

hOtEL iStANa


Lobby

Songket Lounge

Taman Sari


In the Malay language, ‘Istana’ means “palace”. The Hotel’s logo features the Keris – a traditional hand weapon and reputed to possess magical qualities. As part of the regalia of Malay rulers, the keris thus plays a symbolic role in many royal ceremonies. Two intricately-carved marble sculptures of Sirih Junjung – a traditional and symbolic Malaysian welcome offering of betel leaves mainly used during celebratory occasions – amidst cascading fountains at the Hotel’s main entrance serve to emphasise the Hotel Istana’s hospitality concept.

___________________________________________________________

Tunang tercinta tak puas hati tgk aku letak lambang Tradewinds Plantation Berhad dalam blog ni.. Dia suruh aku letak lambang Hotel Istana, tempat dia bekerja jugak. Pastu dia suruh bagitau yang Hotel Istana tu adik beradik ngan Tradewinds Plantation Berhad, which is Hotel Istana dibawah Tradewinds Hotel and Resorts.hehehe~~~Sayang ni kelakar lah...

p/s : Tak pasal-pasal aku kena promote Hotel Istana pulak...

Monday, April 28, 2008

LeLaki iNi~


Aku selalu je dengar orang kata,orang lelaki ni,sayang macam mana pun dia kat kita, tapi jangan percaya 100%. Sebab lelaki ni sedang cari peluang je bila kita bagi muka kat dia. Aku antara percaya ngan tak je statement tu. Aku fikir mungkin tak semua lelaki kot yang macam tu. Dan tunang tercinta tak termasuk dalam golongan tu. Mungkin. Dah ya,selama 5 bulan prkenalan kami ni,aku tak Nampak pun ciri² jantan miang tu ada kat dia. Alhamdulillah..

Tapi pagi tadi semua yg aku fikirkan tu macam nak pergi terbang jauh je. Dah nama pun lelaki.

Dia hantar aku pergi kerja macam biasa. Dah sampai tu macam biasa la, aku kemas² kan rambut. Pagi tadi mak bekalkan aku dan dia mihun. Tengah sibuk² keluarkan mihun tu dari plastic, tetiba aku dengar ada org hon. Erm,aku budget mesti Abg Zaki ni. Sebab abg tu ada buat part time job, amik org kat stesen LRT Bandar Tun Razak. Biasa nya time aku sampai tu time² dia turun kan penumpang. Tunang tercinta tak dengar yang Abg Zaki hon tadi,aku yang bagi tau dia. Dia pandang,pastu angkat kepala kat Abg Zaki. Wah….!!!! Pas tu laju je kepala dia tgk kat dalam lobby tu. Aku tanya dia, “Sayang tgk apa?”. Dia kata tak de apa². Hey, tolong skit. Aku kat depan mata dia je tau. Tak payah nak tipu apa yg dia tgh buat tu. aku bukan budak kecil lagi. Aku tanya balik, “Sayang tgk apa?”. Dia kata pulak, “Tak,saya ingat sapa yang hon tadi”. Sayang,tlg jangan tipu saya. Sayang dah angkat kepala kat Abg Zaki tadi,sayang boleh kata sayang tak tau sapa yang hon tadi.

Aku : “ Sayang jangan tipu. Sayang dah angkat kepala kat Abg Zaki tadi,sayang boleh kata tak tau sapa yg hon”.

Dia : “ Saya ingat dia nak berhenti lagi”.

Aku : “Jangan tipu. Sayang dah Nampak Abg Zaki dah jalan dah tadi. Lagi pun sayang bukan pandang kat kereta tadi. Syg tgk siapa?”, untuk kali tang ketiga aku tanya dia tgk siapa..

Dia : “tak tgk apa² la. Dah ². Tak de apa² ok.”.

Tapi sebenarnya aku tau apa yg dia tgk dan aku tak tau apa tujuan dia tgk budak tu. Mmg dasar lelaki. Mana boleh tgk org yang berdahi licin sikit.

Aku : “Tak pe. Sayang nak tgk,tgk lah. Saya pun nak tgk org lain. Lunch karang tak payah datang. Saya nak lunch ngan orang lain”.

Dia : “Tak payah. Saya datang jugak lunch karang”.

Aku : “Tak payah datang. Sayang datang bukan sebab saya. Tapi sebab org lain”.

Aku salam dia. Dia cium dahi aku. Aku terus naik atas.

Terima kasih sayang..

