Saturday, May 31, 2008

sELaMat pENgAntiN bARu eKiN & hAsRi

Semalam - 30 Mei 2008 - Norashikin dan pasangannya Hasri selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas solat Jumaat. Alhamdulillah. Terbina sudah semua lagi masjid Allah.
Balik kerja aku bersiap,pastu sayang amik aku kat umah untuk kerumah dia. Sebab aku pergi sekali ngan ibu dan ayah mertua. Kecil sungguh dunia. Rupa-rupanya ayah Ekin berkawan ngan ayah mertua ku. Kalau tak disebabkan aku berjumpa,berkenalan,bercinta,bertunang ngan tunang tercinta,mesti aku lost contact ngan ekin kan??
Mereka nikah di Surau Istana Negara. Dan pada malam nya bersanding di Kampung Pengantin,Jalan Ampang
eKiN

Sayang menepung tawar mempelai

Ekin & Hasri di meja beradab


Thursday, May 29, 2008

nAs gReAt iDea

Cerita ni dah lama,tapi aku nak cerita gak. Masa Minggu Setiausaha hari tu, Refflesia buat kat Hotel Istana kan.. Tunang tercinta kan kerja kat Hotel Istana je. Pastu sebelum bermulanya majlis tu, berpusu-pusu la org kat dewan utama tu membuat persiapan terakhir..

Pagi tu,masa tunang tercinta sampai ofis, dia nampak decoration kat dalam dewan tu cantik sangat. Pastu dia msg aku "Syg,decoration untuk Refflesia ni cantik sangat. Macam pelamin Sazzy Falak." ( aku pernah cakap kat sayang yg aku suka pelamin Sazzy Falak ).

Pastu aku balas msg tu "Syg amik la gambar. Balik karang tunjuk kat saya."

Tak lama pas tu Sayang balas, "Syg,syg nak tau tak. Tadi saya gi amik gambar decoration tu,pastu ada org kat situ tgh hias-hias. Saya ingat nak pergi tanya. Sekali rupa-rupanya tu budak sekolah saya dulu. Saya tanya dia buat apa kat sini. Dia kata dia kerja kat Nas Great Idea. Hiasan dalam dewan ni semua Nas Great Idea yang buat."

Wakkkk..!!!! Rezeki kot ni.

Pastu minggu lepas Nas Great Idea ni call sayang, Suruh datang butik. Dia kata Epul (kawan sayang yang kerja kat Nas Great Idea tu) bg no. phone sayang. Dia kata dia nak bagi harga baik punya sebab sayang kawan Epul. Ye ke??

Ermm...mungkin hari sabtu ni aku dgn sayang nak gi kot Butik Nas Great Idea ni. Sbb bapa mertua bg pinjam kereta.... (Ye la,kete aku kan kat workshop pas eksiden aritu) Terima Kasih ayah.. uik!!???? Belum lagi la..

Antara koleksi pelamin dari Nas Great Idea




Saturday, May 24, 2008

L & C aUtO sDN BhD

Lepas sayang main bola kat Sports Planet tgh hari tadi, balik umah jap. Makan. Pas makan tu, gerak gi bengkel jap kat Taman Perindustrian OUG. Sebelum gi tu aku dah call bengkel dulu tanya buka ke tak,tutup kul bape? Sebab semalam aku pergi bengkel tu dah tutup je. Akhirnya dapat jugak tgk kereta aku. Wakk!!!! rindunya kat kereta tu. Takde apa-apa yang dia dah buat. Cuma dia dah bukak bahagian yang rosak-rosak tu je.Takpe,minggu depan aku nak pergi lagi sana. Aku nak tgk keadaan kereta aku dari masa ke semasa. Balik dari bengkel,sampai kat Desa Pandan je, hujan turun lebat selebat lebatnya. Bermandi hujan lah aku dengan sayang. Semalam bermandi hujan,hari ni bermandi hujan. Macam citer hindustan pulak.


___________________________________________________

L & C AUTO TRADING

No.32, Jalan 4/152, Taman Perindustrian OUG,

Bt. 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur

Tel : 03-77833282 Fax : 03-77844299

iNtER tRaDeWiNdS

Pagi tadi aku teman sayang pergi main futsal - Inter Tradewinds - kat Sports Planet Ampang. Company aku ngan company sayang kan under satu company. Aku Tradewinds Plantation. Sayang Tradewinds Hotel & Resort.


