Wednesday, June 25, 2008

tOt

Nama kucing aku Tot.

Balik kerja tadi aku tgk semua kusyen berjemur kat luar. Aku tanya mak "kenapa"? Mak kata "Tot kencing".

OMG..kau kencing naper Tot?? Kang kau kena buang kang.

Lepas solat maghrib, mak kata "Mala,buang la Tot tu. Dia dah mula kencing bersepah-sepah dah. Pagi tadi sebelum pergi kerja mak mop satu rumah"
Kan aku dah kata..Nak tak nak terpaksa la buang jugak Tot. Ya Allah Ya Tuhan ku, boleh ke aku bunag ni?? Alah.. Boleh kot..

Sayang sampai je umah,dengan bangga nye aku cakap "Sayang, jom kita gi buang Tot".

"Betul ker?".

"Ye la. Naper?".

"Tak de pape. Saya tak percaya sayang nak buang Tot".

On the way nak pergi buang tu,aku beli ikan dulu. Nak letak ikan tu masa nak buang dia nnt. Sekali, tgh duduk dalam kereta tu, Tot peluk aku..Waarrgghhh..!!!!! Terus aku menangis.. Bukan nangis biasa-biasa. Bukan setakat airmata bergenang. Tapi menangis beria-ia. Ya Allah,tak sampai hati aku nak tinggal Tot kat situ ( Pasar Tmn Maluri ). Dia tau aku nak buang dia. Dia dok peluk je aku. Bila aku angkat dia,dia cengkam aku. Bila aku letak dia kat bawah,dia naik balik kereta. Sayang suruh aku tutup pintu kereta. Aku dah meraung dah masa tu. Tapi nak tak nak,aku tutup jugak pintu kereta. Dia panjat pulak tayar. Dia tak nak kasi tinggal dia. Ya Allah,kuat kan la hati ku. Aku sayang Tot. Biar la walaupun dia buruk. Tak gebu cam kucing lain. Aku sayang Tot. Dah 4 thn aku bela dia. Masa dia kecil,comel semua org suka. Bila badan dia luka,aku sapu minyak gamat. Aku mandikan dia. Aku bersihkan hidung dia.Bulan puasa thn lepas mata dia kena korek ngan manusia lahanat mana ntah.. Ya Allah, lindungi lah Tot.. Jangan lah kucing-kucing kat situ kacau,gaduh ngan dia. Dia tak sihat.. Lama jugak aku menangis. Ada lah dekat setengah jam.
At last, sayang kata "Lepas ni saya tak nak sayang bela kucing ke,ikan ke,burung ke,arnab ke".

"Kenapa?".

"Ye la. Nanti dah bela, bila nak buang atau bila dia mati sayang macam ni lagi. Saya susah hati tau sayang nangis cam tu tadi"

Even skang tgh tulis entry ni pon aku still nangis. Aku fikir, macam mana Tot malam ni? Dia tido mana? Biasa dia tido dalam umah. Malam ni mesti dia sejuk. Nanti dia nak makan apa??
________________________________________________

p/s : ada yang suka aku dah buang Tot




11 comments:

aidil said...

nasib baik la aidil bkn kucing

ellyn said...

that was the hardest things to do when u have a pet...
akak pun cam ni dulu gak...nanges x hengat...tp akak buang kucing kat kebun klapa sawit kat umah je...tetap pk camana manis nk carik mkn...
and now no more kucing..

rynn2506 said...

ermm..
walaupon aku bkn penggemar kucing tp bile aku baca n3 ni pon aku rasa cam nak nangis mala..citer sedih siot...

misz_dini said...

aku takut kucing...tapi sedey lah..ko dah tau gi buang kucing tue watper...bagilah saper2 jager...

Nurmala Mazlan said...

aidil,
kalau aidil kucing akak tak buang la aidil...

kak ellyn,
tu la kak. Sedih sangat. Kita go through balik post ni.Baca balik pon boleh nangis. Nanti dia kat kedai makan tu,kalau dia kacau² org,mesti org tu sepak dia kan?? Kesian Tot. Tadi tunang kita gi tgk diam jap kat pasar tu.. Malam karang kita nak gi tgk dia pulak.. Sayang Tot..

azrin,
tu la..mmg sedih pon..sedih la..kau tau kan,walaupun aku geli dengan segala binatang, tapi kucing aku sayang sangat. apatah lagi kucing yg aku dah bela bertahun²

adini,
sapa yg nak jaga dia adini?? kucing aku tu dah buruk.. Lagipon dah besar. Kalau kecil² nak la org bela..Aku bagi kau. Nak???

misz_dini said...

ko nie kan...tlg paham statement aku sikit..."aku taku kucing"...watper ko bagi kat aku...kang kucing ko merayap kat kaki aku...tak pasal2 aku bunuh kucing tue kang...gilerrrr

rynn2506 said...

weh adini,
yg ko nak bunuh kucing tu pasal ape???kalo mala bg ko,ko bg la kat org lain...hehehehe...hampeh..!!

linda said...

wak,

nape buang wak??? kan leh train kucing tu supaya tak kencing merata?? aduhai... cedey laa

Nurmala said...

linda,
tu la..mula2 cam nekad je.. tapi esoknya baru teringat leh taruk dalam sangkar. bila g cari balik,dah tak de dah tot..wwuaaa~~~~ sedey la...

Anonymous said...

Hai, just nak tanya walaupun dah terlambat.. tot ni kucing jantan ker? slalunyer kucing jantan bile dah timenye akan selalu spray utk mark teritory.. the only way to reduce it is to neuter it. kucing akan jadi makin gebu, makin manja, dan tak akan spray merata. :)
sebenarnya saya ni cat lover and banyak dpt ilmu pengetahuan pasal cats kat website nih: http://forums.petfinder.my

Nurmala said...

anonymous,
aha la..kucing jantan..
spray??? spray tu maksudnya dia kencing ek??