***atau pun aku yang emo pagi² Isnin ni?

Jalan TAR & Fah Lean Floral


Siang tadi full aktiviti aku ngan tunang tercinta. Pergi teman ibu mertua cari persiapan untuk anaknya yg no-3 nak kahwin. Senang kata bakal adik ipar aku la yg nak kahwin tu. Maknanya langkah bendul si Ayu la ni. Sebab Ayu anak no-2. Apa-apa lah. Zaman sekarang mana ada langkah-langkah bendul ni lagi kan. Pergi kat area-area Jalan TAR. Org kata sambil menyelam,minum air. Tengah dok pilih-pilih tu,aku nampak pulak kain lace warna silver. Insyaallah akan jadi warna theme aku nanti. Aku apa lagi. Ingat nak beli. Tapi tgk la dulu. Sebab masa tunang aritu dah ada sepersalinan untuk bernikah. Abis tu kalau aku beli baju tu, nak buat apa lagi? Nak buat bersanding biasanya mak andam amik pakej. dah masuk baju sanding skali. Tgk la dulu macam mana. Tgk budget jugak.Aku seronok keluar tadi sebenarnya. Ngan ibu, ngan tunang tercinta dan adik-adiknya, Ye la.. aku tak pernah merasa keluar satu keluarga macam ni. Adik beradik takde. Bila keluar,berdua je dengan mak. Hurm..ntah la..harap-harap hubungan aku dengan keluarganya nanti bertambah erat. Ayu pun sebelum ni cam segan-segan nak cakap. Tadi cam ok je. Aku pun dah tak la segan-segan lagi. Terasa macam ada adik-beradik pulak. Diorang minta pendapat aku. Diorang minta tolong aku. Terasa juga macam aku ni diperlukan. Kalau tidak sebelum ni apa-apa pun keputusan,aku buat sendiri. Alhamdulillah. Thanks God, beri aku perasaan ni walaupun mungkin peluang ini cuma untuk sekali ni je dalam seumur hidup aku. Dah selesai semua, dah dapat apa yang di cari, aku balik pergi amik mak pulak.

Mak nak pergi Fah Lean Floral kat Balakong. Kedai jual bunga-bunga,barang-barang perkahwinan,lanskap. Banyak la. Aku mula-mula macam tak nak pergi. Macam tak berminat je nak pergi tempat macam ni. Tapi bila dah sampai tempat tu,masyaallah....banyaknya barangan perkahwinan. Rambang mata aku dibuatnya. Macam semua aku nak. Cantik-cantik belaka. Tapi kitorg survey-survey je dulu. Nanti lagi 6-7 bulan nak dekat majlis baru la pergi semua. Masa tu nanti mesti ada lagi barang yang lagi baru dan cantik kan?? Tunggu.......

Saturday, April 26, 2008

nASha aZiZ



Nasha Aziz sewaktu menjayakan Minggu Setiausaha di Mahkota Grand Ballroom, Hotel Istana


Inilah perempuan yang dikatakan cantik. Sesiapa je yg melihat,tak kira lelaki atau perempuan,pasti akan terpegun dengan kejelitaannya. Tak disangkal lagi,mmg indah ciptaan Tuhan. Sampaikan tunang tercinta pun kata dia cantik. Macam terpegun la katanya, " Tadi saya nampak nasha aziz kat hotel. Cantik kan dia". Aku cakap la, "Memang cantik pun".



_____________________________________________________________

p/s : Sayang,if u read this, You know what I mean.

Friday, April 25, 2008

LepAs tiGa miNggU

Tadi aku buat filling kat tempat Kak Shuhada (colleague aku). Aku dengar Kak hada,Kak Zu ngan Abg Wan tgh sembang-sembang pasal kehidupan berumah-tangga. Tak perlulah aku cakap kat sini . Sebab ia agak 18sx skit. Aku diam je la. Takkan aku nak menyampuk. Tetiba Kak Hada kata “Mala, awak buat pekak je. Jangan dengar”. Tapi Abg Wan makin galak bergurau. Kak Hada kata lagi, “Abg Wan ni tak senonoh tau. Kan Mala ada tu”. Pastu Abg Wan kata, “Tak pe,biar Mala dengar. Biar dia belajar. Ini kehidupan. Bukan cerita² kosong”. Aku tergelak la masa Abg Wan cakap macam tu. Pastu aku tanya “Kehidupan?”. Pastu Abg Wan kata, “Dah tiga minggu,baru hari ni dengar suara Mala. Rasa cam teruja je”. Hehehe… cam tak percaya je kan dah tiga minggu aku kat sini tapi tak dengar suara aku. Sesiapa yg kenal betul ngan aku mesti tak percaya yg aku tak bercakap sangat dalam masa tiga minggu ni. Yg sebenarnya aku ni bukan pendiam pun. Cuma aku segan kalau org tu aku tak berapa kenal. Tak pe, masanya akan tiba juga.. Lama kelamaan mesti la hilang segan aku kan. Kalau dua atau tiga bulan aku kat sini takkan aku tak nak bercakap kan? Boleh gile aku macam tu. So, we’ll see!!

