Wednesday, December 31, 2008

sELaMat tAHUn bARu HiJRah & hAPPy nEw yEaR

Wah!!!! Baru arini aku dapat update blog aku..huhu~~~ semalam bz + tak leh nak upload pic..adeh!!!!

Disebabkan cerita ni dah boleh dikira basi, so aku cerita serba ringkas la ye..

Cuti kan 3 hari..aktiviti aku tu..adoiiyaiii!!!

Hari sabtu tu, seharian aku, sayang, bakal mak mertua ngan bakal adik ipar aku berjalan2 cari brg2 kahwin utk belah sayang... penat!!!

Hari ahad pulak aku janji ngan kawan2 sekolah aku dulu, Azrin & Adini. Mula2 plan nak jumpa je..later baru decide nak karaoke ke movie or just 'lepak'ing.. Tapi last2 kitorg gi karaoke kat Red Box Ria, Sogo ...syok ooooo!!!!! Kami bertiga je. Suami dan tunang masing2 not allowed..wakakaka~~~ happening sangat..tapi sampai lagu terakhir kami, aku leh ter'touching' pulak..lagu "THOSE WERE THE DAYS".. wak!!!! aku siap nangis tu..sedih..korang x caya, korang dengar la lagu tu..sure tersentuh.. tak tau la pulak kalau aku yg over acting kan..huhu~~














Balik dari karaoke tu, aku teman sayang main futsal kat Sports Planet, Ampang pulak..tgk!!! tunang mithali tau..penat2 pun teman jugak..wakakaka!! ade ke gelaran tunang mithali?
Hari Isnin aku ingat nak berehat sepuas2 nya sebab sabtu ahad nak berjalan kan. Sekali aku dapat berita nenek sedara aku meninggal. So, x de maknanya la nak berehat.. aku pergi la kenduri tu utk memberi penghormatan terakhir.. Al-Fatihah
Hah!!! caner citer aku?? ok ke simple sgt?? ok la kan?? Layan~~~~
************************************************
Sebelum terlewat..aku nak ucapkan selamat menyambut thn baru hijrah dan tahun baru 2009.. Semoga apa yg kita impikan selama ini menjadi kenyataan pada tahun 2009.. Insyaallah!!

Friday, December 26, 2008

sHoPPiNg


Adeh!!!!!

Semalam aku kepenatan.Dari siang ke malam aku keluar mencari barang2 hantaran. Siang aku gi Jalan TAR cari barang2 yg rasa2 nya leh dapat la kat Jalan TAR tu... Lepas tu, aku gi KLCC pulak beli barang2 macam kasut, handbag bla bla bla....

Penat deh...dari kul 2pm berjalan sampai kul 10.30pm baru balik...

Aku ni banyak songeh kalau nak beli2 barang ni... kena tgk dekat 10 barang, baru aku nak choose..sampai sayang dah bengang semalam..Sian sayang.. Rajin je nak kena layan karenah aku yg ntah apa2 nih..

Balik2 tu, aku online jap je..pastu zzZZzzzZZz!!!! tak sempat la nak berehat2..terus terlelap jer..

Tuesday, December 23, 2008

a LoVe tO kiLL

Korang sedar x, entry aku dari 10 Dec - 19 Dec, tak de pon cerita pasal aku/pasal aktiviti aku.. Sebab?? Aku dok hanyut layan citer Korea "A Love To Kill"

Mmg best citer ni..

Kisah Min-gu ngan Eun Suk bercinta dah lama.. Tapi suatu hari, mak Eun-Suk suh Eun-Suk jadi pelakon. Lepas dia jadi pelakon, dia famous gilak la konon. Mak dia mula lupa diri. Tanpa pengetahuan Eun-Suk, dia jumpa Min-Gu, cakap yg Eun-suk dah x suka dia lagi. Kat Eun-Suk pulak mak dia cakap Min-gu dah ada perempuan lain dan x suka ngan dia lagi. Min-gu ngan Eun-Suk frust la kan.. Min-gu bawa diri menyembunyi sbb rasa diri dia x layak nak berdampingan dengan Eun-suk. Eun-suk pulak telah dipaksa berkahwin dengan anak kedua pengarah Syarikat Korea. Min -gu dengar berita ni, dan dia punya la frust tgk berita Eun-Suk nak bertunang kat billboard dari atas loteng rumah dia sampai dia terjatuh dari atas bangunan tu dan koma..

Adik Min-gu, Bok-gu cari punca apa sbb abang dia terjun dari loteng. Dia masuk bilik abg dia, tgk banyak gambar2 dan poster2 Eun-Suk. Termasuk gambar2 mereka masa muda2 dulu.. Jadi, Bok-gu dah buat kesimpulan sendiri, yang kononnya Abg dia bercita ngan Eun-Suk masa muda2 dulu. Tapi bila Eun- Suk dah famous, Eun-suk tinggal kan abg dia utk kahwin ngan lelaki kaya, walhal Eun-suk dipaksa berkahwin..