Hotel Istana


Tradewinds Plantation Berhad


Sayang dengan skill nya


Friday, May 23, 2008

kOmiK

Waaarrrggghhh!!!!! Ngantuknya. Apa nak buat ar kasi mata ni segar? Erm...apa kata aku buat komik. Korang pun buat la jugak komik macam aku ni. Kalau korang nak buat,klik je kat komik aku tu..

Tajuk komik : Si Jelita & Si tampan

Thursday, May 22, 2008

sEmUa oRg bERuBah

Kalau dulu-dulu, korang tgk msg inbox kat handphone aku,sayang msg aku sampai ke pagi. Kadang-kadang mata aku cam dah berat sangat, tapi sayang tetap nak msg ngan aku. Kadang-kadang sampai kul 3-4 pagi. Kalau aku tak reply msg dia, kul 3-4 pagi tu,dia akan call aku. Dulu-dulu,banyak je missed call sayang kat phone aku. Sebab sayang call biasa nya kul 2-3 pagi, masa tu aku dah tido. Itu dulu..masa mula-mula nak berkenalan. Masa sebelum bertunang. Kononnya masa tu tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.

Sekarang, kalau kalau tgk pulak msg inbox aku,msg sayang semua takat pukul 11 lebih je. Sebab dia dah ngantuk. Mata dah berat la, letih la, siang tadi kerja banyak la, makan ubat selsema jadi mengantuk la, bla...bla...bla... and what so ever...

" Sayang ngantuk ke".

"Skit je sayang. Saya baru lepas makan ubat ni. Saya cam pening-pening je sayang".

"Erm... sayang tido la".

"Ok2. Gudnite sayang. I love You sayang".

Setakat tu je msg sayang malam ni. Tepat pukul 11:49:52pm. Dah tak de lagi dah msg-msg pujuk rayu cam mula-mula bercinta dulu.

Cepatnya sayang mengantuk sekarang. Sayang berubah ke? Mata sayang berubah ke?

"Dulu-dulu tu lakonan je ke sayang? Kononnya tak dapat tido teringatkan saya".

Semua lelaki macam tu ke? Masa mula-mula je barapi. Pastu suam-suam kuku. Bila dah kahwin nanti,dingin je..

Ke aku je yg rasa cam ni? Maklum la,bulan tgh mengambang. Ntah la.... Apa-apa lah. Malas nak fikir apa-apa.

Nak happy je skang. Lama sangat dah menjeruk perasaan...

Wakakakaka.....apasal aku emo sangat ni. Sayang dah lena dah. Dah sampai mana agaknya. Aku pulak dok fikir-fikir pasal dia.

Hello..!!! wake up Mala.

kURsUs kAhWiN

Ngantuk gila buat kerja ni. Baik aku lakukan sesuatu supaya mata aku ni segar balik. Nak buat apa ek? Oooo...baru aku teringat. Esok kan nak daftar kursus kahwin tu,baik aku isi borang. Esok sayang gi senang dah. Borang semua dah siap isi. Sebenarnya nak gi daftar kursus kahwin tu malam esok. Tapi disebabkan esok aku nak gi bengkel,nak tgk kereta aku yg accident tu, so, siang tu sayang je la yg gi daftar. Malam dah boleh gi bengkel dah (tu pun kalau tak ujan). Kalau hujan macam mana nak pergi. Kami sekarang ber'kuda'

p/s : sesapa nak download borang pandaftaran kursus kahwin, boleh klik kat sini --> BORANG

Wednesday, May 21, 2008

dEwAn tUN hAmDaN sHeiKh tAHiR - wiSmA sEjARaH

Location Plan

Tadi aku follow up sikit lagi pasal Dewan Sejarah tu. 80% confirm aku buat kat dewan ni - Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir - Tadi aku dah download borang untuk block tarikh. Esok aku akan fax borang tu untuk block tarikh dan mungkin hujung bulan ni aku akan bayar deposit. Wahh.... aku nak kahwin...