wELcOmE tO tHe CLuB


Pagi tadi ada org belanja breakfast. Kat sini mmg macam tu,hari Jumaat je mesti ada org bersedekah. Last week pun ada. Tapi aku amik dan makan di tempat sendiri. Sebab aku segan nak join diorang. Aku kan pemalu orangnye. Tapi minggu ni aku dah tak segan sebab aku dah ada kawan baru. Namanya Kadijah. Tapi panggil Kad je.Dah 3 hari kebelakangan ni aku gi makan ngan dia.

Tgh hari tadi pula,aku tgh melayari internet, (ingat kejap lagi baru nak turun. Sebab hari ni Kadijah tak nak makan pulak) tiba² kak iza, lalu depan aku. Dia ajak makan sekali. Mula² aku cam malas nak join. Baik aku ngadap komputer je. Tapi bila aku fikir² balik,apa salah nya aku join je. Kakak tu pun dan beberapa kali ajak aku makan sama.Join je la Mala. Boleh tambah kenalan. Masuk hari ni pun dah hari ke-25 aku kerja kat sini tapi masih belum ada kawan lagi. Nanti diorang kata aku sombong pulak. Ok. Aku pun join makan ngan diorg kat meeting room. Ngan Kak Iza, Kak Zu, Kak Hada, Kak Mai pastu tgh² makan tu, Kad pun masuk sekali.

Erm...bila dah beramai² tu gosip la jawabnya. Biasa la tu,setiap organisasi mesti ada keadaan ni. Mula² pun aku ingat kat sini tak macam kat tempat lama aku tu (Sports Toto (M) Sdn Bhd). Tapi rupa²nya sama je. Tak pe la,at least aku cuba bergaul dengan diorang. Tak la diorang kata aku sombong.

Tak pe la. Ini baru permulaankan? Tengok la dah lama² sikit nanti hilang la kekok aku ni.

Thursday, April 24, 2008

tUNtUtAN hAti


Kadang kadang tuntutan hati membolehkan perkara yg diluar jangkaan kita berlaku.Kadang-kadang tak tercapai dek akal. Hati manusia berbagai-bagai. Sukar diramal. Rambut sama hitam. Hati lain-lain.

Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi besar. Kadang-kadang perkara yg remeh,tapi disebabkan tuntutan hati yg dikuasai oleh nafsu,bertahun-tahun simpan dendam. Ntah la..susah nak jangka akal dan perasaan manusia. Terlalu banyak "kadang-kadang". Terlalu banyak kemungkinan. Kalaulah kita boleh selami hati manusia. Tentu tiada perbalahan yg kan berlaku.


"Ada dua cara membalas dendam yang terbaik. Pertama, hidup bahagia. Ini akan membuatkan musuh bertambah sakit hati. Kedua, jangan ambil tindakan. Ia akan menyebabkan musuh terasa bersalah seumur hidup."
























Wednesday, April 23, 2008

sEmALaM gi tGk BoLa



Piala FA: Selangor 4-1 Kuala Muda Naza

SELANGOR bersama-sama juara bertahan Kedah, Pahang dan Terengganu mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua, Piala FA yang berlangsung malam tadi.

Kedah yang baru menjuarai Liga Super akan menentang Pahang sementara Selangor akan bertemu Terengganu di perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 11 Jun.

Sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, Selangor muncul sebagai pasukan paling banyak memenanginya, sebanyak empat kali pada 1991, 1999, 2001 dan 2005.

Kedah pula menjuarainya pada 1996 dan 2007 sementara Pahang pada 2006 dan Terengganu pada 2000.

Di Stadium Shah Alam, Selangor bangkit dari ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama untuk membenam Kuala Muda 4-1 malam tadi dan menempah tiket ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Frank Seator membuka jaringan seawal minit pertama, diikuti dua jaringan Safee Sali pada min ke-20 dan 28 dan gol keempat Red Giants disumbangkan oleh Amirulhadi Zainal, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Gol saguhati Kuala Muda dijaringkan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-64.

Di Stadium Darulaman, Kedah semakin gagah untuk mempertahankan kejuaraan musim lepas apabila membelasah Melaka 6-2 malam tadi dan mara dengan kelebihan agregat 10-3 selepas menumbangkan lawan dengan jaringan 4-1 pada perlawanan pertama.