Akhirnya, Bok-gu jadi private bodyguard utk Eun-suk semata2 utk membalas dendam utk abg dia. Dalam masa dia membalas dendam tu, dia sudah jatuh cinta ngan Eun- Suk da.....

Klimak dia, bila abg dia dah sedar dari koma, Masing2 dah mula keliru dgn hati masing2.. Bok-gu nak Eun-suk, tapi itu girlfriend abg dia. Eun- Suk pon nak kat Bok-gu, tapi Min-gu baru sedar dari koma dan lumpuh.. Caner tu??

Tapi Min-gu tau yg adik dia dan Eun-Suk sedang memendam perasaan. Dia mula x makan, x makan ubat dan akhirnya dia mati..

Walaupun Min-gu dah mati, Bok-gu ngan Eun-Suk still x nak bercinta sbb masih rasa bersalah..

Ending cerita ni, Eun-Suk masuk hospital mental, lepas tu dia cuba bunuh diri.. Dia jatuh pengsan kat tgh2 salji beku tu...dah 2 hari macam tu, Bok-gu pun cari dia, Bok-gu peluk Eun- Suk konon2 nya nak panas kan badan Eun-Suk.. Tapi Eun-Suk x sedar2 diri jugak dan akhirnya Bok-gu yg mati kesejukan sambil peluk Eun-Suk. Bila Bok-gu mati jer, Eun- suk baru sedarkan diri.. Tapi bila tgk tangan Bok-gu dah terkulai, dia tau Bok-gu dah mati dan dia pon terus berada dalam pelukan Bok-gu utk mati bersama...

Adeh...panjang nyer aku cerita. Ini pon aku dah cut story skit dah ni.Kalau tak, lagi panjang berjela cerita ni.. Tapikan, korang faham ke apa yg aku cerita nih??

Monday, December 22, 2008

kURsUs eXpReSs sOLeKaN pERiBadi

Semalam aku pergi KURSUS EXPRESS SOLEKAN PERIBADI di Hotel Prescott Inn. Saje je aku pergi sebab aritu aku tgh surf2 internet, aku tgk iklan kursus nih..Aku ingat nak pergi tapi x de kawan. Aku ajak Azrin.. Saje je cuba nasib, sekali dia nak join..baguih arr tu..ada gang..

Makanya, pagi semalam dalam kul 8.35am macam tu, kami jumpa kat Lotus, breakfast dulu ngan suami dan tunang terchenta masing2..huhu~~

Kul 9.15am cam tu, kelas bermula

Mula2 pas cuci mekap, dia suh pakai mask ni kat sebelah muka utk tgk perbezaan muka kalau pakai mask dengan x pakai..mmg ketara beza nya..Sebelah nampak cam fresh je, sebelah nampak cam kusam..tak caya tanya Azrin..ekekeke

Ni muka dah siap mekap..Cam biasa2 mekap kitorang g kerja je.. sebab ini kursus solekan peribadi ek.. bukan kursus mak andam or whatsoever.


Mmg aku dah biasa2 mekap bagai. Tapi aku dapat jugak la ilmu masa join kursus nih..At least aku tau macam mana penggunaan kapas yg betul, cara mekap yg betul, buat facial kat rumah, urutan tangan dan kaki, yang penting dia ada ajar jugak ikatan tudung..hehe..mana tau nnt sampai seru nak pakai tudung. Insyaallah~~ Pastu kitorang dapat sijil penyertaan tau..



p/s: yin, join kursus ni ngan ko buat aku teringat kita belajar satu kelas masa sekolah dulu..hehe~~ nakal + tak dengar cikgu cakap... cikgu cakap kat depan, kita cakap kat belakang..hehehe

Friday, December 19, 2008

kitA hANyA mERaNcANg


Kita hanya merancang

Tapi Allah yang menentukan

Rancangan yang Allah atur kan utk kita pasti lebih hebat dari rancangan kita

Pasti ada hikmat di atas setiap yg berlaku

Kalau itu takdir-Nya

Thursday, December 18, 2008

3 mOnths, 1 wEEk, 4 dAYs



Lagi 3 bulan 1 minggu 4 hari aku dan sayang akan disatukan..Insyaallah..
Adakah aku sudah bersedia??
Sudah bersediakah aku??
Bersedia sudah adakah??
Adakah bersedia sudah?? wakakakaka~~~
Alamak!!! Terlebih sudah...






