Tuesday, July 8, 2008

mAs kAhWiN sELaNgOR mUnGKiN nAiK

Ni Tahun bila punya Budget daa..

Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia

SHAH ALAM 7 Julai - Selangor bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka di negeri itu, mulai tahun depan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, cadangan itu dibuat bagi menyelaraskan semula kadar berkenaan mengikut perkembangan semasa.
Katanya, Selangor tidak pernah mengkaji semula kadar mas kahwin iaitu sebanyak RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak ia ditetapkan pada tahun 1978.
"Kita (Selangor) telah lama tetapkan mas kahwin mengikut kadar tersebut, manakala negeri-negeri lain pula telah menaikkan kadar mas kahwin yang ditetapkan di negeri masing-masing mengikut keadaan semasa.
''Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat cadangan dan kita akan usulkan kepada Jawatankuasa Fatwa serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
''Sekiranya dipersetujui, kita akan dapatkan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemungkinan dilaksanakan pada tahun depan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapakah kadar baru yang akan ditetapkan untuk cadangan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura JAIS untuk mengkaji semula kadar mas kahwin di Selangor seperti mana yang dilakukan oleh negeri-negeri lain.
Pada Oktober tahun lalu, Negeri Sembilan telah menaikkan kadar mas kahwin untuk anak dara dan janda masing-masing sebanyak RM200 dan RM100 seorang, manakala Perak pula telah menetapkan kadar berkenaan sebanyak RM101.
Tiga negeri lagi, Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak menetapkan kadar mas kahwin, sebaliknya, ia ditentukan mengikut persetujuan yang ditetapkan oleh keluarga pasangan terbabit.
Dalam pada itu, Mohamed Kushrin ketika ditanya sama ada cadangan tersebut dibuat ekoran kenaikan harga minyak dan barangan ketika ini, berkata, ia bukan dibuat kerana alasan tersebut.
Sebaliknya, beliau berkata, cadangan sedemikian dibuat sebelum kerajaan membuat pengumuman untuk menaikkan harga bahan bakar itu Jun lalu.
''Kita bukan buat cadangan untuk naikkan kadar ini susulan kenaikan harga minyak, tetapi kita mahu kaji semula kadar mas kahwin di Selangor yang diamalkan sejak 30 tahun lalu.
''Perkara ini masih di peringkat cadangan dan saya beri jaminan sekiranya diluluskan, ia tidak akan membebankan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan di negeri ini,'' katanya.


Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2008

9 comments:

misz_dini said...

wakakkakak..tau takperr...baper abad lepas punya budget daaaa...tak dpt derrr pelamin arga rm1500...tak dpt dee brg hantaran rm600....

Nurmala Mazlan said...

wakaka..~~`
tu la pasal.

Anonymous said...

errr...tak dapat la upah tukang ambek gambo cam gitu...

heheh :P

Anonymous said...

kalau mahal sgt, tunggu negara gawat, pastu baik balik dr gawat la bru leh kawen.. wakakakaka

NorAzrin MohdNawir said...

baik kawin cepat mala...tp ko nak risau pe...ko kan KL...bkn selangor...

Nurmala Mazlan said...

anonymous,
ish..apo lak tak dapek.. dapek.. den dah booking dah..

bubbles,
Tu kau la..huhu~~ aku peduli apa mas kahwin naik. Lelaki yg bayar. aku yg dapat. Bagus dong..

azrin,
ic aku kl. tapi aku under mukim selangor. means,aku selangor. nnt aku kene g pejabat agama kat kajang tu la..

NorAzrin MohdNawir said...

ooo..kg pdn tu kira selangor ke?? x tau plak aku...

Zamz said...

terukla sapa nak kawin lepas ni...sib baik aku dah kawin hahaa

Nurmala Mazlan said...

azrin,
a'ha..kg pandan tu s'gor. aku pon baru tau..

zamz,
Kalau nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.. Kalau dah nak sgt kahwin,tak kisah la mas kahwin naik baper pon kan??