Thursday, July 31, 2008

pENgALaMaN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnyamenemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukurdengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yangterluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telahmencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.

aRMa wEDDiNg cOutURe

Semalam lepas balik kerja, aku jumpa Zura. Bukan saja jumpa sebenarnya. Zura nak pergi fitting baju kahwin dia nnt kat Arma Wedding Couture (Elly). So, dia ajak aku tgk² sekali kot² ada apa² yg aku berkenan kat butik tu untuk wedding aku pulak nnt..

Finally aku jumpa pelamin yg aku rasa cantik dan murah.. Ye la.. buat apa nak membazirkan?? Buat pelamin mahal². Tapi duduk ½ jam je.. pastu nnt dapat tgk gambar je la..

Walaupun ada yg kata,apa salahnya. Kahwin sekali seumur hidup.. Tetapi tetap tak berbaloi kalau buat pelamin mahal bapak giler melainkan org tu anak org berada..

Tapi kat Arma Couture ni, pada pendapat aku, pelamin dia cantik dan murah. Mekap pun cantik..










bENaRkAh ciNta itU mENyAKitKaN??

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yg dapat menyatakan maksud cinta yg sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam hal ini, hidup berpasangan ni, tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Wednesday, July 30, 2008

mENgApA wANitA sANgAt iStiMeWa

Ayah dan Ibu sedang menonton TV, seraya ibu berkata. "..saya letih la..dah lewat ni, saya nak tido lah...."

Ibu pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh.. tik!!!...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak sembahyang lagi...on da way nak g bilik, ayah tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 ke beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara ayah..."..awak buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak sembahyang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...sembahyang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju ayah, baju ayah pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar ayah yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara ayah lagi..."..saya dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...ayah pun bangun tutup tv..."...saya dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suaraayaha berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
*****
p/s : gambar hanya hiasan. Ia melambangkan seorang wanita..kui kui kui

tiLeS - pARt 2

Hampir siap sudah...

Kepada blogger yg tak tau, dulu rumah aku pakai tikar getah. Skang ada rezeki lebih skit,mak taruk tiles. Bersempena aku nak kahwin thn depan. Insyaallah...

Dalam masa seminggu je,rumah aku dah berubah wajah.. Sekejap je kan?? Mana tak nye, 4 org sekali yg buat. Lagi pun org-org abah aku yg buat, tu yg cepat agaknya..

Ni belum 100% siap.. Baru 90%.. Nnt dah siap, nak masuk perabot pulak.. Nnt aku update kat blog lagi ek...




p/s: sesiapa nak renovation umah, nak buat tiles, nak buat wiring or what so ever, cakap arr ngan aku. Suh abah aku je buat. Bg bisnes skit kat abah aku...Pastu korang dapat discount..wakakaka..promote bisnes bapa nampak!!! Alamak!! terlebih sudah..

Tuesday, July 29, 2008

jAM

Semalam balik kerja, sampai je umah aku terus tukar baju sebab nak pergi butik Anggerik Apparel kat Maju Junction tu. Nak hantar baju raya sbb next month butik tu dah tak nak amik tempahan lagi..
Lepas hantar kain tu, nak pergi mana ek?? Nak balik awal lagi. Jalan-jalan la dulu.. Sayang bawa aku gi makan nasi lemak kat bangsar. Lepas abis makan tu, masih awal lagi..erk..tak mo arr balik dulu..dah lama tak kuar berdua ngan sayang..
On the way balik, tu lalu depan Sogo. Alih-alih Sayang masuk Sogo.. Ooo..baru aku ingat,sayang kata jam dia dah rosak. Dia nak beli jam baru. Pilih punya pilih, pastu sayang tanya,
"Sayang nak jam jugak ke??".
"Hah??,"buat-buat terkejut..wakakaka!!!
"kalau nak pilih la satu".
Promoter tu pun keluarkan beberapa jam yg under budget..Hah..!!! tak pasal-pasal aku pun dapat jam baru
Yayy!!! Yayy!!! Dapat jam baru..
~~Terima Kasih Sayang~~