Hati Yang Rapuh


Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran


Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci


Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan


Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan

Wednesday, December 17, 2008

aPPRaiSaL


Korang nampak tak gambar kat atas tu.
Itu Appraisal Form
Aku rasa cam dah 3 minggu dia bagi Appraisal Form tu kat kitorg..
Tapi baru pagi tadi dia tanya “Mala,u dah fill up the appraisal form?”
Haish!!!! Tu maknanya dah nak kena panggil la tu..
Bosan la masuk bilik bos..
adoiyaiiii!!!!

Tuesday, December 16, 2008

mEJa pENgAntiN


Aku nak tanya korang ni..
Maklum la, aku kan first time kahwin..ekekekeke~~~
Soalan aku ialah....
Kat meja pengantin makan beradab nanti, pengapit dok sekali ke tak??
Siapa bagi jawapan, nnt aku bg kad kahwin aku.
Boleh???

Monday, December 15, 2008

hAti yANg rApUh


Assalammualaikum dah salam sejahtera uolSs!!!
Wah..cam rancangan kanak² la puloks..
Cam dah lama je aku tak update blog ni kan..

I’m not in blogging mood sebenarnya

Sedih la bila fikirkan bertimpa² masalah yg datang..

Tahap kesabaran aku pon nak semakin menipis.. Org tgk aku diam je, jadi diorg ingat diorg leh buat sesuka hati yg diorg nak buat/cakap..

Aku diam bukan bermakna aku takut.. Aku diam sebab aku malas. Aku diam sebab aku dah menyampah. Aku diam sebab aku dah tawar hati. Aku diam sebab aku dah fed up. Aku diam sebab bla…bla…bla…

Aku x nak cerita detail kat sini sbb hal ni berkaitan ******** . Jadi x manis rasa nya kalau aku nak cerita to public kan?? Sebab, aku ni masih nak menjaga hati pihak² tertentu.. Org je yg tak tau nak jaga hati aku.. Kalau x nak jaga hati sebagai ******* sekali pun, sekurang² nya tolong la hargai aku sebagai sesame manusia..

Tak pe..nnt sampai masa nnt aku akan cerita jugak..

Cuma, kepada org yg berkenaan.. selagi tahap kesabaran aku masih ada, walaupun semakin menipis, tolong lah jgn mencabar tahap kesabaran aku lagi. Sbb kalau aku dah hilang sabar… YOU’LL REGRET!!!! Just remember that “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Bila aku kata aku nak buat, Aku akan buat!!! So...please…leave me alone….
Aku sangat² Down sekarang~~~~

Korang doa kan je la aku tabah menghadapi semua ni ye.. Aku sangat mengharapkan doa² kalian... Dan doa kan juga segala yg aku rancang utk majlis aku nnt berjalan lancar.. Insyaallah~~

Thursday, December 11, 2008

fRiENd fiNdER

Aku nak tanya pendapat korang ni..

Korang percaya tak dengan perkhidmatan FRIEND FINDER (FF)??

Kebiasaan result yg FF bg tu tepat ker??

Atau korang pernah ada pengalaman yg FF ni bg result salah ker??

Apa kebaikan FF ni?? Dan apa keburukannya??

Bukan ker ia akan mengeruhkan keadaan kalau² kita FF seseorg tu, tapi result yg FF tunjuk kan x sama dengan apa yg dia cakap??

Bukan ker kalau kita FF seseorg tu, maknanya kita dah menaruh syak pada dia dan tak percaya kan dia??

So, apa kata anda?? Wakaka!! Macam forum la puloks~~

Wednesday, December 10, 2008

nOVeL

Aku baru abis baca novel ni..Tak Ingin Menangis lagi..
Bukan kisah cinta, tapi kisah dia anak tabung uji, pastu nenek dia x dapat terima dia dalam keluarga sbb dia bukan darah daging sendiri. Mak Bapa dah meninggal, jadi dia membawa diri.

"Benarlah kata pepatah, hati yg dihiris kata2 lebih pedih ditoreh pisau. Benarlah kata org, terbabas perahu di air, lajaknya hanya kejeram. Kalaupun jasad mati dijuring batu,hancur hanyalah badan. Terlepas tutur yg bisa, sengat luka berbekas dihati. Hati yg bernanah luka itu entah bila sembuhnya. entahkan tidak pernah surut denyut yang menyula, atau nanah itu tetap meleleh sepanjang zaman"


Skang aku naka baca novel ni pulak. Emilya Zulaikha.. Sapa dah baca??? Angkat kaki


EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti... Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa. Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi. Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida.Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!

Tuesday, December 9, 2008

wEEkENd yg bOsAN

Weekend yg bosan..

Dah la hari Jumaat aritu aku kerja sampai kul 8.30 malam...