Kadar sewaan

i. ½ Hari - RM1000.00 bersih
ii. 1 Hari - RM1500.00 bersih
iii. Deposit Sekuriti - RM350.00 bersih


Kadar ini termasuk kegunaan:

-Pentas serta Layar Media Elektronik (tidak termasuk projektor, OHP dsb)
-Rostrum
-Sistem Pembesar Suara (PA)-300 Kerusi & 30 Meja
-bankuasi atau seminar
-Kemudahan rangkaian internet





Tuesday, May 20, 2008

mALaNg tAk bERbAu

Hari ni tanpa disangka-sangka aku accident lagi untuk kali yg kedua dalam hidup aku. Kejadian berlaku dalam pukul 5.30pm kat Jalan Yaakub Latiff.

Masa mula-mula kereta aku kena hentam tu,bunyi dia kuat tak ingat punya. Aku punya la panik. Dalam kepala otak aku, aku cuma fikir kan Azrin ngan Epul (suami Azrin) je. Sebab Epul ni call man.

Aku call Azrin,azrin suruh aku call Epul. Aku pun call Epul dan Epul suruh aku tunggu kat situ sampai kawan-kawannya sampai sebab masa tu Epul tgh kerja.

Masa kawan-kawan Epul dah sampai tu baru aku rasa cam secure sikit. Dah sattle kat tempat kejadian, Bob (kawan Azrin & Epul) bawa aku dan sayang gi Balai Polis Jalan Bandar untuk buat report.

Dah selesai buat report, dalam pukul 8pm macam tu,nak pergi ambil gambar kereta pula. Mungkin untuk dijadikan bahan bukti kot. Aku keluar je dari bilik polis tu, Azrin & Epul dah tunggu aku kat luar.

Dah ambil gambar, kereta aku pun dah jalan gi bengkel,konon-kononnya nak balik. Sekali call man org yg langgar kereta aku tu bergaduh pulak ngan polis yg ambil report aku tu. Wakkk..!!!!
Kena tangkap. Kena gari. Kena lah aku tunggu kejap kat situ.

Pastu, Epul ajak aku dan sayang gi lepak minum jap, pas tu balik... pastu bla.. bla..bla..wakkk!!!! malas nya nak taip.. korang tgk je la gambar..





Kesian kereta aku. Kereta ni dah banyak berjasa untuk aku dan tunang tercinta. Wakk!!! aku patah kaki la beberapa minggu ni.


Kereta wira ni yg telah menghentam kereta aku. Eeee..!!!! geram nye aku. Nak ikut kan hati, aku mmg nak marah akak ni. Tapi bila aku tgk dia cam sengal je,aku kesian pulak. Nak geram pun dah tak guna. Benda dah jadi.

__________________________________________________

p/s : Sebenarnya aku & tunang tercinta rancang nak tgk The Chrocnicles of Narnia - Prince Caspian, tapi disebabkan aku datang bulan, aku tak de mood,sebab aku sakit perut yg teramat sangat,so, tak jadi pergi tgk wayang. Sekali benda lain pulak yg jadi. Tu la org kata, malang tak berbau. Aku dan tunang tercinta hanya merancang, tapi Allah S.W.T yg menentukan..



Sunday, May 18, 2008

nO iDeA

Bosan nya.. tak tau nak update apa. Takde idea. Semalam gi tgk Dewan kat Wisma sejarah tu. Pergi dalam kul 10.30 macam tu. Masa nak keluar umah tu, posmen datang hantar surat. Tgk2 surat tu - Nurmala Bte Mazlan - "Eh,sapa lak bagi surat kat aku ni?".Tgk belakang sampul tu - iwebphotographic - "Ooo..ni mesti gambar kahwin siti itu hari
Biar la dulu. Balik nanti baru tgk. "


Aku pun pergi Wisma Sejarah. Dewan tu terletak di Aras 2, Wisma Sejarah. Nama dewan tu Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Dah selesai perbincangan ngan En.Baha (org kat Wisma Sejarah) ingat nak balik terus. Tapi tgk jam,cam awal lagi je. Pastu sayang kata "jom tgk Kg Pengantin nak? Semalam kita tgk time malam. Apa kata kita tgk enviroment dia time siang pulak".Aku ok je . So, kitorang pun gi tgk Kg Pengantin. Pas tgk Kg Pengantin tu,still rasa cam awal lagi. Pastu aku ajak tgk dewan MPAJ pulak.. Semua macam tak berkenan je. Wisma Sejarah juga berkenan di hati. Balik dalam kul 2 cam tu.

