Monday, July 7, 2008

pAMeRaN pENgAntiN mALaYsiA



Hari Sabtu lepas,aku pergi Mid Valley. Ada Pameran pengantin Malaysia 2008 bertempat di Mid Valley Exhibition centre. Macam-macam ada. Sampai pening kepala otak aku. Dari pelamin,catering,baju pengantin,cadar pengantin,kursus perlansingan badan, dan segala pakej org kahwin la yg ditawarkan.

Mula-mula masuk je kat Dewan tu,aku rasa cam ada org pandang aku. Sapa ek? Aku pun pandang dia balik.. Erkk..korang nak tau sapa? Abg Lee. Tak kenal? Abg Lee atau lebih dikenali sbg 'Kuali'.. wakaka..hah..!!ingat??? Rupa-rupanya dia sekarang buat bisnnes butik pengantin. Dia share ngan kawan dia. Nama butik dia Zatie's Beauty Home. Ada lah serba sedikit pakej kahwin yg dia offer kat aku,pelamin-pelamin dia cantik gila. Seriouss..!!! Tapi dia tak de pakej pelamin je. Kena amik make up dan baju sekali. So,aku tak amik sebab baju ngan make-up aku dah ada butik sendiri.

Aku tanya sayang, "Sayang,cari booth Nas Great idea".

Mmg panjang umur Nas Great Idea ni. Lepas aku cakap je,terus nampak booth dia. Mak aii..!!! dia punya deco,Grand tak ingat punya.. Ada Class!!!! Ingat tak sebelum ni aku ada cerita Nas buat Deco Reflesia kat Hotel Istana,sekali rupa-rupanya flowerist tu kawan sayang. Lepas-lepas tu,aku call bos dia si Nas tu,asyik busy je. Hah..skang aku dapat jumpa depan mata. Jangan marah..Borak-punya borak,cerita-punya cerita,dia quote aku harga yg aku rasa berpatutan. Katanya sbb Khairul kawan ngan Epul (flowerist). Tapi dia kata nak kena jumpa kat luar,dia tak boleh design kat situ sbb nnt org lain tgk. Dia tak nak client dia punya pelamin sama antara satu sama lain. Setiap client dia memiliki pelamin yg berlainan. Ye ker??? Tak pe,kita tgk nanti.

Tgh dok sembang-sembang kat booth Nas Great Idea tu,tetiba ada sorang mamat nyah ni buka majalah Ratu Sehari. Dia tanya "dah beli dah majalah ni?". Aku cakap la " dah". Rupa-rupanya dia tunjuk gambar model dalam majalah tu. Dia yg make up kan. Cantik jugak. Aku tanya pulak harga dia..wakaka..rambang mata aku. Dia pon bg harga yg memuaskan..hehe. So,aku akan ambil dia for my reception nnt..
Last sekali sebelum keluar dewan tu,mata aku ternampak pulakbooth kad kahwin yg dikerumuni. Aku pon kepochi la. Rupanya,harga yg ditawar kan untuk hari itu sahaja mmg murah. Ingat tak aku pernah cerita kat entry aku yg lepas ttg kad kahwin pilihan aku. Hah..!!! gambar sebelah ni. Harga kad ni RM1.20. Tapi offer hari tu,aku dapat RM0.80 je. Aku apa lagi.. Booking la..

Selesai sudah beberapa masalah. Catering-sattle,dewan-sattle,kad kahwin-sattle. Tinggal lagi nak booking door gift,pelamin,make-up dan baju. Erk..ada apa-apa lagi ker yg aku tertinggal ek??

6 comments:

Anonymous said...

Hehe..errr..photographer dah ada? sure ko ada jeling2 kan kat part2 photographer..

Nurmala Mazlan said...

anonymous,
photographer no problem. aku tak jeling mana2 photographer pon sbb aku mmg dah book satu photographer ni awal-awal lagi..

menarik,tertarik dan lebih kedebommm

Unknown said...

cantiknye kad kawin tu...

NorAzrin MohdNawir said...

hehehe...slmt menempuh alam keBZian...wedding preparation...

misz_dini said...

perghhh..kalo tgk cara ko booking nie semua...alamatnyer ko lah kawin dulu baiii..

Nurmala Mazlan said...

kak ellyn,
terima kasih akak. nnt kita bg akak satu.. huhu~~~

azrin,
Terima kasih juga azrin. weh,kau kena jadi perunding kalau aku tak tau pape..

adini,
kene prepare awal bai..nnt tak kelam kabut. Buat sikit²..