Hari Sabtu aku kerja pulak lagi... Warrgghh!!! bosan seh.. Yg best nyer cuma aku punya OT banyak la bulan ni..hehehe~~

Balik dari kerja tu, bakal mak mertua ajak pergi butik pengantin.. Huh!!! org butik tu sangat sombong okeh..Menyampah aku.. Muka ketat jer.. Padan muka, aku cakap kat mak mertua, aku xnak amik baju kat butik tu. Pondan tu sombong.. Pastu aku suggest pergi butik tempat aku amik pakej kat belah perempuan..Mak mertua setuju okeh..wooohoo~~~ Terima kasih ibu..eeiiuwww~~ over you!!!

Ahad pulak, ingat tak aku pernah citer kawan aku yg nak kahwin kat Dewan Besar Tun Rahah tu, hah!!! Ahad lepas aku pon pergi la.. Mmg semata-mata pergi kenduri kahwin dia jer. Pastu balik sbb aku ngan sayang tak de mood nak jenjalan.. Kami in zzzZZZzzz mode~~ wakaka~~ Ye la..skang kan musim hujan. Tido Syok woooo!!! Tapi bukan tido sesama tau bai!!!






Raya haji thn ni bosan compare to raya hari last year.. Sbb sayang tak sihat.. Sian sayang.. Aku cakap "sayang kena badi lembu kot"
Sbb pagi tu sayang ok.. Sempat jugak la sayang gali lubang nak tanam kepala lembu nnt..Tapi lepas sayang tumbangkan 2 ekor lembu utk disembelih je, baru dia cam tak sihat.. FYI, sayang aku ni tak boleh tgk darah..wak!!!!!
Raya haji thn lepas best.. Sb 1st time sayang ajak aku jumpa bakal mak mertua.. Pastu seharian kitorg g beraya. Cam beraya aidilfitri gamaknya..
Disebabkan sayang tak sihat. So, pic hari raya haji thn ni, korang tgk gambar ni je ek...
jeng jeng jeng..
*****
****
***
**
*

Dia dah tak de di dunia ini. Dia dah meninggalkan kita semua..

Friday, December 5, 2008

cHaR kUeH tEoW

Semalam selepas balik kerja, sementara tunggu sayang jemput aku balik, aku dok sembang ngan Kak Elly kat YM. Kitorg dok sembang pasal char kueh teow..wak!!! Masa tu tgh hujan pulak tu, jadi perut lapar.. Aku dah terbayang2 dah char kueh teow depan mata aku..huhu~~
Balik tu, harus la aku ajak sayang gi Kg Baru makan char kueh teow..
"Kak, ko punya pasal la ni.. Gigih aku gi Kg Baru cari char kueh teow"


"Kak, ni cili jeruk yg akak cakap sebotol dia letak atas meja tu.."

Char Kueh Teow

Mmg sedap!!!!!! Rasa sekali pasti nak lagi.. Sedap!!!! Kerang + daging dia banyak..



p/s:pasni nak try kat tmn tenaga punya pulak.. gerai yg mana satu ek??

Thursday, December 4, 2008

sELaMat pAgi ciNtA

Salam uols!!!

Sorry ek..semalam aku tak jengah blog uols sbb semalam aku ada follow up kat Hospital Ampang Puteri..Makanya aku mc la kan??


Aku mc, sayang cuti...seharian kami menghabiskan masa bersama2.. ala2 honeymoon kecil la ni..eeiiuuwww~~


Aku mulakan cerita dengan malam semalam ek..

Semalam kul 3 pagi sayang call aku. Dia cakap motor hilang. Hah??? Dia kata budak2 area umah dia cakap yg motor dia tak de kat tempat biasa dia park tu. So, diorg pelik la..


Haish!!!
macam mana nak pergi kerja ni?? Seb baik ari ni aku mc dan sayang lak cuti..


Aku ngan sayang dok tgh fikir2 ni macam mana arr?? Nak kena beli motor baru ker?? Bakal bapak mertua aku siap nak sponsor beli motor baru lagi..huhu~~


Dalam kul 11 pagi cam tu, tgh dok pening2 kepala tu, tetiba kawan sayang call "Jon, motor kau dah jumpa. Mat pet curi. Kitorg tgh tahan dia ni. Kau nak bedal dia tak??" wakakakaka~~


Wah!!! sayang aku ni bukan boleh dioffer, mesti la dia nak bedal punya. "Aku kat Hospital ni teman tunang aku. Tapi korang tunggu la. Aku datang skang"

Wak!! ada ke patut dia suh aku tinggal kat hospital, dia nak g bedal budak tu jap. Aku x bagi, tapi aku tau dia tgh bengang tu. So, aku biarkan je la..sbb aku pon geram gak ni sbb nak curi2 motor org pulak..


Ada la dalam 1 jam setengah macam tu, Sayang sampai balik kat Hospital. Aku tanya macam mana?? Sayang kata, masa dia sampai tu, mat pet tu dah lembik dah, kepala dah berdarah2 kena belasah ngan budak2 tu. Sayang x sampai hati pulak nak bagi lagi kat budak tu..