Marlon Alex James menjadi hero skuad Kenari bila menjaringkan empat gol, pada minit ke-8, 28, 59 dan 70 dan sementara dua gol lagi disumbangkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri (min ke-17) dan Hasmawi Hassan (min ke-21).

Sementara gol Melaka dijaringkan oleh Julius Abegar (min ke-11) dan Kofi Estiba (min ke-52).

Di Stadium Likas, Pahang menewaskan Sabah 1-0.

Pada perlawanan pertama, Pahang menumpaskan Sabah 3-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1.

Gol tunggal malam tadi dijaringkan oleh Redouane Barkaoui pada minit ke-17.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, walaupun terikat 1-1 dengan Felda United, Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-2 selepas menumpaskan pasukan kelab itu 3-1 pada perlawanan pertama.

Md Ashaari Shamsuddin membuka jaringan pada minit ke-32 namun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jophat Nkhoma pada minit ke-39.

SELANGOR:
22-MEGAT AMIR FAISAL, 17-AMRI YAHYAH, 2-ZAIZA ZAINAL ABIDIN (6-FADZIRUL ZAKARIA), 4-EVANS CHISULO, 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 25-SHUKOR ADAN, 28-SAFIQ RAHIM, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN, 9-FRANK SEATOR (14-AKMAL RIZAL RAKHLI), 10-SAFEE SALI

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2007/08:
PERLAWANAN PERTAMA
- RABU, 11 JUN:
SELANGOR lwn TERENGGANU - Stadium Shah Alam
KEDAH lwn PAHANG - Stadium Darulaman

PERLAWANAN KEDUA - SABTU 14 JUN:
TERENGGANU lwn SELANGOR - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
PAHANG lwn KEDAH - Stadium Darul Makmur

Tuesday, April 22, 2008

pANaS bARaN




Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof


Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.


Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.


Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.


Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.


Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
Perilaku agresif
Gejala sosial
Emosi
Masalah kewangan/ keluarga
Ego
Tekanan perasaan
Faktor didikan
Bebanan kerja
Faktor persekitaran


10 Risiko Individu Panas Baran
Dipulaukan masyarakat sekeliling
Jiwa kosong (murung)
Hilang pekerjaan/jawatan
Perceraian
Kemalangan
Pergaduhan
Kesalahan jenayah
Melakukan penderaan
Tekanan perasaan
Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

___________________________________________________

p/s :- Sayang, kawal sikit panas baran tu. Umur dah banyak dah sayang. Dah bole fikir mana baik dan buruk. Nanti nak jadi suami saya, nak jadi ayah pada anak² saya. Tak kan nak baran² lagi. Jangan cepat naik angin je. Nak kentut bole~~~

sAtU pENaNtiAn

Satu Penantian
Dwen
Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selamanya
Sebelum jumpa dirimu
Sebelum kenal dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku
Kata hatiku selalu membisik
Kau adalah milikku
Biar lamapun kutunggu
Saat kedewasaanku
Dan aku tak pernah jemu menantimu
Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku
Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya
Ku harapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan hanya sekadar
Impian belaka
Bukan hanya sekadar
Impian belaka


___________________________________________________


p/s: Lagu ni tunang tercinta tujukan pada aku. Dia suruh aku hayati lagu ni.. Terima Kasih sayang..

Monday, April 21, 2008

kAu pERGi jUa


Kau Pergi Jua
Adam Ahmad


Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

Ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku


______________________________________


Aku suka lagu ni.. Lagu ni macam syahdu je.. Dah lama dah aku suka lagu ni... Dan sekarang pun aku sedang mendengar lagu ni.. Ntah la.. Tak tau aku nak suka lagu ni lagi ke tak..


Macam ni cerita dia. Dulu,masa aku baru-baru aku kenal dengan tunang tercinta, satu malam tu kitorang lepak kat Dataran Merdeka. Erm...kitorang dengar la lagu kat dalam handphone aku tu..Salah satu lagu yg ada ialah lagu ni..Aku cakap kat dia, aku suka lagu ni. Pastu dia cakap dia pun suka lagu ni..Erm...minat yang sama la pulak..Bagus la tu.. Tetiba ada sambungan pulak. "Dulu masa saya tengah frust dulu, lagu ni tgh nak top balik. Masa tu saya tak boleh dengar lagu ni. Sedih sangat".. Ceritanya kat sini ialah..... dulu masa dia cerita macam tu aku tak terasa sangat sebab masa tu kitorg tak de apa-apa ikatan yg serius lagi.. Tapi sekarang,bila aku dengar je lagu ni,aku teringat apa yg dia cakap dulu.. Hati aku macam sakit je bila dengar lagu ni..Huh..sayang betul sayang pada dia ye sayang...Lagu ni dah menceritakan segala-galanya..