Sampai umah, takkan sayang nak terus balik pulak. Awal lagi. Sayang pun lepak-lepak kat umah, sambil main lap top. Teringat pulak surat dari iwebphotographic tadi. Erm.. tgk la.. ( yg sebenarnya nak tgk gambar aku ). Sebab seingat aku, Elena ada amik gambar aku dan tunang tercinta banyak jugak. Sekali aku tgk kat cd tu tak de pulak. Sayang pun tanya "mana gambar kita?”Aku cakap la "takkan Elena nak masukkan gambar kita banyak-banyak dalam cd ni. Ni kan cd siti".

Elok tgh cakap-cakap tu, Elena pun online YM..wakkkk..!!! apa lagi terus aku tanya.

"Elena,cd dah sampai tau".

"oo..eh?"..

"Mana gambar aku ngan tunang tercinta?".
''Ada.. Aku send kat sini je la".

"Ok2. Tapi kau edit la dulu".

Hehehe... sian Elena melayan karenah aku. Tak pe kan Elena kan? Sebab nanti aku amik kau jadi photographer aku kan?? Nanti kita gi amik gambar kat Tasik Titiwangsa kan??? wakk..!!!!




Saturday, May 17, 2008

NaMa DaLaM bAhAsA JePuN



Nurmala = Chikuma Nichimuraya
Mohd Khairul Nizam = Miyoshi Hachirobei
Korang pun boleh tukar nama korang dalam bahasa Jepun. Macam mana? Ermm...Klik sini
p/s : Elena,betul ke nama aku ngan tunang tercinta ni? (Elena pernah menuntut di Jepun untuk beberapa tahun)

Thursday, May 15, 2008

wiSmA sEjARaH

Insyaallah hari bahagia aku dan tunang tercinta akan diadakan di Wisma Sejarah yang terletak di Jalan Tun Razak. Hari sabtu ni aku dan tunang tercinta akan gi tgk dewan ni. Nampak macam menarik je..
Bangunan Wisma Sejarah

Map ke Wisma Sejarah

kAuLaH sEgALaNyA



Kaulah Segalanya


Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Wednesday, May 14, 2008

rEstU cAteRiNg

Malam kelmarin org catering untuk majlis perkahwinan aku nanti datang. So,aku dah deal ngan dia untuk peringkat permulaaan. Setakat ni,kami dah setuju beberapa perkara. Tapi aku rasa cam kena deal ngan dia balik. Sebab dewan yg aku nak book ni ada sediakan meja. Pas tu aunty Sue tu pulak,dia kata dia nak hias ,meja pengantin. Tgk la dulu macam mana..


Buffet tetamu

  1. Nasi beriyani & Nasi putih
  2. Ayam masak merah
  3. Rendang daging
  4. Dalca campur
  5. Acar buah
  6. Papedom
  7. Buah : Tembikai, Nenas, Betik, Tembikai susu
  8. Sirap limau
  9. Rendang kentang
  10. Pajeri nenas
  11. Bubur pulut hitam
  12. Kobis goreng tepung
  13. Bendi goreng

Set hidangan pengantin

  1. Nasi beriyani & Nasi putih
  2. Ayam masak merah
  3. Rendang daging
  4. Udang galah goreng cili
  5. Pajeri nenas
  6. Ikan bawal sweet & sour
  7. Sambal sotong
  8. Ayam golek
  9. Rendang kentang
  10. Dalca campur
  11. Acar buah
  12. Papedom
  13. Agar² pancawarna
  14. Puding caramel
  15. Buah²an
  16. Gubahan bunga
  17. Sirap limau
  18. Banquet chairs
  19. Sarung kerusi + ikat emas
  20. Skirting dan lain²

Yang lain-lain

  • Meja bulat besar + alas meja - 40 unit


  • meja empat segi +alas meja - 20 unit


  • Kerusi plastik - 300 unit


  • Meka VIP - 3 unit


  • Dome & Service - 3 unit (maknanya rombongan belah lelaki tak perlulah nak beratur amik buffet. duduk je diam² kat meja VIP tu. Makanan sumer dah siap atas tu)

Tuesday, May 13, 2008

sUsAh nAk pUaSkAn hAti SeMuA piHaK

Susah nak puaskan hati semua pihak. Bukan semua org suka apa yg kita buat. Bukan semua org suka dengan cara kita. Bukan semua org boleh terima kita seadanya. Orang selalu kata,jadilah diri sendiri. Jangan jadi org lain. Kalau kita jadi org lain,itu hipokrit namanya..