Monday, July 28, 2008

SSF dEkO

Cerita hari Ahad pulak...
Hari ahad aku,sayang mak ngan anak buah aku - nurin - pergi Jalan TAR.. Nak cari door gift untuk tetamu yg datang majlis perkahwinan aku nanti.
Insyaallah..~~~
Masa on the way dari parking nak ke SSF tu,nampak pulak Azeera ngan mak dia. Nak cari barang kahwin la tu..Nak kahwin bulan 1 thn depan la kata kan.. I'm happy for You.. Dah lama dah korang tu. Almorst 8 years. Mmg kena kahwin dah..
Tak jalan banyak tempat la. Sebab aku mmg dah set nak gi kat SSF deko ni.. Barang dia cantik-cantik.. Wah Wah Wah....aku promote pulak!!! Girl yg entertain kitorg tu pulak offer, "Kalau akak suruh SSF gubahkan, diorg charge RM1 satu. Saya yg akan gubah. Tapi kalau akak beli je barang kat sini, tapi akak bg saya gubah kat luar saya charge 50 sen je".. ooo...kira side bisnes la ni..Bagus juga..so,aku suh je budak tu gubah kan. Baru 50 sen. Lagipun kalau aku suh SSF yg gubah pun,mmg budak ni yg akan gubah. Org yg sama. Baik kasi girl ni makan luar kan.. Aku jimat,dia untung...
Dah dapat dah apa yg aku nak tu - tak leh la cakap apa nnt tak surprise - huhu~~~ Kalau nak,kena datang la aku kahwin nanti..wakakaka..!!!!
Balik tu, bawa si kecil gi Mc'D sebab dah janji ngan dia nak bawa makan Mc'D...


On The Way. My mak ngan Nurin

Pelamin di SSF. Cantikkan?? Garden concept

Mc'D time

Sunday, July 27, 2008

eRNi nURsHaNiSzA & mUhAmmAd zAiDi

Semalam sorg lagi kawan, Erni Nurshanisza bersatu dengan pasangannya, Muhammad Zaidi. Majlis berlangsung di Putrajaya..

Erni ni kawan sekelas aku masa form 4 & form 5..huhu~~~ banyak betul kawan-kawan aku yg dah kawin..Aku ni bila la pulak gamaknya...

Semalam,pukul 12.30pm cam tu, aku gerak dari rumah,ambil Azrin. Kemudian gi Stadium Bukit Jalil jap sebab Sayang nak daftar futsal untuk team dia. Lepas selesai hal pendaftaran Sayang tu, terus gi Putrajaya.

Sampai-sampai sana, Erni tgh bersanding. Oklah tu...dapat gak tgk dia bersanding..

~~SELAMAT PENGANTIN BARU ERNI~~








*Seperti biasa,gambar aku tidak akan ada kerana aku yg mengambil gambar mereka-mereka..
*Yang berbaju pink dan bertudung tu pun kawan sekelas aku, Azeera dengan tunangnya, Fairuz. Mereka akan berkahwin pada bulan 1 thn hadapan..

p/s: Yin,persal la kita boleh lupa nak ambil gambar sesama kan?? Padahal sebelum ni kita bukan pantang nampak kamera ker??

Friday, July 25, 2008

iNdEkS cEMbURu kAuM LeLaKi



Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untukmenunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topikperbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dantak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalaukekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries ----> Sayang ku~~
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorangyang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apajua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untukmenyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segeramengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi janganingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhakakepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelakilain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Diaialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cintasecara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untukberkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi,indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiaklain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidakakan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Iniadalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidakselamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidakselamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akanmenghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu keranaperkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuhkerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yangmembuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenanguntuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hatiyang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkarabiasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburuakan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibatcemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yangboleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnyaterhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnyamenunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkarasebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang seringmembuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri didalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan padakekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lainseperti sukan atau di tempat kerja.

Thursday, July 24, 2008

mAYa kARiN


Macam yg aku pernah cerita lat post sebelum ni, sijil aku kan dah hilang, Cara untuk selesaikan masalah ni ialah, kena pergi ke Zura’s Akademi,ambil surat pengesahan yg aku pernah datang berkursus disitu. Kemudian bawa surat tu ke Jabatan Agama Islam,dan mereka akan print sijil baru..

Jadi,semalam sayang pergi la Zura’ Akademi nak ambil surat pengesahan tu. Sementara tunggu surat di siap, tiba² ada dorang perempuan ni datang kat sayang tanya “ Macam mana nak daftar berkursus hah?”.. Sayang pon pandang la perempuan tu. Korang nak tau sapa?? MAYA KARIN..

Pastu,saya cakap la "kena ambil boring putih tu dan isi”..

oo..pinjam pen boleh?”

Pastu Maya Karin pon duduk kat meja sayang tu untuk isi borang.

Sayang tanya “Akak pon buat kursus kat sini?”

“A’ha.. sini famous.hehehe”.

“Akak datang sorang ker?”

“Hari ni sorang. Nnt berdua”.

Pastu surat pengesahan kami tu pon siap. Sebelum gerak tu sayang cakap la “Nnt kawin jangan lupa jemput tau kak”.

“Boleh.. Tapi kena ikut gi Italy la.”

Wakk..!!!!!! Sayang jumpa Maya Karin.. Nak jumpa jugak!!!~~~



p/s: untung nye sapa yg berkursus minggu ni. Ada Maya Karin

Monday, July 21, 2008

wEeKeNd

Hari Sabtu hari tu,aku dah janji ngan anak buah aku nak ajak dia g mandi kolam kat KLCC. Dan keesokan harinya,dia tuntut..wakakaka...

Petang tu aku bawa la dia pergi KLCC. Ada beberapa gambar aku attach kan. Tapi gambar aku tak de..huhu~~~ Sbb aku tukang ambil gambar je..Sayang yg melayan si kecil. So, gambar aku takde tapi gambar bakal ayah kepada anak aku je ada..wakakaka...

Love You sayang..







fERReRo rOcHeR

Masa hari Sabtu,lepas aku ngan sayang abis makan, aku buka peti ais tgk-tgk kot-kot ada kudap-kudap untuk dikunyah. Pastu aku ada ternampak satu bekas tu berisi coklat. Aku pun tertanya "coklat apa ni?"..

Wakk!!!!!!

Coklat masa aku bertunang aritu..wakakakaka...

Aku terlupa seh~~~ eh..boleh maklan lagi ker tak??
Ni la hantaran coklat aku dulu

Hah!! yg ni pulak rupa coklat yg aku terjumpa dalam peti ais aku..wakaka

Saturday, July 19, 2008

tM piALa mALaYsiA

Semalam lepas balik kerja, balik rumah jap amik kereta pastu terus pergi Stadium Shah Alam. Selangor lwn Terengganu.. hahaha... Aku dah excited dah nak gi tgk bola sbb dah lama tak pergi tgk. Asyik busy je..
Sayang cakap "Tak yah pergi la. Saya tgk sayang cam penat je"
"Nak pergi jugak. saya tak penat."
Wah..dulu masa mula-mula sayang ajak tgk bola,wak!! tidak!! selagi boleh aku tak nak pergi. Bosan.. Ye la,sebelum tu aku mana pernah gi tgk bola. 1st time aku tgk bola ngan sayang. Tapi skang,aku yg over..
Mula-mula game cam bosan. Ye la,Selangor dah confirm masuk suku akhir Piala Malaysia, jadii dia ayam-ayam kan je la Terengganu tu. Tapi bila Terengganu dah start serang,baru nak Selangor nak up skit. Minit ke 38:38 Selangor dapat 1 gol. Huh..cam tu la.. Masa tu mula lah mulut aku macam pengulas sukan.
Last-last aku tanya sayang "sayang, gf org lain, tunang org lain,isteri org lain tgk bola macam saya tak?"
"Ntah la.. Tapi rasa cam tak kot." wak!!!!
Erm..finally,Selangor menang 2-0..
Sian sayang lapar. Belum makan malam lagi.


1st half. minit ke 38:38 Selangor dapat gol yg pertama



2nd half Selangor dapat jaringan kedua pada minit ke 70:10

Friday, July 18, 2008

aPa kiSaH oRg cAkAp???

Aku dah letih dah dgr org cakap.....

"makin sihat nampak"

"dulu kau kurus skit"

"kau makin gemuk la"

"hari tu nampak kau cam besar skit"

"kau diet ek? nampak cam dah kecik skit"

"kau try ubat ni"

"nampak susut sikit badan kau.kau makan apa?"

"kalau kau kurus skit mesti cantik"

“baju ni tak cantik la sbb kau gemuk.."
bla bla bla bla........

Huh!!! bosan seh~~~ kenapa diorang kena cakap aku camtu? Kenapa diorang nak tentukan aku makin gemuk ke makin kurus? Kenapa diorg kena tentukan aku kurus cantik ke gemuk cantik? Salah ke aku gemuk? Aku minta ke aku gemuk? Berdosa ke kalau aku gemuk?? Tak boleh ke aku nak melawa???

Huh!!!

Siapa kata org berisi tak boleh melawa? Siapa kata kalau badan besar tidak banyak baju yg padan dan siapa kata org gemuk tu tak boleh nampak cantik? Semua boleh tau kalau kena cara dan gayanya..

Aku tak kisah apa org nak kata ttg saiz tubuh aku. Aku senang dan selesa dengan apa aku aku pakai dan aku laluinya.. Siapa mereka menghalang..???








p/s: Hah..ok je aku kan walaupun badan agak berisi..huhu~~~ puji diri sendiri pulak.. ye la,sapa lg yg nak puji kan??

Thursday, July 17, 2008

siJiL HiLaNg


Ish….mana lah pergi nya sijil kusus kahwin aku.. Hilang!!! Tidak!! Mana aku letak?? Takkan dalam bilik pon leh hilang? Ada toyol ke dalam bilik aku? Wakk!!!! Aku tak nak buat kursus lagi…sangap seh!!!


p/s: setakat hari ni aku tgk lilypath aku kat sebelah ni, ada lagi 8 bulan, 1 minggu, 5 hari until our wedding day..wakk!!!! sijil dah ilang..baru sebulan je pergi kursus...

Wednesday, July 16, 2008

sHuffLe

kali pertama, bole tahan.

kali kedua, biasa-biasa je.

kali ketiga, oklah.

kali keempat, haizzzz.

kali kelima, eeeiiuuw!!

kali keenam, menyampah.

kali ketujuh, meluat.

kali kelapan, tidak!!!!


dan seterusnyaaaaa.....


korang nak tau apa yg aku maksudkan ni?


budak-budak kecik (budak baru nak up la kiranya) yang sibuk meng-shuffle sana, sini. Ini mesti budak-budak ponteng pergi tuition nih. Aku bagitau mak korang.

Tuesday, July 15, 2008

tiLeS

Semalam kan aku halfday,selain nak hantar atuk gi klinik,aku kena ikut abah gi kedai tiles – Abah kan buat bisnes contactor kelas baper ntah aku tak tau,jadi aku suh mak amik abah je buat tiles kat umah atuk. Dari bg duit kat org lain,baik bagi bisnes kat abah kan?

Mak nak pasang tiles kat umah. Tak nak pakai tikar getah lagi. Bersempena aku nak kahwin ni. Kena la vass!! huhu~~ Lagi satu, untuk guna puasa & hari raya sekali. Sebab ye lah, ahli keluarga mak kan dah bertambah jer.. Nak berhari raya dengan ahli keluarga baru. Mak dah anak 2 org anak sekarang which is aku ngan sayang. Jadi nak letak la meja makan kat depan tu. Senang aku,sayang ngan mak nak berbuka puasa nanti. Sebab,sebelum ni,kalau nak berbuka, aku ni tak da hal sbb leh buka kat luar jer ngan kawan². Tapi sian ngan mak,kalau dia buka sorg kat umah tu, masa buka tu,makan kurma ngan minum air jerk. Maghrib jap. Sat gi dah lama maghrib berlalu baru mak tu berpeluang nak makan berat skit. Huhuhu~~~ sian kan?? Yer la,kitorang dok umah atuk aku. Umah tu kan ramai jerk..

Insyaallah thn ni segalanya akan berubah..!! Yayy..!!!!~~~

Berbalik pada cerita tiles tadi, disebabkan semalam hujan, abah tak jadi ajak aku gi kedai tiles tu. Tapi dia datang umah atuk bawa beberapa contoh tiles tu..





p/s: Beberapa contoh tiles tu. Tapi gambar tak baper jelas kan?? Sebenarnya kesemua tiles tu berwarna kehijau-hijauan.. Jadi lah..Layan~~~

Monday, July 14, 2008

gEDiKss~~~~

Hari ni aku halfday sebab atuk nak gi klinik. Motor tak de pakcik aku pakai gi kerja. Bosan seh~~~ tak tau nak buat apa. Tapi best jugak kan. Time-time org kerja,aku ada kat umah. Warrgghh!!!! ngantuk..huhu~~

Semalam sepupu aku ada send email kat aku. Email tu bertajuk - Gempaq!! Artis perempuan baru, gedik gile. belom kuar Mangga lagi nih! Aku nak gak tgk sapa artis gedik tu..wakakaka..!!!