Sayangku,Tahukah kau di dalam hatiku ini.Tersimpan perasaan cinta yang suci.Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku



Cinta sayang suci buat dia..


Kau pergi jua.Setelah cintaku kini membara.Belum sempat kucurahkah kasihku.Kau pergi tak kembali


Sayang,saya dapat rasakan betapa sayangnya sayang kat dia.. Betapa kecewanya hati sayang bila dia tinggal kan sayang.. Suci sungguh kasih sayang pada dia..


Ntah la,cerita ni dah lama sebenarnya.. Sebelum aku bertunang dengan dia lagi. Tapi aku tak boleh menipu diri sendiri. Aku sakit hati setiap kali dengar lagu ni.. Aku cuba berpura-pura kononnya aku tak terkesan langsung dengan apa yg dia cakap tu. Tapi tak boleh.. Hakikatnya.. dia begitu menyayangi perempuan tu dulu.. Bertuah sungguh dia dapat menjadi insan pertama dalam hidup sayang.. Kalau boleh diputar semua masa, saya nak jadi yang pertama dalam hidup sayang.. Tapi hakikatnya.... tak boleh..!!!!!

Sunday, April 20, 2008

nEw LaPtOp


Tadi aku pergi Low yat dengan mak dan tunang tercinta.. Mak dapat durian runtuh apa ntah, belikan aku laptop.. Erm...thanks mak.. Walaupun kita selalu je gaduh-gaduh. Dan skang aku sedang bergelut dengan internet di dalam bilik dari pukul 8 tadi sampai sekarang. Mak panggil suruh tengok Siti Nurhaliza buat persembahan untuk Anugerah Planet Muzik pun aku tak nak.. Ni ha..mak baru panggil aku makan,aku tak datang2 lagi.. Sampai mak masuk bilik mak kata "Ni aku dah belikan laptop,dah tak sedar diri pulak...Pergi makan cepat kau. aku nak kemas dapur tu...!!!" Ish...macam ni bole kurus aku...huhuhu...

Friday, April 18, 2008

kAD kAhWiN



Beberapa kat kahwin yg berkenan dihati..tapi tak confirm lagi.Aku nikan lalang.. Rambang mata..Skang nak yg ni. Esok² tgk yg lain nak yg lain pulak.. Tapi kad² ni cantik kan? Cantik dan Murah..

Thursday, April 17, 2008

bUNgA tAnGaN





Kalau korang nak tau,aku suka bunga ros. Sebab tu aku suka Rosalinda.. hehehe...Aku tgh dok berangan² tadi pasal bunga tangan yg akan aku pegang masa majlis persandingan aku nanti. Insyaallah.. Erm..kat sini ada beberapa bunga tangan impian aku..Aku berangan nak buat macam ni la..pakai baju warna putih atau light silver,pastu bunga warna merah..wow..!!!! Nampak cantik je.. Terserlah.. Si pemakai memakai baju berwarna putih dan ia menyerlahkan bunga tersebut..

Wednesday, April 16, 2008

pEmBaNgKaNg yG tAk SuDaH²



Hari Isnin hari tu konon nya aku nak tunang nak gi makan kat restoran 3000 kat Kg Baru sebab dah lama tak makan kat situ.. Sekali jalan punya la jammed.. Ingat apahal..Sekali tgk polis ramai tak ingat.. tak lama lepas tu, datang pulak lori FRU.. Eh,apahal ni.. rupa²nya penyokong² buat reformosi. Bangang betul la diorang ni.. Nak sangat ke negara ni jadi macam indonesia tu..merusuh sana sini. Dah elok² dok kat negara aman damai, sibuk gi buat rusuhan pulak.. pada pendapat aku la.. tak tau la betul ke tak...aku rasa diorang tunjuk perasaan tu sebab ladang ternakan babi yg nak dibuka di Selangor tu kot...
Ni la keadaan org ketika tu yg sempat aku rakamkan..ramai tak ingat. Walaupun aku dalam kereta je masa tu,tapi perasaan takut tu tetap ada sebab terlalu ramai umat manusia yang dah membantutkan selera aku dan telah merencatkan niat aku dan tunang tercinta untuk makan di restoran 3000. Akhirnya kami tukar destinasi selera kami, kami makan Ikan bakar kat belakang Istana Negara.