Tapi bila aku fikirkan balik, kalau kita jadi diri sendiri,org tak dapat terima,tak suka,tak minat,tak gemar,tak berkenan, dan macam-macam tak lagi la..

Jadi,adakah aku kena menjadi apa yg org lain mahukan. Atau aku jadi diri sendiri?

Selama aku ialah Nurmala Bte Mazlan,org suka ke?Org benci ke?Org menyampah ke?Ntah lah... Susah nak puaskan hati semua org.

sAYaNg

Semalam aku letih giler. Ntah la. Agaknya sebab memikir kan perkara yg bukan² kot. Tunang tercinta balik kul 11 cam tu. Dia balik je aku trus naik ataks katil - tido. Waaarrrrggghhh!!!! Aku cakap kat tunang tercinta aku nak tido..

Aku pun msg tunang tercinta...

"Sayang tido ye. Gudnite sayang. I love You".

Aku pun tido.. zzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!

Pagi tadi macam biasa,aku bangun pagi. Tapi aku tgk² kat hp aku ada msg dari tunang tercinta..

"Selamat malam sayang. Sesungguhnya sayang adalah sinar hidup saya. Melengkapi kekosongan hidup serta jiwa saya selama ini. Sayang adalah pencetus semangat cinta yang pasti akan saya semaikan dalam sanubari,hati dan diri saya. Tak terkata dengan ucapan, bahawa sayang ini adalah org yang saya amat² cintai seluruh jiwa raga saya. Amat bererti serta paling berharga dalam hidup saya. Sememangnya diri sayang telah mencuri serta menghuni didalam hati saya. Saya teramat² mencintaimu wahai sayangku, Nurmala".

Wakkkkk!!!!

Tak perasan msg malam tadi. Sorry sayang tak balas. Saya dah tido je sayang.

Saya pun sayang sayang. Sayang jangan tinggal saya ye..

Masa nak pergi kerja pagi tadi aku tanya, "Sayang tido kul baper semalam?". " Kul 12".

"Abis tu msg tu kul 1.30?",aku tanya.

" Saya mimpi. Saya mimpi sayang hilang dari hidup saya. Tu yang saya terjaga tu".

Oh My God.... Sayang, Sayang takkan kehilangan saya sayang. Tak akan.. Saya tak akan benarkan perkara tu terjadi.

Monday, May 12, 2008

mAJLis Siti hALiZa & mOhD AzAhARi

Semalam - 11 Mei 2008 - majlis siti dan ayie. Yang nikan minggu lepas tu. Dan seperti biasa jurugambarnya ialah elena. Dan bila jurugambarnua Elena,gambar aku dan tunang tercinta pon pasti la terselit jugak kan? Lagi pulak aku dan tunang tercinta ialah pengapit pasangan pengantin. Ambil berkat la kata orang.




**Gambar ehsan dari - iwebphotographic

Saturday, May 10, 2008

hANtARaN

Confuse...!!!! Tak tau nak pilih yg mana satu. Sebab aku rasa kedua-duanya cantik belaka. Macam ni,aku skang tgh confuse nak piih sapa untuk buatkan hantaran untuk hari bahagia aku nanti. Sama ada nak suruh kawan mak aku yg buatkan hantaran masa aku tunang hari tu atau pun suruh si wedding planner,Aunty Sue tu.. Kat sini aku ada 'attach'kan kedua-dua hantaran tu. Dan aku nak kan pandangan korang yang mana lebih menarik untuk hari bahagia aku nanti.
Bawah ni sebahagian daripada hantaran pertunangan aku
Yang ni pula sebahagian daripada hantaran Aunty Sue

p/s: So, korang rasa macam mana? Yang mana satu lebih menarik perhatian?

