Nama kucing aku Tot.
Balik kerja tadi aku tgk semua kusyen berjemur kat luar. Aku tanya mak "kenapa"? Mak kata "Tot kencing".
OMG..kau kencing naper Tot?? Kang kau kena buang kang.
Lepas solat maghrib, mak kata "Mala,buang la Tot tu. Dia dah mula kencing bersepah-sepah dah. Pagi tadi sebelum pergi kerja mak mop satu rumah"
Kan aku dah kata..Nak tak nak terpaksa la buang jugak Tot. Ya Allah Ya Tuhan ku, boleh ke aku bunag ni?? Alah.. Boleh kot..
Sayang sampai je umah,dengan bangga nye aku cakap "Sayang, jom kita gi buang Tot".
"Betul ker?".
"Ye la. Naper?".
"Tak de pape. Saya tak percaya sayang nak buang Tot".
On the way nak pergi buang tu,aku beli ikan dulu. Nak letak ikan tu masa nak buang dia nnt. Sekali, tgh duduk dalam kereta tu, Tot peluk aku..Waarrgghhh..!!!!! Terus aku menangis.. Bukan nangis biasa-biasa. Bukan setakat airmata bergenang. Tapi menangis beria-ia. Ya Allah,tak sampai hati aku nak tinggal Tot kat situ ( Pasar Tmn Maluri ). Dia tau aku nak buang dia. Dia dok peluk je aku. Bila aku angkat dia,dia cengkam aku. Bila aku letak dia kat bawah,dia naik balik kereta. Sayang suruh aku tutup pintu kereta. Aku dah meraung dah masa tu. Tapi nak tak nak,aku tutup jugak pintu kereta. Dia panjat pulak tayar. Dia tak nak kasi tinggal dia. Ya Allah,kuat kan la hati ku. Aku sayang Tot. Biar la walaupun dia buruk. Tak gebu cam kucing lain. Aku sayang Tot. Dah 4 thn aku bela dia. Masa dia kecil,comel semua org suka. Bila badan dia luka,aku sapu minyak gamat. Aku mandikan dia. Aku bersihkan hidung dia.Bulan puasa thn lepas mata dia kena korek ngan manusia lahanat mana ntah.. Ya Allah, lindungi lah Tot.. Jangan lah kucing-kucing kat situ kacau,gaduh ngan dia. Dia tak sihat.. Lama jugak aku menangis. Ada lah dekat setengah jam.
At last, sayang kata "Lepas ni saya tak nak sayang bela kucing ke,ikan ke,burung ke,arnab ke".
"Kenapa?".
"Ye la. Nanti dah bela, bila nak buang atau bila dia mati sayang macam ni lagi. Saya susah hati tau sayang nangis cam tu tadi"
Even skang tgh tulis entry ni pon aku still nangis. Aku fikir, macam mana Tot malam ni? Dia tido mana? Biasa dia tido dalam umah. Malam ni mesti dia sejuk. Nanti dia nak makan apa??
________________________________________________
p/s : ada yang suka aku dah buang Tot