Friday, August 15, 2008

iDa nARiNa & fAiZaL eZwAn

Dah baper hari ni cam malas je nak post entry. Badan tak sihat. Selsema. Sakit tekak. Rasa cam ada org geletek je tekak aku nih.

Hari ni baru ada kesempatan.

Siang tadi aku puasa. Lepas buka, dalam kul 8.30 cam tu, sayang gi silat..waarrgghh!!!! boleh la aku tido..

Zzzzzz.....

Kul 10pm camtu baru tersedar. Mata ni cam segar je. Hah update la skit..

Ahad lepas, kawan aku kahwin. Ida Narina &Faizal Ezwan. Kat Kg Melayu, Ampang. Selamat pengantin baru Ida..

Dia ni kawan lama aku. Dah lama tak jumpa. Dulu dia dok kat area-area umah aku. Lepas abis sekolah,dia belajar kat Indonesia. Dalam masa dia belajar tu, keluarga dia pulak pindah kat Ampang. Pastu terus lost contact.

Yang menarik nya,…Fuh!!!! majlis dia,grand tak ingat punya. Khemah je sampai 15 khemah. Lepas tu hiasan khemah, hiasan meja makan tetamu,meja makan pengantin, hiasan rumah, bilik pengantin,katil pengantin,pelamin..wak!!!! semua buat aku rasa rendah diri jer.. Cantik!! Serius~~~

Lagi satu yg buat aku tertarik apa tau. Dia pakai baju warna kuning. Jarangkan org nak pakai colour kuning. Biasakan org nak cream la,peach la. Dia punya betul2 warna kuning. Aku 1st time tgk la. Tak tau la kot2 korang dah pernah tgk.





p/s: Gambar tak berapa jelas sbb lupa bawa kamera. Guna kamera phone jerk .. Tapi kalau tgk real..perhh!!! superb..

11 comments:

bendul said...

laaa... ingat ida nerina.. ngapa nama dekat2 serupa.. konpius laa..

nUR_rOsALiNdA said...

bendul,
heeee...
takkan saya kawan ngan ida nerina kot.. Lagipon Ida Nerina kan dah kahwin..huhuhuhu~~

rynn2506 said...

hehehe...katil camtu aku dah penah tgok..tp pelamin kayu camtu..serious...cantek gilerr......kelass gitu....

nUR_rOsALiNdA said...

Azrin,
Hah..
Katil tu mmg biasa Nampak
Tapi hiasan dalam bilik dia tu yg buat cam cantik giler..
Pastu sepanjang² tangga nak ke bilik dia tuh..
Mak aii… baper pulak la yg dia spend kan??
Pelamin dia cantik kan??
Aku pon admire pelamin dia..

arianna adrizal said...

sipi2 pun dah nmpk cantik.
ni mesti bajet besar.
takpelah... yg kita2 ni
biar berpada-pada, janji bahagia :)
btw, nama da mcm pelakon.. hehe

nUR_rOsALiNdA said...

arianna adrizal,
sipi² pun dah nampak cantik..
gambar blur sbb guna camera fon
kalau saya bawa kamera masa tu,sure gambar lagi clear..

yer la..kalau org biasa² cam kita ni,buat sederhana je la.. Janji bahagia.. Amin!!!

a'ha..masa kecik² kitorg selalu ejek nama dia.. "eee..nama kau macam yg berlakon jadi GRO tu". Masa tu Ida Nerina berlakon dalan filem Pesona..

eLLy said...

walaupun gambar cikit je tapi terserlah GRANDnye

~eRni NuRsHaniSza~ said...

santek..mmg santek..duit pun santek gak wehh..ko nnt mesti wat grand kan..ko anak tunggul..eh..tunggal..hehehe

nUR_rOsALiNdA said...

kak elly,
betul kak..GRAND!!

Erni,
kurang ajaq kau kan..anak tunggul kau kata??

tak de la grand. Biasa² je. Buat setakat yg mampu..Yg penting,semuanya berjalan lancar..

Anonymous said...

oppss..aku salah post n3 ekk..aku ingat tadi tue 15 khemah..lor yg nie ker??,,~~dnie

Nurmala said...

adini,
wakakaka..maklum la..lama tak blogging kan