Thursday, May 8, 2008

sONiA sOfiA bRiDe iDeA




sebahagian koleksi² dari sonia sofia


Semalam aku ada oppointment ngan aku nye wedding planner- Aunty Sue.. Mula² nak jumpa kat Subang Parade tapi disebabkan hujan,lepas tu aku balik kerja lewat,so Aunty Su suruh datang rumah dia je.

Aku tau tentang kewujudan sonia sofia ni dari internet sebenarnya. Asalnya aku nampak gambar pelamin (gambar pelamin tu aku pernah tunjukkan dalam blog ni). Tapi bila sampai sana, dia tunjukkan aku koleksi² pelamin,hantaran, dan macam² lagi la yg dia pernah buat,aku jadi teruja- rambang mata. cantik² belaka. Hasilnya nampak eksklusif. At last,aku decide nak dia jadi wedding planner aku.

Dah bincang dari pukul 8.30 camtu,sampai pukul 11 baru perbincangan tu selesai. Aku sangat perpuas hati dengan layanan Aunty Sue. Dia tau apa yg aku nak,dan dia bagi cadangan² yang aku rasa menarik.

Dia akan buatkan aku pelamin (nama pelamin aku - sleping beauty) - dewan dan persada - rumah,meja makan pengantin,bilik tidur,door gift, dan hantaran.

Yang lain², macam kompang, musician, make-up artis, photographer,baju dia akan carikan untuk aku. Tapi tu semua terpulang pada aku sama ada nak atau tak.

Dan yang penting Aunty Sue akan jaga aku sepanjang majlis aku nanti.

Aunty Sue akan workout harga untuk aku. Tgk la,end of this month aku akan jumpa dia semula dan binta pula tentang quotation..

Tuesday, May 6, 2008

siti hALiZA & mOhD aZaHaRi




Lupa pulak nak cite.. hari ahad aritu bakal adik ipar aku nikah. Insyaallah ahad ni (11 Mei 2008) akan diadakan sikit majlis kecil-kecilan..aku pun terkejut masa dapat tau dia nak kahwin. Ye la,aku rasa yang bertunang aku ngan abang dia. Tapi tup tup 2 minggu lepas dia balik,kata nak kahwin.. tu yang hari tu aku ngan tunang tercinta pergi anta diorg gi Jalan TAR cari² baju untuk nikah tu. Sementara tu aku survey² jugak barang untuk perkahwinan aku nanti..hehehe..

Jurukamera yang dipertanggungjawabkan,biasa la sapa lagi. Jurukamera masa aku tunang itu hari la.. Elena Osman. Hehehe.. Ibu mertuaku suka ngan hasil kerja Elena.. Elena sampai awak,dalam kul 4 camtu. Tapi dia bukannya nak masuk dulu. Aku tanya “naper kau tak masuk dari tadi?”. Dia kata “aku tunggu kau la”.

Majlis start lebih kurang lepas² asar tu bertempat di Surau Istana Negara. Ustaz tu berceramah punya la lama. Sampai kebas² kaki aku. Dekat 1 jam jugak la ustaz tu cerita macam². Lepas habis bercerita baru la upacara tu berlangsung. Dengan sekali lafaz,Siti Haliza sah bergelar isteri Mohd Azahari. Erm..seperti kebiasaan tu,bila org lain yg bernikah,aku yang beria-ia manangis. Sampai Elena kata “Mala dah nangis dah”. Aku cakap “ Aku ni mmg sensitive skit. Orang lain yg nikah,aku yg nangis”. Pastu Elena kata “a’ha,dulu masa azrin nikah pun kau nangis”. Huhuhu….elena perasan rupanya aku menangis. Masa aku tunang aritu pun,masa ibu mertua sarungkan cincin,pastu cium pipi aku,air mata aku dah bergenang dah. Ntah la.. jiwa aku ni rapuh…

