Wednesday, April 23, 2008

sEmALaM gi tGk BoLa



Piala FA: Selangor 4-1 Kuala Muda Naza

SELANGOR bersama-sama juara bertahan Kedah, Pahang dan Terengganu mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua, Piala FA yang berlangsung malam tadi.

Kedah yang baru menjuarai Liga Super akan menentang Pahang sementara Selangor akan bertemu Terengganu di perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 11 Jun.

Sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, Selangor muncul sebagai pasukan paling banyak memenanginya, sebanyak empat kali pada 1991, 1999, 2001 dan 2005.

Kedah pula menjuarainya pada 1996 dan 2007 sementara Pahang pada 2006 dan Terengganu pada 2000.

Di Stadium Shah Alam, Selangor bangkit dari ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama untuk membenam Kuala Muda 4-1 malam tadi dan menempah tiket ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Frank Seator membuka jaringan seawal minit pertama, diikuti dua jaringan Safee Sali pada min ke-20 dan 28 dan gol keempat Red Giants disumbangkan oleh Amirulhadi Zainal, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Gol saguhati Kuala Muda dijaringkan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-64.

Di Stadium Darulaman, Kedah semakin gagah untuk mempertahankan kejuaraan musim lepas apabila membelasah Melaka 6-2 malam tadi dan mara dengan kelebihan agregat 10-3 selepas menumbangkan lawan dengan jaringan 4-1 pada perlawanan pertama.

Marlon Alex James menjadi hero skuad Kenari bila menjaringkan empat gol, pada minit ke-8, 28, 59 dan 70 dan sementara dua gol lagi disumbangkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri (min ke-17) dan Hasmawi Hassan (min ke-21).

Sementara gol Melaka dijaringkan oleh Julius Abegar (min ke-11) dan Kofi Estiba (min ke-52).

Di Stadium Likas, Pahang menewaskan Sabah 1-0.

Pada perlawanan pertama, Pahang menumpaskan Sabah 3-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1.

Gol tunggal malam tadi dijaringkan oleh Redouane Barkaoui pada minit ke-17.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, walaupun terikat 1-1 dengan Felda United, Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-2 selepas menumpaskan pasukan kelab itu 3-1 pada perlawanan pertama.

Md Ashaari Shamsuddin membuka jaringan pada minit ke-32 namun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jophat Nkhoma pada minit ke-39.

SELANGOR:
22-MEGAT AMIR FAISAL, 17-AMRI YAHYAH, 2-ZAIZA ZAINAL ABIDIN (6-FADZIRUL ZAKARIA), 4-EVANS CHISULO, 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 25-SHUKOR ADAN, 28-SAFIQ RAHIM, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN, 9-FRANK SEATOR (14-AKMAL RIZAL RAKHLI), 10-SAFEE SALI

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2007/08:
PERLAWANAN PERTAMA
- RABU, 11 JUN:
SELANGOR lwn TERENGGANU - Stadium Shah Alam
KEDAH lwn PAHANG - Stadium Darulaman

PERLAWANAN KEDUA - SABTU 14 JUN:
TERENGGANU lwn SELANGOR - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
PAHANG lwn KEDAH - Stadium Darul Makmur

2 comments: