Tuesday, May 20, 2008

mALaNg tAk bERbAu

Hari ni tanpa disangka-sangka aku accident lagi untuk kali yg kedua dalam hidup aku. Kejadian berlaku dalam pukul 5.30pm kat Jalan Yaakub Latiff.

Masa mula-mula kereta aku kena hentam tu,bunyi dia kuat tak ingat punya. Aku punya la panik. Dalam kepala otak aku, aku cuma fikir kan Azrin ngan Epul (suami Azrin) je. Sebab Epul ni call man.

Aku call Azrin,azrin suruh aku call Epul. Aku pun call Epul dan Epul suruh aku tunggu kat situ sampai kawan-kawannya sampai sebab masa tu Epul tgh kerja.

Masa kawan-kawan Epul dah sampai tu baru aku rasa cam secure sikit. Dah sattle kat tempat kejadian, Bob (kawan Azrin & Epul) bawa aku dan sayang gi Balai Polis Jalan Bandar untuk buat report.

Dah selesai buat report, dalam pukul 8pm macam tu,nak pergi ambil gambar kereta pula. Mungkin untuk dijadikan bahan bukti kot. Aku keluar je dari bilik polis tu, Azrin & Epul dah tunggu aku kat luar.

Dah ambil gambar, kereta aku pun dah jalan gi bengkel,konon-kononnya nak balik. Sekali call man org yg langgar kereta aku tu bergaduh pulak ngan polis yg ambil report aku tu. Wakkk..!!!!
Kena tangkap. Kena gari. Kena lah aku tunggu kejap kat situ.

Pastu, Epul ajak aku dan sayang gi lepak minum jap, pas tu balik... pastu bla.. bla..bla..wakkk!!!! malas nya nak taip.. korang tgk je la gambar..





Kesian kereta aku. Kereta ni dah banyak berjasa untuk aku dan tunang tercinta. Wakk!!! aku patah kaki la beberapa minggu ni.


Kereta wira ni yg telah menghentam kereta aku. Eeee..!!!! geram nye aku. Nak ikut kan hati, aku mmg nak marah akak ni. Tapi bila aku tgk dia cam sengal je,aku kesian pulak. Nak geram pun dah tak guna. Benda dah jadi.

__________________________________________________

p/s : Sebenarnya aku & tunang tercinta rancang nak tgk The Chrocnicles of Narnia - Prince Caspian, tapi disebabkan aku datang bulan, aku tak de mood,sebab aku sakit perut yg teramat sangat,so, tak jadi pergi tgk wayang. Sekali benda lain pulak yg jadi. Tu la org kata, malang tak berbau. Aku dan tunang tercinta hanya merancang, tapi Allah S.W.T yg menentukan..



10 comments:

khairulnizam said...

nak wat cm mn syg..bnd dh berlaku kat dr kita. nnti keta tu akn siap jgk syg dan kita xperlu risau2 lagi sbb kita bleh jg kita kita 2 baik2 ajer syg..

khairulnizam said...

lepas ni keta kita akn cantik seperti biasa ajer syg.. sbb kita dh suruh epul siapkan ajer keta kita 2 kan? sian keta kita, minta2 xder aper2 yg akn brlaku pd keta kita lepas ni ajer kan syg..insyAllah........

Nurmala Mazlan said...

ye sayang. dah tertulis kita nak accident sekian2 hari. nak buat macam mana.. kena berkorban skit la mas tak de kereta ni.. naik motor je sayang

Anonymous said...

Ya Allah..nasib baik kowang tak apa2..alhamdullilah...kowang hati2..kita memang bawa pelan2..atau kita tak langgor owang.tapi owang ni yang kekadang tak reti bawak kete..keji naa..

so..next time..kena extra berhati2 dengan owang yang ada lesen tapi macam tak layak dapat lesen..

Nurmala Mazlan said...

tu la pasal.. geram pulak aku. dia yg mabuk todi, aku pulak yg jadi mangsa. tak pasal² aku tak de kereta untuk beberapa minggu. agaknya sebulan..wakkk!!!!1

Ju-Lia said...

camne kete Wira depan kanan leh langgar kete waja Belah kiri eh? muskil la sayer~

Anonymous said...

Itu la namanya owang mabok todi..hehehe..bawak kete pun tak betoi...kiri kanan pun dah tak reti..ehehehe

rynn2506 said...

to el, aku nk komen psl ayat ko ni..
"so..next time..kena extra berhati2 dengan owang yang ada lesen tapi macam tak layak dapat lesen.." baik jd cam aku yg xde lesen ni kan tp selambe g jauh²??

to nurmala mazlan,
aku nak komen psl title ko ni..malang x berbau,tp period ko berbau ke?huhu..maklumlah aku dah 5 bln x period kan??

to khairulnizam,
keje laki aku bkn siapkan kete korg la..keje dia cuma bwk kete tu masuk kat workshop je..tgu arahan dr insurans akak wira tu baper kos dia nak tanggung kerosakan n pembaikan kete ko tu baru bole repair...epul hanya leh monitorkan utk ko aje..

tp kesian si boy tu kena tgkp kan mala..tu la akak wira yg sengal tu kalo x byk songeh nak workshop dkt² mesti xkan jd camtu...kan senang kalo dia sign authorize workshop yg sama ngan ko aje...dah la towing dia lmbt..workshop kat pj lak tu..sian dia..sbb kesengalan dia la jdnya punca gadoh tu kan??

Nurmala Mazlan said...

rynn2506 - eleh,cakap je la nak asuh akak tu sign authorize workshop yang sama ngan aku supaya dapat menambah jumlah hadiah birthday A9. kui kui kui~~~

rynn2506 said...

itu pon ye jugak..