Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam hal ini, hidup berpasangan ni, tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
2 comments:
ermm...cinta tue best..best biler takda masalah...cinta tue sakit..biler time gaduh or tak sefahaman...pada aku, cinta n sayang is different...cinta lebih tinggi dari sayang...so tanyer diri, takat nie dah sampai cinta ker or hanya sayang..
adini,
aku cinta kan sayang..
aku sayang kan sayang..
dan yg penting sekali..
aku kasih kan sayang.. huhu~~~
"Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya"
Post a Comment