Tuesday, April 15, 2008

kALaU itU tAkDiR-NyA



Takde cerita yang menarik hari ni.. Cuma,sayang dah tebus balik perkara yg dia buat aku sentap semalam tu..huhuhu…

Once upon a time... hehehe.. Erm..aku nak citer camner aku boleh berkenalan dengan tunang tercinta,seterusnya bertunang dan Insyaallah akan kejinjang pelamin tahun depan.

Aku kenal dengan tunang melalui seseorang-Kak Hanim. Dulu kakak ni kerja ngan aku kat Sports Toto (M) Sdn Bhd, skang dia dah pindah Hotel Istana pulak,tempat dimana tunang tercinta kerja. Kak hanim ni boleh dikatakan rapat dengan aku dulu. Tahu segala permasalahan dalaman dan luaran aku. Dia ni bole dikatakan cuba menjadi match maker aku la. Bila dia kerja di hotel, dia masih main kutu kat Toto. Jadi setiap bulan dia akan pass duit tu kat aku. Ntah kenapa pada bulan ni-hari ni-2 November 2007 dia pass duit tu kat sorang mamat ni. Mamat ni pun datang Time Square dan pass duit tu kat aku dengan muka “ketat”-nya.

Petang tu Kak Hanim msg aku “Mala, call kita balik. Ada citer best”. Uik!! Naper? Aku pun call. Pastu Kak Hanim kata “Mala, budak yang hantar duit tu minta no. tel kau. Kau bagi tak”? ( sebenarnya Kak Hanim dah bagi dulu sebelum tanya aku – clever)

Malam tu,mamat tu pun msg aku tapi salah hantar daa… malas la aku nak citer!!! Dan hari² seterusnya dia msg aku,aku balas. Aku msg dia,dia balas.. kami main sms je tapi tak berkesempatan nak jumpa. Dia free,aku tak free. Aku free,dia tak free. Begitulah seterusnya sehinggal tanggal 15 November 2007, memang telah ditakdirkan, aku halfday masa tu. Aku malas nak balik awal. Jadi aku lepak kat ofos sampai kul 3pm. Kul 3 lebih tu aku turun parking,nak balik la konon. Tiba² fon aku berdering.. Erm.. Aewul.. dia kata dia tgh berteduh kat Sg. Wang sebab hujan. Aku bagitau dia aku halfday arini. Skang nak balik je. Dia tanya nak jumpa tak? Saya kata macam mana dia nak datang Times Square. Dia kat Sg Wang. Dah la hujan pulak tu. Pastu dia kata takpe,dia boleh datang. Jadinya,itulah pertemuan kedua kami.

Balik daripada pertemuan tu,aku dapat msg dari dia “ awak,saya rasa saya dah mula suka kat awak. Gelak awak,senyum awak, sikap awak”.. aku fikir,betul ke mamat ni? Baru jumpa sekali dah suka dan aku seperti biasa akan fikir itu ayat normal bagi lelaki yang nak tackle perempuan.. eceh… aku pun balas msg tu “awak, jangan cepat suka kat saya. Awak tak kenal saya, saya jahat..”
Lepas² dari detik tu la aku dengan dia semakin rapat,semakin mengenali hati budi masing ². Sama² perbaiki kelemahan masing² dan akhirnya pada 24 November 2007,setelah segalanya hampir tidak menjadi,dengan izin Tuhan aku jadi juga kekasih Mohd Khairul Nizam..

1 Januari 2008-Tahun Baru,kami membeli belah barang pertunangan menjelang hari pertunangan kami yang dah ditetapkan pd 8 Februari 2008 .

Akhirnya,8 Februari 2008-Jumaat-Lepas Asar aku sah menjadi tunangan Mohd Khairul Nizam Bin Shamsuddin selepas ibunya menyarungkan cincin di jari manis aku.. janji di ikat setahun. Jika tiada aral melintang,Insyaallah tahun hadapan-2009, kami akan naik pelamin. Semoga hubungan kami direstui semua. Doakan la kebahagiaan kami. Amin…..

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Monday, April 14, 2008

bOLa..bOLa..bOLa..


Letihnya.. Makin banyak pulak kerja aku kat sini.. Tapi tak pe la.. Tadi kawan aku si Adini dah sound "kerja baik² dowh"...