Isk mat pet ni.. kau cari pasal wat per?? Org bengang la kau curi motor.. Buat susah org je tau.. Kalau nak bawa lari, bawa la jauh2.. Ni kau dok rounding kat kawasan Sayang pulak.. Hah!!! nak sian ngan kau pon dah x boleh sbb budak2 ni mmg tak de perasaan punya..huh!!!


So skang, motor dah ada balik okeh.. Alhamdulilah!!!


Skang kita cerita aktiviti aku semalam ek..


Gambar kat bawah ni cam menarik perhatian aku pulak.. Gambar ni terletak kat atas2 rak2 dalam bilik doktor tu. wakaka~~



Balik dari Hospital tu, aku ngan sayang singgah kat mamak tepi jalan kat Ampang Hilir tu pekena rojak ngan cendol.. Tak berapa nak sedap kalau nak compare to rojak ngan cendol kat Taman Cempaka



Selepas itu, aku ngan sayang gi la layan movie.. Sayang nak tgk citer Twilight tapi aku gigih ajak sayang tgk citer Selamat Pagi Cinta jugak..huhu~~ Cerita dia simple jer,macam cerita2 yg kita dah biasa tgk. Dan cerita ni ala2 nak tiru cerita cinta & sepi. Kisah 2 percintaan dalam satu masa.. Setuju tak???

Wednesday, December 3, 2008

gAYa & hUtANg??


Cantik, anggun, bergaya...Siapa yg tak nak diri mereka dibaluti pakaian mewah kan?? Aku pun nak. Cuma tak berapa nak mampu je..

Masa aku baca satu majalah keluaran bulan lepas, ada satu artikel ni kisah manusia yg sanggup berhabis-habisan ribuan RM demi gaya. Aku tersenyum sendiri masa baca artikel tu. Bila ada yg sanggup buat personal loan semata-mata utk nampak mewah. Isk....melampau betul kalau betul lah ada org yg cam gini..

Tapi mmg la ada org yg sanggup berhabisan kalau nak bergaya. Apa org kata? "biar papa, asal bergaya" wakakaka~~

Teringat pulak aku kat sorang kawan aku ni. Tak tau la apa cerita dia skang.. Tapi dia boleh dikategori kan sebagai biar papa, asal bergaya tu lah..

Bukan nak mengata atau membuka pekung sesiapa, cuma nak kongsi pengalaman & pengetahuan ok..

Kad kredit menjadi pembuka cerita. Biasa lah, bank kan suka buat promosi kad kredit kan?? semua offer tu dia try. Dan akhirnya dia terpilih mendapat kad kredit dengan kredit limit RM6000. Dan korang percaya atau tidak, dia boleh habiskan RM6000 dalam masa satu hari??

Sebulan lepas tu, dia cakap ngan aku dia mengalami masalah kewangan. Aku sembur la dia cukup2. Belanja tak ingat dunia, macam gaji tu RM5k. Bayangkan, jumlah perbelanjaan dia melebihi pemdapatan. Hutang pulak tu.. Ye la, kad kredit tu kan hutang.

Selang beberapa bulan lagi, kecoh pulak apabila keretanya pecah dibaling batu. Kiri kanan pintu pula penuh calar..wak!!!! tu mesti kerja along kan??

Mungkin jugak along2 tu datang ofis dia. Sbb, dia bgtau aku HR department nasihatkan dia letak jawatan dalam masa 24 jam.

Satu hari, aku jumpa dia. Aku tanya, apa sebenarnya yg dia nak?? Yang dia cari?? Ikut kan gaji dia lagi besar dari gaji aku, tapi naper dia boleh pulak hutang keliling pinggang??

Dia mengaku, dia cakap..dia jeles tgk aku. Tiap2 bulan mesti ada sesuatu yg baru. Tak kasut, Beg...tak beg, baju...huh!!!! Terima kasih kerana mengagumi aku, terima kasih kerana menjadi kan aku ikon dan terima kasih dengan gaya2 aku.

Satu perkara je aku nak bgtau. Nak bergaya, tak semestinya berpakaian mewah kan?? Dan tak semestinya kena berhutang. Barangan aku pon bukan la jenama yg mahal2. Yang penting aku tak berhutang ok.. Aku beli sesuatu barang tu kalau duit aku dah cukup. Itu pun selepas melangsai kan semua hutang2 aku saban bulan ( kereta / bil-bil ).

Aku bermula dengan jeans yg ntah apa nama ntah,berdikit2 sampai la skang ni aku merasa gak la pakai levi's. itu pon beli setahun sekali jer waktu dapat bonus..wakaka~~

Dari membeli beg tgn dalam tong sewaktu jualan murah sampai la skang ni baru la aku ni merasa nak pakai yg mahal2 skit..

Dari perfume pasar malam, up skit aku pakai perfume generics yg jual kat farmasi tu, skang ni baru la merasa beli perfume yg original. itu pon sebab ada member keje kaunter perfume..huhu~~

Dulu2 aku pakai alat mekap avon - maybeline - loreal, skang ni lah baru aku merasa nak pakai barangan YSL..itu pon ada member kat kaunter YSL..wak!!!

Aku high maintenance??? Tidak!!!!! Aku cuma berjimat, kumpul duit dan mengamalkan kos lepas..wakaka~` masuk ekonomi asas la pulokss... maksud nya kalau aku nak benda tu sekali pon, tapi x de budget, aku lepas kan je. mungkin bulan depan baru aku leh beli kan?

Kawan2 sayang pernah menyuarakan gusar tgk aku bersolek bagai..bila cukup bulan shopping..Tapi aku bukan beli barang2 mahal pon..kadang2 RM50 aku leh dapat baju ngan seluar..serius!!! asalkan pandai pilih yg cantik2 kan..

Tapi korang tau apa jawapan sayang?? "aku tak kisah. satu sen pun dia tak pernah minta duit aku. kalau aku hulur, dia ambil. Minta, sekali pun tak pernah"

Sebabnya, aku ni bukan lah org yg mampu nak beli sgt barangan berjenama nih..Kadang2 aku beli barang murah je, kalau mahal pon kadang2 aku rembat time sale.. Tapi kena pandai pilih la kan?? betul tak?? uollss setuju tak ngan aku??

Tuesday, December 2, 2008

fAsHa sANdHa

Aku dapat dua e-mail yg berbeza.
Tapi kedua-duanya ttg fasha sandha
Email pertama yg aku dapat tu, bertajuk "fasha sandha & farid kamilanak halal ke anak haram". Gambar tu nampak nya macam kat lokasi cerita anak halal masa maya karin jual buah kat pasar malam tu kan??



Email kedua yg aku dapat ni pulak bertajuk "Rindu fasha sandha??"
So, kepada sesiapa yg merindui fasha yg dah di boikot media tempatan,ubati lah rindu anda dengan menatap gambar2 ini

Monday, December 1, 2008

rECeptiON zURa & aNiQ

Hari sabtu aritu ada 3 wedding yg aku kena pergi..wak!!!! manyak wo!!! aku tak amik la semua2 pic kan sbb aku bukan lah photographer..huhu~~

Tapi ingat x aku bgtau yg ari jumaat aritu kawan aku - zura - bernikah, hari sabtu tu aku gi la reception dia kat Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak.. Aku datang lambat, makanya x dapat la aku amik gambar pengantin kan..Amik gambar pelamin pon jadi la ek..


Hari ahad pulak aku ada 2 wedding, salah satunya zura jugak..wakaka~~ tapi belah lelaki sbb si Aniq dah menjemput sayang.. Hah!! masa kat belah lelaki, sempat lah aku amik gambar kan..Sila lah tatap wajah pengantin baru ek..



Friday, November 28, 2008

sELaMat bERNikAh zURa

Hari ni kawan aku - Zura - akan bernikah jam 11 pagi nanti. Semalam sepatutnya aku jumpa dia sbb dia nak bg kad, tapi disebab kan aku balik kerja lambat dan dia pon dah siap2 nak g khatam quran, aku cakap kat dia "xpe la zura..nnt hari sabtu aku datang. tak payah la kad".. Aku tau, zura sedaya upaya nak bg aku kad sebab aku pernah cakap "kalau aku x dapat kad, aku x nak datang" wakakaka~~~ aku gurau je la zura..

Tapi kan, korang tau tak, hati aku ni sayu je bila zura nak kahwin.. Aku x tau naper, tapi perasaan ni akan hadir setiap kali kawan2 aku nak kahwin..cam sedih je.. malam tadi aku dok view semua pic2 aku ngan dia masa sekolah2 dulu. Zura satu kelas ngan aku masa form 4 & form 5.

Banyak jugak kenangan aku ngan dia..huh!!!! kenangan siot'

Masa bertunang, kami bertunang sama2 bulan Februari masa chinese new year aritu. Kad kahwin kitorg pun sama..hiks~~~ sebijik tau.. x sangka leh design sama2 pulak. Lagi satu fakta, kami akan bernikah dan sanding pada tarikh yg sama iaitu 28 & 29hb, cuma bezanya dia bulan ni November. Aku bulan March thn depan. Insyaallah

Apa pun zura, aku doakan kau bahagia sehingga ke akhir hayat bersama dia yg kau pilih.. Utk Aniq, pls take care of Zura for the rest of your life..


