Wednesday, June 18, 2008

aBaH


Tadi aku keluar ngan member ofis lama aku. Lepak kejap je. Tak pergi mana pun. Lepak kat mamak kat area umah ni je.

Aku tak bawa phone, bila balik je aku tgk phone aku ada 1 missed call. Aku tgk la phone aku, sekali abah aku call. Hah??? Kenapa ek?? Aku pun call balik. Tapi abah kata nanti dia call back. Aku tunggu abah call sampai dok surf internet. Tak lama pastu abah pun return call aku. Terkejar-kejar la jawab call tu sbb aku rasa cam ada hal penting sbb abah jarang nak call aku kecuali kalau ada hal.

Aku jawab phone "Hello".

"Kenapa abah call tadi tak jawab?".

"Keluar jap jumpa kawan. Tak bawa phone".

"Ni...abah nak tanya. Kereta dah ok?".

"Dah".

"Duit dah amik". ( Hari tu abah bagi aku duit untuk buat road tax )

"Dah".

"Apasal kau cam tercungap-cungap ni?".

"Tak de apa-apa. Tadi kejar kan telefon ni".

"Kau sihat?".

"Sihat".

"Kau pernah check darah tak".

"Pernah".

"Doktor kata apa? Ok?".

"Ok je",aku mula pelik. Naper abah ni?. " Hari tu masa nak masuk kerja baru ni kan ada buat medical check up. Ok je. Tak de apa-apa".

"Tak... abah saje cakap. Jaga diri. Jaga kesihatan tu. Makan jangan sembarangan. Sekarang ni macam-macam benda ada dalam makanan tu. Jangan makan manis-manis,lemak-lemak,masin-masin, bla bla bla........

Wak..!!!! Kenapa abah ni. Aku pelik lah.. Kenapa abah cakap macam tu. Ya Allah,minta dijauhkan perkara-perkara buruk. Tapi aku cam pelik. Atau pun abah dengar kata hati aku ni yang aku rindu kan dia. Ye la father's day kan baru lepas. Happy father's day abah. I Love You..

"Ya Allah, minta dijauhkan perkara-perkara buruk dari keluargaku Ya Allah. Lindungi lah mereka. Amin...."




14 comments:

misz_dini said...

ish ko nie...takda aper2 kot...ko nie...teringat aku kat bapak aku..ko nie tau...

ellyn said...

itu tandanya walau pun dia ada family lain dia tetap igt Mala...amik berat psl Mala coz he's ur father n he loves u so much...

xde apa2 la tu..doakan dia sihat dan selamat ok la tu...

rynn2506 said...

adini....ko nak teringat bapak ok la tp kan bpk ko duk serumah ngan ko...lain la mala...

mala..ko jgnla risau sgt...kalo ko risau ko ajaklah bpk ko jumpe..kejap pon jd la k...jgn risau sgt k....

Nurmala Mazlan said...

adini,
kau ni.. aku cerita pasal bapak aku, kau teringat bapa kau pulak.. bg la semangat sikit kat aku..

Kak Ellyn,
Thanks akak. cam sedih je kan dengar akak cakap macam ni..

rynn2506,
aku mmg nak jumpa dia. Tapi kan selalu dia garang² je ngan aku. Tu yg aku pelik tu malam tadi dia macam tu. Tapi aku dah cakap kat aidil dah suruh tgk² kan bapa aku tu..

rynn2506 said...

nasib baik ade aidil kan??

misz_dini said...

yerlah..aku bagi semangatla..jgn bagi ko duk pk yg bukan2...luangkan jerk maser dgn bapak ko..ko niee..jgn pk yg bukan2 leh...aku dah lah takleh nak dgr bender2 nie semua...

Nurmala Mazlan said...

rynn2506,
bukan nasib baik ada aidil. tapi Alhamdulillah aidil tu nak ok ngan aku kan??

adini,
eleh, nak sentitive pulak..

khairulnizam said...

abah tu sygkan syg. xder seorang ayah kat dunia ni yg xingat kat anaknya je syg. wlupn dia jauh tp dlm hati die sape th yg die amat2 rindukan syg ajer. sy pn bkl jd ayah kat anak kita nnt. tntnya nnt sy sygkan anak kita mcm mn abah sygkan syg aje ngan ayah sygkn sy. tu la perasaan seorang ayah pd anak nya syg..

justaidil said...

hello hello everyone! :D
nmpk gaya sume org mcm knl sy
terasa diri femes pula.hihihi
sy ok je.kak mala ok.abah pun ok
sape yg tak ok ni?
jgn la sedih2
kak mala syg abah
abah pun syg kak mala
aidil ni je tade sape nk syg.aiceh ;p
phm2 la dia bkn slalu free
bz je memanjang
satu je pesan
da kawen nnt jgn lupa aidil plak ;)

rynn2506 said...

haa.tukan aku dah kata....

"nasib baik ade aidil kan??"

Nurmala Mazlan said...
This comment has been removed by the author.
Nurmala Mazlan said...

eh...cam hangat lak topik ni..

rynn2506,
ye la.. nasib baik dia ada. tapi kalau dia ada pun tapi dia tak nak aku?? no point gak kan?? tu aku kata nasib baik dia nak ok ngan aku..

sayang,
ye lah. saya tau abah sayang kan saya. saya cuma risau je sayang. Dia kan tak de depan mata saya je..

aidil,
apalah..kahwin² la. Tapi mana boleh lupa². Ingat punya. Eceh... tak de org sayang konon. Ye ke??? boleh caya ke?? Lu Pikir la sendiri...

aidil said...

wah tak perasan...
si abg k-rol menghantar komen
jiwang juge beliau ni
ckp mcm da kawen je.bahaha
ayat bunga maaa :)

Nurmala Mazlan said...

aidil,
wakakaka... aidil tak tau ke??? Abg aidil ni mmg macam tu..