Wednesday, April 30, 2008

siNggAhSaNa iMPiaN

Nak dekat-dekat kahwin ni,aku surf kat internet segala-galanya tentang perkahwinan. Dari perlamin,fotographer, kad kahwin, sumer aku survey kat internet.Kecuali make-up. Sebab make-up aku nak amik Zereen. Mak Andam yang make-up kan sepupu aku (Along) tahun lepas. Kat sini ada beberapa pelamin yang dah melekat dihati aku. Aku suka design dia. Nampak eksklusif. Cantik. Tapi harga aku tak tau. hehehe... Tak pe la,kahwin bukan selalu. Sekali je seumur hidup - Insyaallah -


Aku suka giler yang ni. Warna putih. Putih melambangkan kesucian. Kesucian ikatan perkahwinan aku dan tunang tercinta. Sayang, I Love You very strong~~~


Yang ni pun cantik jugak. Nampak meriah. Tapi kalau aku pilih yg ni maybe aku tukar colour. Aku akan buat warna putih atau silver.Pastu bunga-bunga kat tepi pelamin tu aku nak fresh flower. Wow...!!!


Yang ni simple but nice. Yang ni mungkin aku akan buat untuk pelamin dirumah ( yang kat atas tadi tu untuk pelamin di Dewan ) untuk malam berinai dan majlis khatam Quran.

p/s : Ini semua rancangan. Idea setakat ni. Tak tau la kalau-kalau akan berubah pulak lepas ni. Macam aku pernah kata hari tu,Aku ni lalang. Kejap ni suka yang ni,esok-esok nampak yang lain suka yang lain pulak. Apa-apa pun aku hanya merancang, Allah yang menentukan - Insyaallah -

1 comment:

Anonymous said...

syg, sume cantik2 aje. pelamin tu mmg sesuai sgt2 utk majlis kita nnt. sy suke jgk.