Zura & Aniq (Zura kata muka Aniq ngan sayang lebih kurang.. Ye ker??)

Masa Zura bertunang. Aku x dapat g sebab aku pun bertunang



~~SELAMAT PENGANTIN BARU ZURA & ANIQ~~

Thursday, November 27, 2008

fiEDah & nOh

Korang ingat tak aku gi kenduri kahwin kawan aku bulan oktober aritu..
Kalau korang lupa klik sini
Aritu aku dah tepek gambar kat sini, tapi pic tu aku amik guna handphone jer..
Skang ni pic tu dah siap.. Photographer nyer yang bgtau aku gambar dah siap..
FYI, photographer ni,photographer aku masa bertunang aritu dan photographer waktu hari bahagia aku nanti. Insyaallah~~
FYI jugak, dia ialah kawan sekolah menengah aku. Nama dia Nor Elena.. wak!!! Elena, aku dah promote kau nih.. Nnt harga cincai kira..wakakaka~~
Makanya, aku dah curi gambar2 ni kat iweb...
So, sila la menjamu mata ya..






Wednesday, November 26, 2008

90 dAyS, fALLiNg iN LoVe dAYs


A fate that surpasses taboo, a love that surpasses morality...
Hyun Ji-seok (Kang Ji Hwan) is at the peak of his life at thirty-one year old he is fated to leave this earth in three short months. he is married to Park Jung-ran (Jung Hye Young), but it's not shes not his true love. The one and only thing this man wishes for is to find his one true love and spend the remaining 90 day's that he has left with her.

Hyun Ji-seok was fated to meet Mi-yeon (Kim Ha Neul) but their hearts were destined to be broken in the end. Through an unexpected turn of events, Mi-yeon turns out to be his his first cousin. They are now desperately pleading for 90 days in which to love each other for the last time on earth.

Will their love be able to overcome the harsh realities of society?

********************************************************

Skang ni aku tgh layan citer ni..
Korean Drama
Tajuk : 90 Days, Falling in Love Days
Aku lom abis tgk lagi citer ni, tapi aku dah dapat rasa kan citer ni best..
Yang sebenarnya aku tak de idea nak post apa arini.. Tu pasal la aku taruk menatang nih.. Mengantuk la..Waarrgghhh!!!!!!~~





p/s : ada x sesapa yg boleh ajar aku caner nak download movie? Tolong!!!!!!!!!!

Tuesday, November 25, 2008

kRoNoLogi ciNtA nURmALa & kHaiRuL

24 November sebenarnya anniversary pertama aku ngan sayang. Tak de la declare2 kan. tapi sendiri2 mau ingat la.. Alhamdulillah, sepanjang hubungan aku ngan sayang, semua nya berjalan lancar,bergaduh2 manja sekali sekala tu biasa la..hiks~~ Hari ni baru nak genap setahun hubungan aku dan sayang, tapi lebih kurang 4 bulan je lagi aku akan bergelar isteri kepada Mohd KhairuL Nizam.. ~muaahhxxxXx~



Kronologi percintaan aku ngan sayang~~


2 November 2007 - For the first time aku jumpa ngan sayang. My ex-officemate - kak hanim - pindah kerja di hotel istana - sayang kerja kat hotel istana - Kak hanim still main kutu ngan kitorg lagi. Selalu kak hanim bank in je. Tapi ntah apa mimpi dia aritu dia pas duit tu kat sayang suh bg kat aku.. ptg tu Kak Hanim msg "mala, call aku balik. ada cerita best". Aku pun call. Pastu kak nim kata "mala, budak yg pass duit kat kau tadi tu minta no tel kau. Kak nim bg ek"..wah!!!! itu detik permulaan, pertemuan aku ngan sayang..


15 November 2007 - Lepas berbalas2 sms, sekali sekala call, aku ngan sayang berdating. Itu pun x lama. sbb 1st time kuar sama kan. itu pun lepas balik kerja. so, masa very the limited.. malu2 gitu..wakaka~~ Balik je dari jumpa tu, otw nak balik, aku terima sms dari sayang "awak, saya rasa saya dah mula suka kat awak, senyum awak, ketawa awak,sikap awak. saya dah mula selesa dengan awak" aku reply "awak, kita baru jumpa tadi. awak tak kenal saya lagi. bagi masa utuk kita saling mengenali ye awak".. Cheewaaaahhh..!!! ayat tak tahan tu..wakakaka~~~




Ni la rupa sayang masa 1st time kua tu..hiks~~


24 November 2007 - officially im being sayang girlfriend.. Tak de kata2, tak de surat, tak ada bukti yg mengatakan kami memiliki antara satu sama lain, hanya hati menjadi perantaraan :: a giFt fRoM hEaRt ::




1 December 2007 - our very 1st weekend together.. Sebelum ni jumpa lepas2 balik kerja je.. Itu pun jumpa kejap2..




Ni la rupa sayang ku masa 1st time keluar on weekend tu. Lain kan dari 1st time jumpa tu.
Masa raya haji thn lepas. 1st time dibawa jumpa mak mertua..wak!!!! kecut perut aku..


