Dear Makcik Bawang, kau gagal buat aku bersedih. Sejak aku mengamalkan kaedah pergi mampus, indeks kebahagiaan aku meningkat 230% ��

Tuesday, May 6, 2008

siti hALiZA & mOhD aZaHaRi




Lupa pulak nak cite.. hari ahad aritu bakal adik ipar aku nikah. Insyaallah ahad ni (11 Mei 2008) akan diadakan sikit majlis kecil-kecilan..aku pun terkejut masa dapat tau dia nak kahwin. Ye la,aku rasa yang bertunang aku ngan abang dia. Tapi tup tup 2 minggu lepas dia balik,kata nak kahwin.. tu yang hari tu aku ngan tunang tercinta pergi anta diorg gi Jalan TAR cari² baju untuk nikah tu. Sementara tu aku survey² jugak barang untuk perkahwinan aku nanti..hehehe..

Jurukamera yang dipertanggungjawabkan,biasa la sapa lagi. Jurukamera masa aku tunang itu hari la.. Elena Osman. Hehehe.. Ibu mertuaku suka ngan hasil kerja Elena.. Elena sampai awak,dalam kul 4 camtu. Tapi dia bukannya nak masuk dulu. Aku tanya “naper kau tak masuk dari tadi?”. Dia kata “aku tunggu kau la”.

Majlis start lebih kurang lepas² asar tu bertempat di Surau Istana Negara. Ustaz tu berceramah punya la lama. Sampai kebas² kaki aku. Dekat 1 jam jugak la ustaz tu cerita macam². Lepas habis bercerita baru la upacara tu berlangsung. Dengan sekali lafaz,Siti Haliza sah bergelar isteri Mohd Azahari. Erm..seperti kebiasaan tu,bila org lain yg bernikah,aku yang beria-ia manangis. Sampai Elena kata “Mala dah nangis dah”. Aku cakap “ Aku ni mmg sensitive skit. Orang lain yg nikah,aku yg nangis”. Pastu Elena kata “a’ha,dulu masa azrin nikah pun kau nangis”. Huhuhu….elena perasan rupanya aku menangis. Masa aku tunang aritu pun,masa ibu mertua sarungkan cincin,pastu cium pipi aku,air mata aku dah bergenang dah. Ntah la.. jiwa aku ni rapuh…

Masa majlis berlangsung,ibu mertua suruh aku dok iring Siti. Aku pun iring la. Pas selesai akad nikah tu, Siti gi salam ayah. Ayah nyer jiwa keras sikit kot..Cam tak touching². Tapi bila dia salam ibu,masa tu aku dengar “Lepas ni adik selalu² balik ye. Jenguk² ayah ngan ibu selalu. Jangan buat lagi,lama tak balik rumah. Dah jadi isteri ni,dengar cakap suami. Jangan melawan. Lepas ni adik pergi salam semua org. salam adik beradik. Pergi salam along. Minta maaf”, masa ibu cakap tu,air mata dia turun. Aku tgk airmata siti pun dah jatuh. Aku apatah lagi. Menangis la aku kat situ. Meleleh² air mata aku. Sampai aku minta tisu kat Kak mimi.. Tengah² air mata tu nak berhenti, datang pulak si suami,salam ngan ibu mertua. "Ibu,saya minta maaf ye kalau ada silap mana²".Ibu jawab "Tak pe. Jaga Siti elok² ye". Aduh...jatuh lagi airmata aku..sensitive betul la aku ni. Ish..Ish..Ish..
Sebenarnya ada perkara lain yg buat aku sebak sangat masa ni. Tapi tak payah la aku cakap kat sini. Sebab aku rasa ia terlalu peribadi.

No comments: