Friday, April 25, 2008

wELcOmE tO tHe CLuB


Pagi tadi ada org belanja breakfast. Kat sini mmg macam tu,hari Jumaat je mesti ada org bersedekah. Last week pun ada. Tapi aku amik dan makan di tempat sendiri. Sebab aku segan nak join diorang. Aku kan pemalu orangnye. Tapi minggu ni aku dah tak segan sebab aku dah ada kawan baru. Namanya Kadijah. Tapi panggil Kad je.Dah 3 hari kebelakangan ni aku gi makan ngan dia.

Tgh hari tadi pula,aku tgh melayari internet, (ingat kejap lagi baru nak turun. Sebab hari ni Kadijah tak nak makan pulak) tiba² kak iza, lalu depan aku. Dia ajak makan sekali. Mula² aku cam malas nak join. Baik aku ngadap komputer je. Tapi bila aku fikir² balik,apa salah nya aku join je. Kakak tu pun dan beberapa kali ajak aku makan sama.Join je la Mala. Boleh tambah kenalan. Masuk hari ni pun dah hari ke-25 aku kerja kat sini tapi masih belum ada kawan lagi. Nanti diorang kata aku sombong pulak. Ok. Aku pun join makan ngan diorg kat meeting room. Ngan Kak Iza, Kak Zu, Kak Hada, Kak Mai pastu tgh² makan tu, Kad pun masuk sekali.

Erm...bila dah beramai² tu gosip la jawabnya. Biasa la tu,setiap organisasi mesti ada keadaan ni. Mula² pun aku ingat kat sini tak macam kat tempat lama aku tu (Sports Toto (M) Sdn Bhd). Tapi rupa²nya sama je. Tak pe la,at least aku cuba bergaul dengan diorang. Tak la diorang kata aku sombong.

Tak pe la. Ini baru permulaankan? Tengok la dah lama² sikit nanti hilang la kekok aku ni.

1 comment:

NorAzrin MohdNawir said...

elok la tu ko bcampur ngan dorg mala...xkan ko nak jd katak bwh tempurung pulak kan...??