8 February 2008 - Akhirnya, aku menjadi tunangan Mohd Khairul Nizam..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Janji di ikat untuk menempuhi alam pertunangan yg penuh dugaan.



14 & 15 June 2008 - Kami mengikuti kursus perkahwinan di Zura's akademi



TODAY - 4 MONTH, 4 DAYS UNTIL OUR WEDDING.. INSYAALLAH~~~~

Monday, November 24, 2008

bERkHatAN & wEDDiNg

Sabtu, 22 Nov 2008

Aku gi Melaka ngan mak ngan sayang. Pak cik aku anjur kan majlis berkhatan beramai2 di kawasan umah dia -Taman Desa Taming Sari- Termasuk anak dia sekali lah yg bersunat. hikss~~~

Kanak2 yg nak berkhatan tu di arak
Lori bomba utk mandikan budak2 tu nanti..


Ni la sepupu kecik aku - syafiq -

Kanak2 yg bakal dikhatankan tgh tunggu giliran utk ditepung tawar.. sepatutnya 20 org. Last minit tinggal 11 org jer..wakaka~~~
Pakcik aku tgh menyampaikan sepatah dua kata
Wah wah wah!!!! seronok ek korang kena pancut ngan bomba. Tunggu la sat lagi..

Ha!!! ini la ghupanya selepas disunatkan..Dia org pertama, tapi dia dah jerit ketakutan,semua pon jadi takut xmo sunat gak..wakakaka~~ tapi akhirnya Alhamdulillah..
Ahad, 23 Nov 2008
Hari ahad pulak aku pergi kenduri kahwin jiran aku kat Dewan Bangquet, UPM. Dia ni kawan aku masa kecik2 dulu. Cuma bila dah besar2 ni masing2 bawa haluan sendiri.
SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIMIE & KHAIRUL** sama nama cam sayang. huhu~~
gift dia utk tetamu lelaki. Tapi harus la aku yg dapat kan!!

ni pulak gift utk org perempuan ok..aku jugak yg dapat wakakakaka!!!!

p/s: tgk org kahwin, x sabar nak kahwin gak..huhu~~ korang doakan semuanya berjalan lancar ye..Insyaallah

Friday, November 21, 2008

kADaR cARuMaN kWSp pEkERjA diKuRaNgKaN mULai gAJi jANuARi 2009

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan langkah mengurangkan kadar caruman pekerja semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2009 pada Selasa lalu. Langkah ini akan membantu meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada masa sama, pertambahan pendapatan boleh guna akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Pengurangan kadar berkanun caruman pekerja pernah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2003 sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.

Untuk memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan langkah tersebut, pengurangan caruman bulanan pekerja dari 11 peratus kepada 8 peratus akan dilaksanakan secara automatik mulai gaji Januari 2009 sehingga gaji Disember 2010.

Bagaimanapun, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL). Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Sehubungan itu, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru. Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember 2008.



(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 6 November 2008


*********************************************************

Semalam, lepas balik kerja aku pergi KWSP, Jalan Raja Laut tu. Aku pergi kiosk KWSP utk amik salinan penyata aku.. Sebab apa???? Lu pikir la sendiri~~~~~

Tapi, kat sini aku cuma nak bgtau, tak tau la kalau korang dah tau..
Skang dah senang kalau nak amik penyata KWSP kita sbb dah ada kiosk nih..
Tak payah nak amik² no atau nak beratur² lagi dah.. Memudahkan kerja kita sbb is macam penggunaan mesin ATM jer.. Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, korang klik sini

Monday, November 17, 2008

wALiMatUL uRuS nUR aiN





Hari Jumaat hari tu, balik kerja aku tgk ada surat utk aku.
Rasa cam kad jemputan je.
Mmg betul pon.
Kawan aku masa kat Sekolah Rendah Agama Al-Watan dulu kahwin bulan Disember nnt kat Dewan Besar Tun Rahah.
Tak sangka dia ingat kat aku lagi.
Insyaallah aku pergi bersama tunang tercinta dan bonda tercinta..huhu~~

Friday, November 14, 2008

sEPi itU iNDaH


Di kala ini aku bersendirian....
Di kala ini jua aku berteman....
Walaupun berteman, di kala ini jua aku kesepian....
Sepi? Kata orang sepi itu indah...

Sepi itu indah...
Mungkin ada jua kebenarannya...
Walaupun aku kesepian...
Namun aku tetap aku....
Pasrah dan redha dgn ketentuan-Nya.