Semalam aku teman tunang tercinta gi main bola kat Stadium Mini Shah Alam.. Kul 11pm cam tu baru balik.. Masa On the way nak ke Shah Alam tu ada la sesuatu perkara terjadi yg membuatkan aku tersentap sampai ke malam..bukan sampai kemalam, tapi sampai ke pagi.. Aku tak boleh tido..kul 3am baru aku dapat lelapkan mata.. Dan sekarang mata aku seperti mata ikan emas.. mengantuk..Lagi² lepas makan tadi... Ntah la..aku pun tak pasti patut ke aku tersentap semalam tu. Jiwa aku ni cepat sangat tersentuh sejak bersama tunang tercinta... Dia terlalu memanjakan aku selama perhubungan kami. Jadi, bila sesuatu diluar jangkaan terjadi,aku cepat sangat terasa.. Padahal untuk relationship sebelum ni, lagi macam² dugaan yang datang pada aku,tapi steady je aku tangani.. Tu la "Sayang, sayang dah terlalu memanjakan saya sayang"... Ish... teruk betul la aku ni.. Pagi tadi lepas aku salam dia,biasanya dia akan cium dahi aku. Tapi pagi tadi dia tak cium dahi aku. Itu pun aku boleh terasa.. Apa nak jadi ngan aku ni..? Nak datang bulan kot..hehehe.....

Petang ni aku kena lepak kat ofis sampai kul 7.30pm la nampaknya.. Sebab kat hotel Istana, tempat kerja tunang tercinta, ada selection untul futsal inter Tradewinds... Bola lagi...Bola bola bola..Makan bola, Minum bola, Tido bola.. Saya ni ditempat nombor berapa agaknya sayang kan..? Erm..Inter Tradewinds - Ini bermakna nanti, Tradewinds Hotel & Resort
(company tunang tercinta) dan Tradewinds Plantation akan berjumpa...hehehe...nak sokong sapa ek...!!

Friday, April 11, 2008

tHaNkS gOd... iTs fRiDaY...


Yeah...Yeah... hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Huh...Skang baru aku dapat buka internet... Pagi tadi AccPac system kat comp aku ni problem.. Ada org dari IT meng'operate' benda tu.. ingat kan kejap.. Sekali abang tu punya la ramah dah.. dia godek² pc aku.. dia transferkan sumer file dari thumbdrive masuk pc aku, pastu dia downloadkan pulak YM untuk pc aku..Erm...bagus jugak..hehe... Tu sebab aku tak dapat nak ter'internet' dari pagi tadi..

Semalam balik dari kerja aku pergi mencari hadiah untuk tunang tercinta..Seperti yg aku kata, dia sukakan barangan Nike sahaja.. Hadiah pertama daripada aku semalam ialah sandal Nike.. Pastu kitorang nak pergi la amik cake yg mak aku dah orderkan untuk dia tu,sekali kedai tu tutup dah...Ceh... At last aku belikan je dia cake Secret Recipe - Chocolate Indulgance..Nyum...Nyum... pastu gi pulak makan ikan bakar kat jalan Istana.. Ini saja la coretan di harijadi tunang tercinta.. I love u sayang...

Thursday, April 10, 2008

sEDaNgKaN LiDaH LaGi TeRGiGit



Tadi aku ditegur oleh Kak Shuhada tu. Dia kata ada org kata kat dia yg aku buka lagu kuat.. Ye ke..? Ada org tegur ke atau dia yang tegur.? Ntah..Dengar je la Mala..Kau baru lagi kat sini.. Erm... Pastu bos aku En. Amir suh aku buat ntah form apa ntah melalui excel.. Yang ni pun aku tak pasti samada form tu dia mmg perlukan atau hanya nak test aku tahu tak menggunakan Excel.. Heh...!!! Bosan pulak. Dah la hari ni tunang tercinta tak datang time lunch... Bersendirian la aku..

Tadi aku gi hantar apa yang bos aku suh buat tu.. Erm...nampak macam memang dia perlukan je document tu.. Aku ni, selalu salah sangka.. Baru kena tegur tadi dah sentap.. Dah la lunch tadi aku tapau je sebab tunang tercinta tak datang.. Aku nak buat air, Sekali.. Cis!!!! Cawan aku hilang.. Tak kan orang pakai kot...Yekkk.....!!!

biRtHdAy sAyAnG


Hari ni birthday tunang tercinta.. Happy birthday sayang.!!! ( Love me now, Love me never. But if you love me, Love me forever ) semalam aku dah buatkan kad untuk dia.. Lama dah aku tinggalkan bidang pembuatan kad ni.. Dulu masa sekolah² aktif la.. Tapi takpe demi tunang tercinta.. Petang karang lepas balik kerja nak pergi amik kek pulak kat La Manila Cafe kat depan Ampang Park tu. Dia tak tau yang mak aku dah belikan kek untuk dia.. Erm...Surprise!!!!! Pastu,malam nya pula, aku nak belikan hadiah untuk dia.. Nak beli apa ek..? Yang pasti Sayangku itu sukakan/memakai barangan Nike je.. So,tengok la nanti singgah butik Nike jap.. Ok..masa dah time..hehehe...nak start kerja jap..dah kul 8.37am dah ni...

