Sunday, June 15, 2008

kURsUs pRa pERkAhWiNaN IsLaM - zURa's aKaDeMi


Aku snap gambar ni dari tempat duduk aku. Aku duduk belakang sekali. Boleh tido.hehehe...

Pada hari Sabtu dan Ahad ( semalam & kelmarin ), aku & tunang tercinta berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam di Zura’s akademi, Bangsar.

InsyaAllah kami berdua akan berusaha untuk berkahwin dan hidup bersama-sama sehingga akhir hayat kami. Tak sabarnya aku rasa.. Hik3.

Tujuan aku cerita mengenai kursus pra perkahwinan ini adalah, aku nak berkongsi dengan korang semua kenapa kita patut mengikuti kursus ini. Setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua hari.

Kursus ini adalah wajib dan penting kerana kita akan belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri apabila sudah berumahtangga nanti. Kita juga akan belajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah contohnya.

Bukannya senang nak kahwin ni. Macam-macam tanggungjawab dan perkara yang perlu kita pikul. Dan macam-macam prosedur yang perlu kita ikuti sebelum boleh menjadi seorang suami isteri yang sah.
Tersentuh jugak la hati aku bila uzstaz-ustaz ni cerita tanggungjawab suami dan isteri ni. Mudah rupanya

Itu sebabnya jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal pengantin. Bagi aku, memang patut kursus ini diwajibkan. Jadi dapatlah bakal-bakal suami isteri ini bersedia dan tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin.

Mungkin ada dikalangan korsng yang merasakan kursus ini membosankan. Sebab aku pun rasa cam bosan sangat bila time ustaz-ustaz yang skema tu. Ye la, dah nama pun kursus kan… Tetapi kursus yang aku ikuti ini tidak membosankan sgt sbb penceramah-penceramah yang hadir sangat-sangat sporting dan open. Diselitkan dengan lawak jenaka dan gaya ceramah yang pelbagai menyebabkan kami semua tergelak geli hati apabila mendengar ceramah yang diberikan - Dua tiga org je cam skema sikit yang membuat kan ceramah tu jadi hambar dan bosan.

Gelak-gelak juga tetapi apa yang penting adalah isi yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah korang akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Di akhir segmen kursus ni, mereka adakan sketsa kecil bagaimana adab-adab ketika dari merisik sampai la akad nikah. Dan seperti biasa, bila dengar akad je, hati aku ni menjadi hati Kristal. Dengan lakonan pun airmata aku leh bergenang?? Ish…ish…ish…

Sekiranya korang belum lagi mengambil kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal kalau mengikuti kursus ini (lagipun kan ia nya wajib diambil sebelum boleh bernikah). Dan sekiranya anda sudah pun mengikuti kursus ini, bila nak kahwin?

Hari Ahad kelas start jam 8am. Ni gambar aku dan sayang On The Way ke Zura's Akademik, Bangsar






5 comments:

NorAzrin MohdNawir said...

oo...x cite pon psl waktu ko bosan dgn spe ko ko kejut utk abiskan kredit ber'sms' ngan ko??? spai suh aku bgun sbb ko bosan dgr ceramah kat situ..kat kursus tu kan ade diselitkan.."berdosa kamu mengganggu rumahtangga org lain" hahaahahha.........

Nurmala Mazlan said...

hehehe...
ok aku citer kat sini..
masa bosan tu,aku ber'sms' ngan ko la sbb bukan bosan skit². Tapi bosan tahap melampau.

Tapi masa aku dah tak men msg ngan kau kan, aku msg² ngan krol pastu tergelak sorg². Budak² kri kanan aku tanya apasal pulak ni?? gelak sorg²..hehehe...

misz_dini said...

wahh ko...gi kursus ker cintan cintun haa?..ermm aku dah lmer gi kursus kawin...insyallah kawin nyer awal thn depan...ermm..jemput2lah korang dtg...

Nurmala Mazlan said...

Weh, mana main jemput mulut bai. Kena bagi kad. Awal thn depan?? Aku bulan Mac. Kau bulan baper??

misz_dini said...

aku bulan januariiii...wakkk sakit otak aku..byk sgt org kawin next year...