Tuesday, April 15, 2008

kALaU itU tAkDiR-NyA



Takde cerita yang menarik hari ni.. Cuma,sayang dah tebus balik perkara yg dia buat aku sentap semalam tu..huhuhu…

Once upon a time... hehehe.. Erm..aku nak citer camner aku boleh berkenalan dengan tunang tercinta,seterusnya bertunang dan Insyaallah akan kejinjang pelamin tahun depan.

Aku kenal dengan tunang melalui seseorang-Kak Hanim. Dulu kakak ni kerja ngan aku kat Sports Toto (M) Sdn Bhd, skang dia dah pindah Hotel Istana pulak,tempat dimana tunang tercinta kerja. Kak hanim ni boleh dikatakan rapat dengan aku dulu. Tahu segala permasalahan dalaman dan luaran aku. Dia ni bole dikatakan cuba menjadi match maker aku la. Bila dia kerja di hotel, dia masih main kutu kat Toto. Jadi setiap bulan dia akan pass duit tu kat aku. Ntah kenapa pada bulan ni-hari ni-2 November 2007 dia pass duit tu kat sorang mamat ni. Mamat ni pun datang Time Square dan pass duit tu kat aku dengan muka “ketat”-nya.

Petang tu Kak Hanim msg aku “Mala, call kita balik. Ada citer best”. Uik!! Naper? Aku pun call. Pastu Kak Hanim kata “Mala, budak yang hantar duit tu minta no. tel kau. Kau bagi tak”? ( sebenarnya Kak Hanim dah bagi dulu sebelum tanya aku – clever)

Malam tu,mamat tu pun msg aku tapi salah hantar daa… malas la aku nak citer!!! Dan hari² seterusnya dia msg aku,aku balas. Aku msg dia,dia balas.. kami main sms je tapi tak berkesempatan nak jumpa. Dia free,aku tak free. Aku free,dia tak free. Begitulah seterusnya sehinggal tanggal 15 November 2007, memang telah ditakdirkan, aku halfday masa tu. Aku malas nak balik awal. Jadi aku lepak kat ofos sampai kul 3pm. Kul 3 lebih tu aku turun parking,nak balik la konon. Tiba² fon aku berdering.. Erm.. Aewul.. dia kata dia tgh berteduh kat Sg. Wang sebab hujan. Aku bagitau dia aku halfday arini. Skang nak balik je. Dia tanya nak jumpa tak? Saya kata macam mana dia nak datang Times Square. Dia kat Sg Wang. Dah la hujan pulak tu. Pastu dia kata takpe,dia boleh datang. Jadinya,itulah pertemuan kedua kami.

Balik daripada pertemuan tu,aku dapat msg dari dia “ awak,saya rasa saya dah mula suka kat awak. Gelak awak,senyum awak, sikap awak”.. aku fikir,betul ke mamat ni? Baru jumpa sekali dah suka dan aku seperti biasa akan fikir itu ayat normal bagi lelaki yang nak tackle perempuan.. eceh… aku pun balas msg tu “awak, jangan cepat suka kat saya. Awak tak kenal saya, saya jahat..”
Lepas² dari detik tu la aku dengan dia semakin rapat,semakin mengenali hati budi masing ². Sama² perbaiki kelemahan masing² dan akhirnya pada 24 November 2007,setelah segalanya hampir tidak menjadi,dengan izin Tuhan aku jadi juga kekasih Mohd Khairul Nizam..

1 Januari 2008-Tahun Baru,kami membeli belah barang pertunangan menjelang hari pertunangan kami yang dah ditetapkan pd 8 Februari 2008 .

Akhirnya,8 Februari 2008-Jumaat-Lepas Asar aku sah menjadi tunangan Mohd Khairul Nizam Bin Shamsuddin selepas ibunya menyarungkan cincin di jari manis aku.. janji di ikat setahun. Jika tiada aral melintang,Insyaallah tahun hadapan-2009, kami akan naik pelamin. Semoga hubungan kami direstui semua. Doakan la kebahagiaan kami. Amin…..

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"