Friday, August 29, 2008

mERdEkA!!!!!










Bersempena dengan bulan kemerdekaan ni, rasanya tak terlalu awal kot aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA ..


Sejarah Kemerdekaan
Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Itu la dia serba sedikit Sejarah Kemerdekaan Negara kita.. Jadi, marilah kita bersama² menjaga kemerdekaan Negara kita. Penat Atuk Nenek Moyang kita dulu memperjuangkan kemerdekaan, Skang bila dia tgk kita sesame melayu pon bertelagah,tak sependapat, mesti mereka sedih kan.?? Wah..berfalsafah pulak aku.. MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Tema Hari Kemerdekaan ke-51 – Perpaduan teras kejayaan

Mari kita menghayati lagu ni..

31 Ogos


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !!!!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

11 comments:

Anonymous said...

when will you go online?

Anonymous said...

Yutarets! kasagad bah!

Nurmala Mazlan said...

invest stock market,
everyday im online..

psco lotto results,
wak!!! bahasa apa tu?? tak paham bah~~

eLLy said...

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!

Nurmala Mazlan said...

kak elly,
MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!
**sambungan**

Pocket said...

bagaikan kedengaran suara sudirman nyanyi lagu tuu..
merdeka!!

KiKiHanakO said...

wahh semangat2! hehe

mkaw77 said...

merdeka to everyone...

Nurmala Mazlan said...

pocket,
aha pocket. lagu tu tak lapuk dek hujan. tak lekang dek panas.

kiki,
harus la bersemangat..kita anak malaysia..

mohd kamal,
selamat menyambut merdeka!!

Anonymous said...

merdeka..!!~~dnie

Nurmala Mazlan said...

adini,
lambat la ko~~