Sunday, May 4, 2008

cOnVeNt pEEL rOaD

SMK Convent Jalan Peel. Banyak kenangan tercipta disini. Disini tempat aku menimba ilmu. Disini aku belajar erti persahabatan Disini juga aku belajar tentang kehidupan. Wakkk!!!! Aku rindu zaman tu.. Aku nak gi sekolah balik..

Tahun 1996 aku menginjak ke sekolah menengah. Aku mula masuk form 1. Masa ni aku takde kawan sangat sebab aku dari SRK (P) Dato' Abu Bakar (2). Sedangkan kebanyakkan pelajar kat sekolah ni,ramai yang dari SRK Convent Jalan Peel dan Puteri Pandan 1 & 2. So,masa tu kawan aku Hafiedah ngan Wong Lee Yien Sebab kitorang dari sekolah rendah yg sama. Aku diletakkan didalam kelas 1B yang mana aku ingat kan 1B tu kira kelas bagus la iaitu kelas no.2. Tapi rupa-rupanya sekolah tu terbalik daa.... Kelas H tu rupa-rupanya kelas terpandai dan kelas A tu rupa-rupanya kelas tercorot. Tapi masa form 1 tak kira sangat kot pandai ke corot sebab masa tu cikgu nak nilai macam mana? guna UPSR?????


1997 aku form 2 pulak. Masa tu masuk kelas 2E. Konon-kononnya masuk kelas bagus skit la. Erm,sekali bersaing dengan mereka-mereka yg lagi hebat,corot jugak la keputusan aku gamaknya. Masa form 2 ni kawan-kawan aku masa form tu dah berpecah belah dah. Masing-masing masuk kelas lain-lain. Takde sorang pun yang sama kelas ngan aku masa form 2 ni. Aku mula berkawan ngan Nuzul Fadzlyana, Nurfahsha, Zuraini, Syafawati (gemok), Aisyah Ghazali, Aslizai, Mardalina, Marshitah dan ramai lagi la. Aku tak berapa nak ingat. Ingat yg rapat-rapat ngan aku jer.Tapi masa form 2 ni aku memang rapat giler ngan Nuzul sampai org kata aku ngan dia macam kembar. Tapi masa form 2, kami dalam kelas 2E mmg rapat sangat. dah macam adik beradik.


Masuk tahun 1998,masuk form 3,sekolah pagi. Aku masuk kelas 3C. Masa ni,ntah dimana silapnya, aku ngan Nuzul tu cam dah dingin je. Tak tau la sebab utama dia. Tapi ada yg kata Nuzul jeles sebab rambut aku lagi cantik dari dia (masa tu aku potong rambut sama style ngan dia).Ntah la. Yang nyata aku semakin jauh dengan dia bila aku sekelas dengan Linda yang konon-kononnya 'bermadu' dengan Nuzul (berebut Fadela). Nak dijadikan cerita lagi, aku pulak dah 'bermadu' pulak dengan si Mashita (berebut c's Nurin),kawan sekelas aku masa form 2 dulu. Apa lagi,skang konon-kononnya aku geng ngan Linda,Nuzul geng ngan Mashita.hehehehehe...kelakar la bila ingat balik. Akhirnya aku ada kelompok kawan baru yang sesetengahnya aku contact sampai hari ni. Azrin, Yati, Eky, Winnie, Parveen, Elena, Fiedah, Thrisha, Adini dan Linda. Wow...the great moment i've been with them. Susah senang kami bersama-sama. Miss you guy!!! Tapi yg paling aku tak leh lupa sampai hari ni ialah,nama-nama scandal kitorang telah ditukar kepada nama jenama. Antaranya Guess, Seed, Diadora, Puma, alamakk!!!!aku lupa la..apa lagi ek..??? ada jugak yg bukan nama jenama. contohnya bomba. Tapi yg paling aku tak boleh lupa, nama gelaran cit cit...hahahahahahaha...!!!!!!!!!!!!!!!


Tahun 1999,form 4 aku berpecah lagi ngan kawan-kawan. Aku dan Azrin tersesat antara geng-geng lain. Aku masuk 4 Sains Sosial 2,Azrin 4 Sains Sosial 1. Yang lain-lain tu kat 4 Sains Sosial 3 dan 4sains Sosial 4. Walaupun dah ada kawan-kawan baru,tapi kitorang tak berpecah. Pagi-pagi sampai,lepak sesama. Waktu rehat pun rehat sesama. Masa form 4 ni aku mula rapat jugak dengan kawan-kawan sekelas aku. Maryam, Alice, Erni, Aida, Azeera dan beberapa org lagi..


Final year, 2000 SPM Year. Masih di kelas yang sama. Tahun yang paling best sekali sebab kitorang Senior time ni...YuuuuuHuuuu...!!!!! Cam tak sabar je nak abis sekolah. Nak kerja. Bila hujung tahun mula la...sedih gile nak tinggalkan sekolah ni. Nak tinggalkan kawan-kawan. Walaupun diorang kata "takpe,nanti boleh jumpa lagi". Tapi aku yakin ia takkan seceria waktu zaman persekolahan.. Miss you..Miss you..Miss you...!!!!!!!!!! Wakk...caner aku nak luahkan ni.. Betapa aku rindu sangat ngan zaman persekolahan yang serba indah tu. Wakkk!!! Rindu..


Nah...skang dah kerja, dah besar, dah ada kehidupan sendiri. Bila fikir-fikir balik. Zaman sekolah jugak best. Tak de masalah. Takde tekanan. Tapi kita aku kena terima kenyataan. Inilah putaran kehidupan. Yang kecil akan besar. Yang besar akan tua...


~~~ CPR dalam kenangan (1996 - 2000)

4 comments:

NorAzrin MohdNawir said...

wah..ko ni buat aku rindu bangat jugak time kat sekolah dulu...huh..cane aku leh x tpk nak tulis citer zaman skolah dulu cam ko??

p/s: aku pon klakar giler psl gelaran cit..cit tu...tu tsha la tu...takut sgt nak expose cit² dia tu..huh..dah la aku dendam psl 'surat palsu-cinta ori' korg tuh...huhu

Nurmala Mazlan said...

Tu la pasal.. rindu kan?? Zaman tu best giler..takde masalah pon…
Aku pon kelakar jugak pasal cit cit tu… dalam banyak² gelaran berjenama antara kita,tiba² ada pulak cit cit.. itu mest cap ayam tu..hahahahahahahahahaha…………

Erni Nurshanisza said...

haha..mmg zaman persekolahan yg paling ssyyyiiiokkk sekali.ckp pasal gelaran ni ko ingat x gelaran "p.ramlee" utk sape???huhu..
ko plak x abis2 dok tarik spende n bra org...

Nurmala Mazlan said...

Zaman sekolah mmg best kan…
Cam nak sekolah balik je..
Erm…p-ramlee tu kalau tak silap aku gelaran untuk kak yam kan??
Heheheh…
Aku ingat aku ingat
Kau ni buat aku tergelak la…
Rindu kat korang sumer..!!!!!