Masa majlis berlangsung,ibu mertua suruh aku dok iring Siti. Aku pun iring la. Pas selesai akad nikah tu, Siti gi salam ayah. Ayah nyer jiwa keras sikit kot..Cam tak touching². Tapi bila dia salam ibu,masa tu aku dengar “Lepas ni adik selalu² balik ye. Jenguk² ayah ngan ibu selalu. Jangan buat lagi,lama tak balik rumah. Dah jadi isteri ni,dengar cakap suami. Jangan melawan. Lepas ni adik pergi salam semua org. salam adik beradik. Pergi salam along. Minta maaf”, masa ibu cakap tu,air mata dia turun. Aku tgk airmata siti pun dah jatuh. Aku apatah lagi. Menangis la aku kat situ. Meleleh² air mata aku. Sampai aku minta tisu kat Kak mimi.. Tengah² air mata tu nak berhenti, datang pulak si suami,salam ngan ibu mertua. "Ibu,saya minta maaf ye kalau ada silap mana²".Ibu jawab "Tak pe. Jaga Siti elok² ye". Aduh...jatuh lagi airmata aku..sensitive betul la aku ni. Ish..Ish..Ish..
Sebenarnya ada perkara lain yg buat aku sebak sangat masa ni. Tapi tak payah la aku cakap kat sini. Sebab aku rasa ia terlalu peribadi.

Monday, May 5, 2008

aNuGeRaH LaDaNg bAhAGiA



KUALA LUMPUR: Bekas 'Raja Libas Asia', Adnan Saidin dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Kategori Pekerja Bukan Eksekutif sempena sambutan Hari Pekerja 2008 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.


Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak penghargaan dan piala yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan yang menghimpunkan lebih 5,000 pekerja daripada 197 organisasi membabitkan sektor awam, badan berkanun, swasta dan institusi pengajian tinggi.


Bekas jaguh sukan sepak takraw negara, Adnan, 51, yang kini menjawat jawatan Juruteknik (Tukang Tingkatan Kanan) di Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kedah sudah berkhidmat 29 tahun dengan syarikat utiliti utama negara itu.

"Sudah pasti saya gembira dengan anugerah yang diterima dan berhasrat untuk terus menyumbang yang terbaik kepada TNB.


"Berbaloi juga rasanya mendapat anugerah ini selepas mengorbankan banyak masa untuk terus berbakti kepada sukan sepak takraw negara," katanya yang banyak menerima undangan untuk menjadi jurulatih sukan itu daripada pihak tertentu, tetapi tidak dapat memberikan komitmen kerana terikat dengan tugas di TNB.


Selain Adnan, dua lagi penerima anugerah cemerlang ialah Yong Kah Foh, 31, dari syarikat Nihon Canpack (M) Sdn Bhd bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan Timbalan Dekan Jaminan Kualiti dan Akademik Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dr Izham Zainal Abidin bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Eksekutif.

Yong berkata, beliau tidak sangka namanya yang dicalonkan oleh Pengurus Sumber Manusia Nihon Canpack, Rosdy Abdullah, dipilih untuk anugerah tahun ini.


Beliau yang mengalami kecacatan tulang belakang sejak kecil, seorang yang menjalin hubungan rapat dengan rakan sekerja normal, dalam urusan hariannya.


"Saya suka berdikari dan kalau boleh tidak mengharapkan bantuan rakan sekerja yang selama ini memberikan kerjasama sangat baik kepada saya," katanya.


Pada majlis sama, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menerima Anugerah Majikan Prihatin, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) dianugerahkan Anugerah Majikan Berdaya Saing bagi kategori syarikat besar dan syarikat perladangan Tradewinds Plantations Bhd menerusi Ladang Serasa, Gua Musang menerima Anugerah Ladang Bahagia.


Syarikat Sembilan Resources Management (M) Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan dalam pengurusan perhotelan menerima Anugerah Majikan Prihatin bagi Kategori Industri Kecil dan Sederhana dan MM Vitaoils Sdn Bhd menerima Anugerah Majikan Berdaya Saing kategori sama.


Sembilan Resources Management (M) Sdn Bhd pemilik Resort Golden Straits Villas, Port Dickson diwakili Pengarah Urusannya, Musa Jab, manakala MM Vitaoils diwakili Pengarah Urusannya, Mazlan Muhamad.


Musa berkata, beliau mengamalkan sikap prihatin terhadap keperluan pekerja kerana menganggapnya sebagai aset syarikat.


"Saya juga mengamalkan pendekatan perkongsian, malah menyediakan kelas agama untuk pekerja dan warga sekitar hotel. Ia mungkin menyebabkan syarikat kami dipilih menerima anugerah yang pertama kali diperoleh," katanya.


