Monday, April 28, 2008

Jalan TAR & Fah Lean Floral


Siang tadi full aktiviti aku ngan tunang tercinta. Pergi teman ibu mertua cari persiapan untuk anaknya yg no-3 nak kahwin. Senang kata bakal adik ipar aku la yg nak kahwin tu. Maknanya langkah bendul si Ayu la ni. Sebab Ayu anak no-2. Apa-apa lah. Zaman sekarang mana ada langkah-langkah bendul ni lagi kan. Pergi kat area-area Jalan TAR. Org kata sambil menyelam,minum air. Tengah dok pilih-pilih tu,aku nampak pulak kain lace warna silver. Insyaallah akan jadi warna theme aku nanti. Aku apa lagi. Ingat nak beli. Tapi tgk la dulu. Sebab masa tunang aritu dah ada sepersalinan untuk bernikah. Abis tu kalau aku beli baju tu, nak buat apa lagi? Nak buat bersanding biasanya mak andam amik pakej. dah masuk baju sanding skali. Tgk la dulu macam mana. Tgk budget jugak.Aku seronok keluar tadi sebenarnya. Ngan ibu, ngan tunang tercinta dan adik-adiknya, Ye la.. aku tak pernah merasa keluar satu keluarga macam ni. Adik beradik takde. Bila keluar,berdua je dengan mak. Hurm..ntah la..harap-harap hubungan aku dengan keluarganya nanti bertambah erat. Ayu pun sebelum ni cam segan-segan nak cakap. Tadi cam ok je. Aku pun dah tak la segan-segan lagi. Terasa macam ada adik-beradik pulak. Diorang minta pendapat aku. Diorang minta tolong aku. Terasa juga macam aku ni diperlukan. Kalau tidak sebelum ni apa-apa pun keputusan,aku buat sendiri. Alhamdulillah. Thanks God, beri aku perasaan ni walaupun mungkin peluang ini cuma untuk sekali ni je dalam seumur hidup aku. Dah selesai semua, dah dapat apa yang di cari, aku balik pergi amik mak pulak.

Mak nak pergi Fah Lean Floral kat Balakong. Kedai jual bunga-bunga,barang-barang perkahwinan,lanskap. Banyak la. Aku mula-mula macam tak nak pergi. Macam tak berminat je nak pergi tempat macam ni. Tapi bila dah sampai tempat tu,masyaallah....banyaknya barangan perkahwinan. Rambang mata aku dibuatnya. Macam semua aku nak. Cantik-cantik belaka. Tapi kitorg survey-survey je dulu. Nanti lagi 6-7 bulan nak dekat majlis baru la pergi semua. Masa tu nanti mesti ada lagi barang yang lagi baru dan cantik kan?? Tunggu.......

1 comment:

Anonymous said...

sabar ye syg, hari tu bakal menjelang tiba nnt. kita raja sehari,kita lah yg akn diraikan semua org je syg. sume tu pasti berlaku dlm sejarah hidup kita syg..