Wednesday, April 9, 2008

dEfiNiTeLy, mAyBe


Erm...semalam tak update je. sebab busy..ingatkan semalam nak update bila petang menjelma..maklum la time tu bos dah balik...boleh la bertenet..sekali Azrin call cakap zack aka kak ila ada ticket wayang free.. Definitely, Maybe.. So, balik tu terkocoh-kocoh la aku balik sebab nak collect tiket tu kul 8.30pm cam tu.. Tunang tercinta amik aku kat ofis kul 6.30pm..sampai umah dalam kul 7.00pm camtu, terus cabut gi Mid Valley je.. Sampai sana trus gi jumpa zack aka kak ila amik ticket pastu tunang tercinta seperti biasa akan main game kereta OutRun. Itu favourite dia..Sebelum ni dia suka main game kereta Initial D je... Apa dah...tak pasal² aku bole tau pasal game kereta pulak...tak lama lepas tunang tercinta main game tu,Azrin ngan saiful pun sampai.. Ini je la cerita semalam....

Tadi aku di ajar macam mana nak buat surat ntah apa ke nama ntah..Ish...leceh jugak kerja uku skang ni nak banding ngan kerja aku sebelum ni...Tak pe la....Belajar kan..? At least aku dah ada pengalaman..

Erm...apa lagi ah..?? Takpe la..sampai sini dulu aku tulis..Nanti baru sambung balik.. Tak tau nak cakap apa je.. Wharever it is, lunch nanti tunang tercinta nak datang.. Aku dah kata tak yah datang.. Tapi dia nak datang jugak.. What to do..????

Monday, April 7, 2008

mANa mAk bUyUnG...

hari ni mak buyung aku tak kerja pulak. Patut la dari bagi tadi aku msg sampai ke tgh hari tak berbalas... Rupanya malam tadi gi beronggeng kat Downtown pulak.. Bosan la aku hari ni..Nak bergayut,image mau jaga..baru hari ke-5 aku kat ofis baru ni...tapi dapat la aku call Azrin. Aku kata kalau aku tau,aku ajak dia lunch sama² tadi. tapi tetiba dia marah aku pulak.Siap nak sepak aku lagi... Tapi aku tau kenapa.."kenangan terindah" dia ada kat sini. At last tunang tercinta jugak yang teman aku lunch hari ni...Rindu kat sayang je..

Tadi mak aku call...dia cakap dia dah call Dewan Tun Rahah kat Menara Tun Razak tu....sebelum ni kata nak buat kat Pusat Belia antarabangsa la, kat Dewan MPAJ la..Semalam pulak kata nak buat kat kampung pengantin kat jalan ampang tu..eh..eh..excited macam dia pulak yang nak kawin...maklum la aku ni satu-satunya anaknya...walaupun kami ni panas, yakni tak boleh bersemuka,mesti nak gaduh..tapi aku tetap satu-satunya anak kepada Ramlah Muhammad. Tak kisah la mak nak buat kat mana² mak, asalkan kita dapat kawin ngan Khairul (hehehe...gatal)

Alamak...tu la, gatal lagi...kan dah salah buat kerja...wakk..kakak ni pulak takut² kan aku..wakk... dia kata "nanti kak roy mesti marah..sebab skang ni tgh busy. selalu org takde buat silap macam ni. biasa org kalau silap mesti silap kat P.O no, Inv no, tapi awak salah masuk company." ish...akak ni buat aku takut pulak..kang aku benti keje kang...bagi la semangat kat aku yg baru memulakan karier di Tradewinds Plantation Berhad ni.

Skang dah kul 6.16pm jer..aku stay hari ni sebab sayang ada bola je. kul 7.00 nanti dia abis main bola baru dia amik aku..macam ni la aku skang,tak boleh kemana2 bersendirian. Dia akan amik dan hantar aku kemana-mana saja aku nak pergi..( tak caya tanya Azrin kan..?? )

Saturday, April 5, 2008

aKHiRnYa.....

hehehe....akhirnya berjaya jugak aku melahirkan blog aku sendiri... tanpa usaha mimpi tak bermakna...itulah dia...semalam, seharian aku cuma buat background untuk blog ni..tak jadi2. kawan aku si Azrin Mohd Nawir tu,siap ajar aku tu macam mana nak buat background...tak jadi2 gak...at last..aku gi breakfast ngan dia pagi ni...pastu kitorg gi cc. kononnyer nak mengajar aku...usha punya usha rupanya dia dah ajar aku ilmu songsang dah...patutla tak jadi2 dari semalam..ceh..