Insyaallah hari bahagia aku nnt akan bertema kan silver & putih.
Dah dua butik pengantin yang aku pergi, kedua-dua nya tak de stock baju warna silver. Tapi,mereka boleh buatkan aku yang baru jer.
Satu lagi masalah, bila aku cakap kat org butik tu aku nak warna silver, mereka akan berfikir sekejap, pastu mereka akan tanya aku, “ silver macam mana?”. Uik..aku pun jenuh la fikir nak silver macam mana..
Dan,disebabkan aku begitu banyak masa terluang - bos aku gi Germany for 1 week… yaaahooo!!!!!! – aku pun surf internet cari silver bagaimana yang aku mahu kan "ku mahu, kesetiaan dan kejujuran. Kasih sayang yang tiada bersempadan. Berkorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan”. Eh..melalut pulak..
Hah..silver seperti ini la yang aku mahukan.. Aku akan bawa gambar ni bila nak ke butik itu nanti. Senang. Tak yah dok fikir². Kalau korang ada tau apa² atau mana² silver lagi,sila lah beritahu aku ye..
p/s - Sila abaikan gambar org² itu. Kita highlight kat warna baju je ye
8 comments:
ooo..silver gini yg ko nak..ermm..cantik2....
mala..baru nak tya ko nape ko tepek pic org yg sekeping² aje..tp sib baik ko dah mention awl² abaikan pic org² itu..fokus pada kaler aje...huhu...
heheheh....
misz_dini - Thank You. Aku tau kau pun buat silver kan??
rynn2506 - siot kau ni kan?? Aku dah tau dah nanti mesti ada seseorang nak cakap sesuatu,sebab tu aku menyedarkan diri aku awal². Hehehe
hehehe..bijak btol anak encik mazlan ngan puan ramlah ni...pantas berfikir!!
silver?... cantik2...
mala nk pakai lace ke songket..kalu nk pakai lace cam syikin tu..mala letak la beads sikit..ari tu bj syikin x mngerlip la...
blnye nk berlangsung nih?
kak ellyn - insyaallah bulan mac tahun depan kak. doa² kan la ye semoga semuanya berjalan lancar jer.
silver ni kita nak pakai lace kak..songket kita nak buat sengkot warna biru. lace ni untuk bersanding. songket tu untuk malam berinai.
kita hanya merancang je kak. Rancangan Allah untuk kita lagi hebat..kita tak tau..
"silver ni kita nak pakai lace kak..songket kita nak buat sengkot warna biru. lace ni untuk bersanding. songket tu untuk malam berinai."
ko nak SENGKOT ape mala...??? tgelak² aku ngan lina baca komen ko ni..hahahaahahaha.........
rynn2506 - tu la pasal.aku dah post tadi aku baca balik aku pun tergelak sorang²
Post a Comment