Masuk semalam dah dua kali Elena ajak aku jumpa. Nak terangkan pasal business yang dia sedang ceburi sekarang. Katanya bagus. Boleh buat aku jadi kaya, cantik dan sihat.
Semalam,balik kerja aku terus ke Bangunan Elken, Jalan Kelang Lama. Kat sana aku jumpa Elena dan Ros. Kemudian Elena kenal kan aku dengan seorang Haji tu.
15 Min selepas duduk-duduk, minum-minum, Haji bawa aku dan tunang tercinta berjalan-jalan di bangunan Elken. Disamping mem'promote' aku join Elken.
Memang aku teruja dengan barangan-barangan Elken. Cara Haji tu kenalkan promote aku barangan tu pun,buat aku rasa "Yes, akhirnya aku jumpa multi level yang boleh dipercayai". Tengok Elena pun cam ok jer join Elken ni.
Habis rounding satu bangunan, kitorang pun duduk mula nak cerita-cerita pasal ni. Mula-mula tu memang best. Memang kalau Haji ni close aku masa ni, mmg aku dah terjebak ngan benda ni punya. Tapi,masyaallah.....dia punya cerita,punya la panjang lebar. Perut aku dah lapar giler dah masa tu. Elena pun dah dekat 1000x bagi hint yang dia dah lapar. Tapi malang nasib kami,Haji tu tak berhenti bercakap jugak. Huh.. Muka tunang tercinta dah berubah dah masa tu.
Yang aku tak boleh terima kenyataan tu,
1) Haji tu suruh aku tangguh kan Kursus perkahwinan aku semata-mata suruh aku pergi kelas
2) Haji tu promote aku shampoo color lock
3) Haji tu boleh tanya aku " takkan awak tak de RM75 pun skang??"..
dan beberapa lagi.. uik.!! pelik la. Kenapa Seorang Haji macam ni?? Org lain sibuk suruh aku percepatkan kursus perkahwinan tu. Kenapa seorang Haji macam ni? Sepatut nya mana boleh dye rambut kan?? (walau aku pun dye). Tapi Haji ni rugged la,siap leh cerita pasal color lock shampoo lagi. Caya laaaa.... akhir sekali, Haji tu leh minta aku duit on the spot untuk bayar yuran keahlian RM75.. uik..??
Akhir sekali, mood aku yang happy masa mula-mula tu pun dah lari, denagn perit lapar lagi, dengan tgk muka sayang dah kelat, aku pun tak join lagi buat masa ni.
Tak pe la. Mungkin aku jadi pengguna dulu. Dan apa-apahal aku akan berurusan dengan Elena je. Wakkk..!!!! tak sanggup nak berhadapan dengan Haji tu lagi.
15 comments:
yang....
akak add link tau..nk mintak izin ni....
sure ke jumpa MLM yg diingini?..x nk dgr akak nyer dulu ke?...kitorg x kn suruh lmbtkn kawin or mintak duit on the spot...cam tu pun ada ek...
cerita lah sikit pengalaman you menghadiri kursus kahwin tu.
kak ellyn,
ok kak. no prob. kita awal-awal dah add akak without permission.. hehe.. sorry ek..
akak buat MLM Hai-O ye..??
anonymous,
baru je balik dari kursus kahwin ni. Baca la entry hari ni kalau nak tau my experience during kursus kahwin tu..
haah la mala...
berminat x nk dgr dulu camana citenye?
cam nak dengar. Kadang² tu terfikir gak nak buat side income. Tapi bila down payment dia cam mengganggu budget² lain,tu yg malas nak join tu.
betul2 haji tue ajak ko join ekk...ermm oklah side income kan...tgh2 minyak naik nie..kehkehkeh
Mmg betul-betul haji tu ajak aku. Sampai suh aku tangguh kursus kahwin. Pastu pow aku RM75 lagi. ekekeke....
Tu la,cam nak cari ker side income kan??
Hai-O?? yuhai... kawan aku ramai yang dah join hai-O tapi semua regret. bayar 21ribu. last2 hutang bank x dpt bayar..barang yg di ambik dengan 21ribu tu bawah katil. baik kau fikir la balik nurmala mazlan. cari benda yang murah tapi pulangannya bagus. renung2kan..dan selamat beramal...
sape pulak la nurmala shamsudin ni???
alamak mala btol ke camtu??? baik ko tanya kak ellyn dulu cane k...
nurmala shamsuddin,
Apa benda yang murah dan pulangan nya bagus???
azrin,
wakk!!!nama dia sama ngan aku??betul ker?? tu la..aku pon tak tau..hehe..nnt tanya kak ellyn
orang sekarang kan memang suka cari benda yang murah tapi pulangannya bagus. buat apa bazir2 kuar duit banyak2. kalau takat haji tu cenggitu , tolak je tepi. ambik le isinye je. mesti haji tu sampaikan sesuatu yang pada dia bagus. for me baru 75 je. eh nurmala mazlan, mehbagi aku contact haji tu. manalah tau aku bole cantikkan anak2 aku. disamping tu aku kaya.
nurmala shamsudin,
Erm...apa kata nurmala shamsuddin bg email,nnt saya send no tel haji tu thru email nurmala shamsudin je. sbb haji tu takut dia famous nanti...
hai, saya kesal apa yang haji tu buat kat u all :D .. tak apa... produk elken sememangnya bagus. saya sendiri dahulu merupakan pengguna elken, skrg dah ceburi business ni dekat2 2-3 bulan juga.. dan income bulanan adalah 200-300 .. ye lah baru jual2 tak sampai 10 produk kan :D .. kira okay lah tu tak perlu kerja 8 jam pun.. just kawan2 saja yang beli.. alhamdulillah.. :D
fikir baik2 :D perlu ada komitment
syima @ lovexoxohug (yahoo msgr)
syima,
thanks shima. tu la, terfikir gak nak carik side income..
Post a Comment