Pengerusi Tradewinds Plantations, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan, berkata selain Ladang Serasa yang dilengkapi kemudahan komuniti setempat, syarikat memberi tumpuan sama dalam menguruskan setiap ladangnya.


Sementara itu, Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Teknik Semenanjung menerima Anugerah Kesatuan Contoh Sektor Awam manakala Kesatuan Pekerja Marine dan Heavy Engineering kategori Swasta.

mEMeLiHaRa ciNta

Ketika kita menjalani kehidupan sekarang, sering sekali kita teringat pada kisah-kisah di masa lalu kita dengan seseorang, ataupun tentang diri kita sendiri. Sebenarnya itu kenangan saja, kerana mungkin dengan cara itu (mengingati kisah silam) kita akan memotivasi diri kita sendiri, agar menjadi lebih baik.

Kadang-kadang, bila kita teringatkan kenangan silam itu,akan ada satu perasaan tidak selesa pada diri kita. Bukankah itu akan membawa kita kedalam situasi yang benar-benar sulit?. Jadi apakah kita masih harus menyimpan kenangan itu yang sering kali membuat kita tidak selesa dalam perhubungan sekarang, ataupun kita lupa kan saja kenangan itu? Jawapannya terpulang kepada individu itu sendiri..


Terlalu berat untuk melupakan semua kenangan itu, meskipun kenangan itu sendiri pada saat itu dulu tidak berakhir dengan baik seperti apa yang kita harapkan. Semua keindahan, semua kesusahan, semua cerita dan kisah yang mengharu-birukan sering kali membuat kita tetap terjaga akan kenangan itu. Tapi, sekali lagi, adakah itu adil untuk orang yang bersama kita pada saat ini?


Bagi aku tidak!! Pada pendapat aku,kita harus belajar membuang semua kenangan itu, kerana hanya dengan cara itu kita akan belajar untuk memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita sekarang. Semakin lama kita menyimpan kenangan itu, ia akan semakin mengeruhkan suasana. Tidak mudah bagi seseorang untuk menerima masa lalu kita, ditambah lagi kalau ternyata kita masih menyimpan cerita tentang itu dan hal-hal yang berkaitan dengan kenangan kita tersebut. Ia akan mengakibatkan perselisihan faham dan pertengkaran, bagai bom waktu yang suatu saat akan meledak.


Apa pendapat korang??

“Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru".




tAnDa-tAnDa aNDa bAYi 80-aN


KITA membesar dengan menonton pergi-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Voltron, ultraman (perang sampai turun mak ayah dia kan..?)

berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?(Colgate sponsor kan)...hmm, mesti pegangcawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat seblah...

pergi sekolah awal...memang awal...nak main chopping punya pasal.. masuk kelas baju dah kotor...sama aaa laki perempuan...tak pasal-pasal balik rumah kena "pok-pek" dengan mak..time rehat makan kat pondok..

ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment.lepas itu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena lah tampal.

ni sure anda ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak time itu minum susu. sekotak 30 sen saja…

kalau time rehat beli pembaris,pemadam banyak-banyak...buat main pemadam..sapa kena tindih kalah..kan..?cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen saja kat kantin kueh time itu 10 sen 20 sen tu lah paling mahal kann..?

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. ni for those yang dok KL lahKomplek Yik Fong, Super Kinta, Ipoh parade-kira shopping complex DEWA lah kann...?

time sekolah menengah, anda sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal lah...

internet? email? mendalah apa tu? CD? apa tu? kaset tape pernah lah dengar. tiket wayang pun 5 inggit saja.

kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,selepas itu main tikam...kan?Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bila dah habis exam, main Monopoly lah, Donkey lah, Happy Family lah dalam class.

tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. boleh beli aiskrim denganapek kat luar sekolah itu... lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal,pengawas pun sama kan?

lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola lah, rounders lah... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!

lipat kertas kecil-kecil, selepas itu buat lastik. hmmm..ni pun kita main duluni. baling2 kapur lah yang lagi extrim main jangka lukis buat dart kat pintu kan..?

Sunday, May 4, 2008

nURmALa

What Nurmala Means
You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.
And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.
You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.
You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.